window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Model Panas - Evolusi 5 generasi Honda City di Malaysia

Mersita · Oct 14, 2020 03:00 PM

Model Panas - Evolusi 5 generasi Honda City di Malaysia 01

Kalaulah kita tak ada pembuat kereta tempatan, Honda City atau Honda Jazz mungkin akan mendominasi jalanraya di Malaysia. Honda City, padan dengan namanya, sememangnya sebuah kereta bandar yang cukup bagus. Walaupun model yang kita boleh jumpa di sini adalah City versi petrol dan hibrid, ia juga sebenarnya boleh didapati dalam varian diesel dan transmisi manual di negara lain.

Dengan kehadiran Honda City 2020 baharu di Malaysia, sesuailah jika kiranya kita imbas semula sejarah ringkas Honda City dan legasinya.

Model Panas - Evolusi 5 generasi Honda City di Malaysia 02

Jom kita fokuskan pada Honda City yang boleh didapati di Malaysia

Nama “City” telahpun wujud sejak 1981 dan kemunculan pertama City bermula dengan hatchback yang tampak unik dan menarik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kali ini kita akan lihat generasi-generasi Honda City bermula daripada SX8…

Generasi Pertama (SX8); 1996

Model Panas - Evolusi 5 generasi Honda City di Malaysia 01

Pada tahun 1996, City terkenal sebagai sebuah kereta hatchback kecil. Mula-mula diperkenalkan di Thailand, generasi pertama itu (SX8 Honda City) dibina berdasarkan platform EF Civic. Kuasa dijana daripada unit enjin 1.5 liter yang dipadankan dengan kotak gear automatik 4 kelajuan.

Selain daripada Thailand, SX8 juga dibina di India, Indonesia, Pakistan, Malaysia, Taiwan, dan juga Filipina.

Generasi Kedua (GD8); 2002

Model Panas - Evolusi 5 generasi Honda City di Malaysia 02

Honda City generasi kedua rupa bentuknya pelik sedikit dan kurang menarik perhatian. Susuk badan kereta ini seperti tidak begitu seimbang memandangkan City tersebut dibangunkan di atas platform Honda Jazz GD3. Facelift 2005 berjaya memberikan City rupa bentuk yang lebih agresif sedikit.

Ia merupakan Honda City yang pertama menggunapakai transmisi automatik jenis CVT, dan model pelancarannya dipadatkan dengan enjin i-DSI 1.5 liter. Enjin VTEC 1.5 liter menyusul selepas itu.

Honda City generasi kedua ini yang dipasang di China, India, Jepun, Malaysia, Pakistan, Filipina dan Thailand ialah saloon kompak yang cukup baik jika anda tak kisah dengan penggayaan dan kotak CVTnya.

Generasi Ketiga (GM 2); 2008

Model Panas - Evolusi 5 generasi Honda City di Malaysia 03

Honda City 2008 lebih kacak daripada sebelumnya dengan sudut yang lebih seimbang. Boleh dikatakan yang ia mencetus satu trend kecil untuk saloon segmen B yang lebih bersudut dan bersegi seperti yang ditonjolkan Proton Preve dan Kia Forte.

Di Malaysia, kuasa City dijana oleh enjin i-VTEC SOHC 1.5 liter. CVT automatik “7 kelajuan” yang dahulu disingkirkan dan digantikan dengan kotak gear automatik 5 kelajuan yang lebih konvensional.

Honda City GM dipasang di Argentina, Brazil, China, India, Malaysia, Pakistan, Filipina, Thailand, dan Turki.

Generasi Keempat (GM 6/7); 2014

Model Panas - Evolusi 5 generasi Honda City di Malaysia 04

Tahun 2014 menyaksikan pengenalan Honda City yang masih lagi mengekalkan penggayaan bersudutnya seperti City generasi sebelumnya.

Enjin 4 silinder 1.5 liter dipadatkan di bawah hudnya, ditetapkan sebagai L15Z1. Enjinnya masih lagi enjin ‘single-cam’, sama seperti L15A7 sebelumnya. Generasi keempat ini beralih semula ke kotak gear CVT yang telah diperhalusi dengan baik berbanding CVT ‘multimatic’ “7 kelajuan” yang lama.

Honda City generasi keempat ini dipasang di Brazil, China, India, Jepun, Malaysia, Filipina, Taiwan, Thailand, dan Vietnam. Honda City generasi keempat ini akan diganti dengan model generasi kelima yang lebih bergaya dan ranggi.

Dalam generasi ini, varian hibrid ditambah pada rangkaian model sedia ada. Di luar negara Jepun, Malaysia satu-satunya yang menerima Honda City hibrid tersebut.

Generasi Kelima (GN 1/2/3); 2020

Model Panas - Evolusi 5 generasi Honda City di Malaysia 05

Akhirnya, baru sahaja dilancarkan di Malaysia – Honda City generasi kelima. Boleh didapati dalam varian S, E, dan V, Honda City serba baharu ini dijual pada harga bermula dari RM 76,800. Bagi model yang lebih gah, iaitu Honda City RS e:HEV, maklumat harganya akan diumumkan kemudian ketika pelancarannya awal tahun hadapan.

Honda City baharu ini digelar GN, akhirnya meninggalkan siri GM yang sudah sekian lama digunapakai. Pilihan enjin yang ada termasuklah enjin turbo 1.0 liter (GN1; tak terdapat di Malaysia), enjin NA 1.5 liter (GN2), dan enjin baharu i-MMD 1.5 liter (GN3). Enjin 1.5 liternya ini menggunakan ‘dual camshafts’.

Model Panas - Evolusi 5 generasi Honda City di Malaysia 06

Honda City generasi kelima ini mula-mula diperkenalkan di Thailand dan ia merupakan antara model panas yang paling ditunggu-tunggu pada tahun 2020 selain daripada Nissan Almera, Proton X50, dan Mitsubishi Xpander. Sudah 39 tahun nama Honda City berlegar dalam industri automotif kita tanpa pernah tumbang sebagai model popular.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda