window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Malaysia panggil semula 702 unit City Hybrid 2021 & Civic 2022 atas isu keselamatan!

Faisal · Sep 20, 2022 02:00 PM

Honda Malaysia panggil semula 702 unit City Hybrid 2021 & Civic 2022 atas isu keselamatan! 01

Honda Malaysia hari ini mengumumkan pemanggilan semula buat 702 unit City Hybrid tahun 2021 dan Civic 2022 berkenaan isu keselamatan seperti berikut:

Honda Malaysia panggil semula 702 unit City Hybrid 2021 & Civic 2022 atas isu keselamatan! 02

Perkara yang terlibat adalah:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

A: Kamera ADAS yang tidak aktif

Pemanggilan ini akan menggantikan kamera ADAS yang dipasang pada cermin hadapan. Secara teknikalnya, kamera ini mungkin tidak beroperasi dengan betul dan kesannya, sistem ADAS mungkin tidak aktif. Sebanyak 630 unit Honda City Hybrid 2021 didapati terlibat dengan kamera tersebut.

B: Kimpalan (welding points) yang tidak lengkap pada pelaras landasan tempat duduk pemandu

Pemanggilan ini melibatkan titik kimpalan yang tidak lengkap yang mana tempat duduk pemandu boleh bergerak sewaktu kereta dipandu. Secara tidak langsung, posisi tali pinggang pemandu akan dikompromi kalau ia tidak dibaiki. Sebanyak 72 unit Civic 2022 didapati terlibat dengan kimpalan yang tidak lengkap ini.

Honda Malaysia panggil semula 702 unit City Hybrid 2021 & Civic 2022 atas isu keselamatan! 01

Secara amnya, pemilik yang terjejas akan dimaklumkan melalui surat dan perincian lanjut juga akan diberi. Mereka yang tertibat juga diminta berhubung dengan pengedar sah Honda di 1-800-88-2020 untuk membuat temu janji. Dalam masa yang sama, Honda Malaysia juga menyarankan pemilik untuk memuat turun aplikasi HondaTouch bagi mengesahkan pemanggilan semula di masa akan datang.

Apapun, perlu dimaklumkan bahawa pemeriksaan, pembaikan dan penggantian adalah percuma dan segala kos akan ditanggung oleh Honda Malaysia.

Honda Malaysia panggil semula 702 unit City Hybrid 2021 & Civic 2022 atas isu keselamatan! 02

Dalam kesempatan ini, Honda Malaysia memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh pemilik yang terlibat. Walau bagaimanapun, model baharu yang dijual tidak terlibat sama sekali. Setakat ini, tiada sebarang insiden atau kemalangan yang dilaporkan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda