window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City? Honda City Hatchback? Toyota Yaris? Pandu uji semua di WapCar Auto Show

Faisal · Jul 2, 2022 04:00 PM

Honda City? Honda City Hatchback? Toyota Yaris? Pandu uji semua di WapCar Auto Show 01

Nak beli kereta segmen B tapi tak pasti model popular mana yang anda minat? Datang terus ke WapCar Auto Show kerana pameran ini ada semua pesaing hangat iaitu Honda City, Honda City Hatchback dan juga Toyota Yaris.

Kalau anda mengutamakan perhalusan dan keselamatan, kedua-dua Toyota Yaris 2021 dan Vios 2021 secara standard ditawarkan sehingga 7 beg udara (City standard hanya 4 beg udara). Lagi satu, ADAS Toyota Safety Sense seperti Pre-Collision System (PCS atau AEB) dan Lane Departure Alert (LDA) juga didatangkan sekali.

Honda City? Honda City Hatchback? Toyota Yaris? Pandu uji semua di WapCar Auto Show 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau anda lebih mengutamakan perhalusan juga, Toyota Vios dan Toyota Yaris adalah pilihan yang lebih baik kerana kabinnya lebih senyap walaupun City sendiri lebih baru. Walau bagaimanapun, kedua-dua Toyota kalah dengan Honda dari segi praktikaliti dan kalau anda nak tahu, larasan teleskopik pun tiada. Untuk makluman anda, Honda City dan City Hatchback adalah kereta paling luas dan paling praktikal dalam segmen ini, terutamanya versi hatchback yang mana ia ada ciri Ultra Seats.

Honda City? Honda City Hatchback? Toyota Yaris? Pandu uji semua di WapCar Auto Show 01

Namun begitu, kedua-dua Honda agak kekurangan dari segi keselamatan. Tidak dinafikan Honda City dan City Hatchback ditawarkan dengan ADAS sensing yang penuh, manakala Vios/Yaris pula setakat ADAS separa sahaja tetapi varian yang ada ciri ini berharga lebih mahal.

Lagi satu, dari segi tempoh menunggu, pembeli Honda City/City Hatchback perlu menunggu sehingga 3 bulan, manakala Vios/Yaris hanya setakat 1 ke 2 bulan sahaja. Jadi kalau anda tempah Vios/Yaris sekarang, anda mungkin boleh terima kereta seawal Ogos.

Honda City? Honda City Hatchback? Toyota Yaris? Pandu uji semua di WapCar Auto Show 02

Apapun, pergi sahaja ke WapCar Auto Show untuk mengetahui yang mana lebih sesuai dengan jiwa anda.

Honda City? Honda City Hatchback? Toyota Yaris? Pandu uji semua di WapCar Auto Show 03

Dengan PCM Puchong Motor yang ada di WapCar Auto Show, anda boleh memandu uji dan meneliti dengan lebih mendalam tentang Toyota Vios dan Toyota Yaris. Di bawah adalah harga termasuk SST:

Toyota Vios

  • 1.5 J – RM 77,600
  • 1.5 E – RM 85,600
  • 1.5 G – RM 90,400
  • 1.5 GR-S – RM 98,100

Toyota Yaris

  • 1.5 J – RM 73,800
  • 1.5 E – RM 83,300
  • 1.5 G – RM 87,600

Menariknya, sesiapa yang membeli Vios dan Yaris dengan mereka di WapCar Auto Show yang berlangsung sekarang (1 – 3 Julai 2022, 10 pagi – 10 malam) akan menerima aksesori Aerokit, pengecas tanpa wayar dan rebat tunai RM 1,500 (hanya untuk varian E dan G).

Honda City? Honda City Hatchback? Toyota Yaris? Pandu uji semua di WapCar Auto Show 04

Untuk Honda City pula, tawaran rebat yang diberi adalah lebih tinggi iaitu RM 2,000. Harga termasuk SST untuk Honda City pula adalah seperti di bawah:

Honda City

  • Grade S – RM 77,600
  • Grade E – RM 85,600
  • Grade V – RM 90,600
  • Grade V with Sensing – RM 94,600
  • Grade RS – RM 108,800

Honda City Hatchback

  • Grade S – RM 78,600
  • Grade E – RM 86,600
  • Grade V – RM 91,600
  • Grade V with Sensing – RM 95,600
  • Grade RS – RM 109,800
@wapcar_zamil Datang meriahkan! #wapcar #carmalaysia #fypmalaysia #tahukahanda #carsome #hondamalaysia #mercedesmalaysia #toyotamalaysia #trapo #karcher #pavilionbukitjalil #kereta ♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda