window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda kekal sebagai jenama kereta bukan nasional No.1 di Malaysia, 9 tahun berturut-turut!

Faisal Β· Jan 5, 2023 04:00 PM

Honda kekal sebagai jenama kereta bukan nasional No.1 di Malaysia, 9 tahun berturut-turut! 01

Honda Malaysia mengumumkan bahawa jualan Honda untuk 2022 merekodkan sehingga lebih 80,200 unit. Kiranya, mereka berjaya mencapai sasaran jualan sebanyak 80,000 unit untuk tahun lepas. Sepanjang 12 bulan, jualan tertinggi adalah pada Mac iaitu sebanyak 10,500 unit. Jualan tahun lepas juga menyaksikan peningkatan 51% berbanding tahun 2021.

Honda kekal sebagai jenama kereta bukan nasional No.1 di Malaysia, 9 tahun berturut-turut! 02

Perkara ini sekali lagi meletakkan Honda sebagai jenama kereta bukan nasional No.1 di Malaysia dan ini 9 tahun berturut-turut sejak tahun 2014.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda kekal sebagai jenama kereta bukan nasional No.1 di Malaysia, 9 tahun berturut-turut! 01

Prestasi jualan yang membanggakan buat Honda ini dimainkan oleh faktor pelancaran Honda City Hatchback pada bulan Januari, Civic pada bulan Februari dan HR-V pada bulan Julai. Untuk makluman anda, model Honda paling laku tahun lepas adalah City (menyumbang 36% daripada jualan keseluruhan). City Hatchback pula di tangga kedua pada 20%, diikuti dengan HR-V pada 14%.

Honda kekal sebagai jenama kereta bukan nasional No.1 di Malaysia, 9 tahun berturut-turut! 02

Jelas Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, β€œ2022 merupakan tahun yang mencabar kerana isu bekalan cip global dan bencana banjir telah menjejaskan produksi kereta kami. Tetapi dengan sokongan padu serta semangat Challenging Spirit, Honda Malaysia tetap berjaya mencapai sasaran jualan. Kami ingin mengucapkan sepenuh penghargaan kepada pelanggan dan pengedar yang tidak henti-henti memberi sokongan terhadap jenama Honda. Tidak lupa juga dengan Kerajaan Malaysia kerana melanjutkan pengecualian cukai jualan. Kami sedang bekerja rapat dengan pengedar dan pembekal untuk memastikan penyerahan yang cepat kepada pelanggan, terutama buat mereka yang menempah kereta dalam tempoh pengecualian cukai jualan”.

Juga bacaDah tempah Honda? Tak perlu tunggu lama - HMSB 'on track' untuk capai 80k jualan

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda