window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic di seluruh dunia bukan main 'panas', tapi kenapa di Jepun sendiri tak laku?

Faisal · Jun 12, 2022 06:00 PM

Honda Civic di seluruh dunia bukan main 'panas', tapi kenapa di Jepun sendiri tak laku? 01

  • Honda Civic adalah kereta No.1 di Amerika selama 6 tahun berturut, 12 tahun No.1 dalam segmen C
  • Sejak 2016, Honda Civic adalah kereta segmen C No.1 di Malaysia
  • Tapi sambutan di Jepun sendiri hambar, Toyota Alphard pun terjual 17x ganda lagi banyak walaupun harganya lebih mahal

Kalau ikut logik, kereta yang berharga lagi murah akan terjual lebih banyak daripada kereta mahal. Cumanya di Jepun, ia agak berbeza kerana orang lagi banyak membeli Toyota Alphard berbanding Sienta. Dalam kes ini, Honda Civic adalah antara contoh paling tepat.

Dari segi nisbah jualan di Jepun, hanya 1 Honda Civic yang terjual untuk setiap 17 unit Toyota Alphard.

Honda Civic di seluruh dunia bukan main 'panas', tapi kenapa di Jepun sendiri tak laku? 02

Perbezaan ini amat ketara kerana Civic di serata dunia bukan main laris lagi. Di Amerika sendiri, Honda Civic adalah kereta penumpang paling laku untuk 6 tahun terakhir ini. Di sana juga, ia merupakan model segmen C paling laris dalam 12 tahun ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di Thailand, bilangan teksi Toyota Corolla Altis pun tak boleh tanding jualan Honda Civic.

Juga bacaHonda Civic terlalu laris di Thailand! Kuasai lebih 50% pasaran sedan segmen C!

Jadi untuk mereka yang duduk di negara selain Jepun, jualan Honda Civic yang hambar di pasaran rumah pasti agak memeranjatkan.

Honda di Jepun menjual Freed 10x ganda lebih banyak daripada Civic

Walaupun Jepun antara kuasa automotif terbesar di dunia, masyarakat mereka sebenarnya agak anti-kereta.

Honda Civic di seluruh dunia bukan main 'panas', tapi kenapa di Jepun sendiri tak laku? 01

Dengan tanah yang mahal, tempat parkir yang terhad, bandar yang sesak serta kebergantungan pada minyak import, polisi awam yang kerajaan Jepun keluarkan lebih menggalakkan pengangkutan awam berbanding memiliki kereta sendiri.

Bercakap mengenai tempat parkir, bangunan-bangunan tinggi di sana pula hanya menyediakan dengan jumlah yang sikit. Parkir percuma di bandar atau luar bandar sepanjang waktu malam juga memang susah nak dapat.

Honda Civic di seluruh dunia bukan main 'panas', tapi kenapa di Jepun sendiri tak laku? 02

Majlis bandaraya mereka pun tidak berapa berkenan dengan sistem parkir bawah tanah atau bertingkat walaupun struktur bangunan mereka dianggap kalis gempa bumi. Disebabkan inilah penggunaan kenderaan EV di Jepun tidak akan menjadi kerana mengecas sepanjang malam tidak dapat dilaksanakan.

Satu lagi faktor adalah pemeriksaan kenderaan secara mandatori (Shaken) yang mana selepas tahun kelima, pemilik akan dikenakan kos yang mahal.

Untuk makluman anda, pembeli kereta baru bukan setakat perlu bayar kos kitar semula untuk kereta itu, malah pembayaran cukai parkir satu kali kepada majlis bandaraya (kecuali kereta kei) juga perlu dibuat sebelum diberikan nombor pendaftaran untuk kereta itu.

Honda Civic di seluruh dunia bukan main 'panas', tapi kenapa di Jepun sendiri tak laku? 03

Dari sudut lain juga, mereka yang menetap di rumah darat hanya diberi satu tempat meletak kenderaan sahaja. Jadi kalau sebuah keluarga hendak memiliki kereta, lagi berbaloi kalau model tersebut serba boleh. Di sinilah bergunanya kenderaan yang berpintu gelangsar kerana ia lebih praktikal dan memudahkan.

Juga bacaToyota Wish dan Honda Stream, pemilihan pintu yang gagal punca MPV ini merudum?

Honda Civic di seluruh dunia bukan main 'panas', tapi kenapa di Jepun sendiri tak laku? 04

Jadi, inilah sebab kenapa pada suku pertama 2022, Honda boleh serah model Freed sehingga 20,692 unit. Honda Civic pula tak sampai 2,000 unit, 10x ganda lagi kurang.

Honda Civic di seluruh dunia bukan main 'panas', tapi kenapa di Jepun sendiri tak laku? 05

Honda Freed.

Honda Civic di seluruh dunia bukan main 'panas', tapi kenapa di Jepun sendiri tak laku? 06

Pesaingnya iaitu Toyota Corolla (hatchback Corolla Sport, Corolla Sedan, Corolla Touring, Corolla Axio, Corolla Fielder & Corolla Cross) pula terjual sampai 133,420 unit tetapi logiklah sebab ia ditawarkan dengan bermacam bentuk badan.

Juga bacaLebih 13,000 pesanan untuk Toyota Corolla Cross di Jepun dalam sebulan, 3x sasaran jualan bulanan

Honda Civic di seluruh dunia bukan main 'panas', tapi kenapa di Jepun sendiri tak laku? 07

Kebiasaannya di Jepun, satu rumah akan ada satu kereta sahaja. Kenderaan minivan yang pakai pintu gelangsar pula antara pilihan utama rakyat Jepun.

Honda di Jepun didefinasikan oleh N-box, bukan Civic

Di luar Jepun, Honda terkenal dengan model seperti Civic, Accord, CR-V dan juga City. Model-model inilah yang membuatkan ia bersaing sengit dengan Toyota. Tetapi di Jepun, Honda sebenarnya bersaing dengan Daihatsu dan Suzuki, iaitu untuk segmen kereta mini kei.

Honda Civic di seluruh dunia bukan main 'panas', tapi kenapa di Jepun sendiri tak laku? 08

Honda N-Box.

Kalau anda nak tahu, 1 daripada 3 kereta baru yang dijual di Jepun adalah kereta kei dan Honda N-Box, iaitu minivan kei dengan pintu gelangsar adalah kereta paling laris di Jepun untuk 6 tahun terakhir ini.

Untuk suku pertama 2022, Honda menjual N-Box sebanyak 64,178 unit. Pesaing sengitnya, Daihatsu Tanto jauh di tangga kedua (26,936 unit).

Honda Civic di seluruh dunia bukan main 'panas', tapi kenapa di Jepun sendiri tak laku? 09

Di negara Jepun yang mana rumahnya kecil, kereta yang luas dan praktikal adalah antara pilihan utama.

Mengenai Civic sendiri, harga di pasaran Jepun sebenarnya cukup mahal, jauh lagi mahal daripada Toyota Corolla.

Di sana, Honda hanya menjual Civic hatchback dan ia bermula dari harga 3.19 juta JPY. Sebagai konteks, harga Toyota Alphard hanya 23% lebih tinggi, iaitu bermula pada 3.94 juta JPY.

Honda Civic di seluruh dunia bukan main 'panas', tapi kenapa di Jepun sendiri tak laku? 10

Pesaing di segmen sama iaitu Toyota Corolla Sport pula berharga dari 2.17 juta JPY ke 2.56 juta JPY. Walaupun Civic datang dengan enjin VTEC Turbo dan Corolla hanya guna enjin hibrid 1.8L sama dengan Prius, had laju antarabangsa di Jepun iaitu 100 km/j (120 km/j di sesetengah seksyen) tidak membolehkan pemandu mengeksploit prestasi enjin kereta mereka sehabis-habisnya.

Honda Civic di seluruh dunia bukan main 'panas', tapi kenapa di Jepun sendiri tak laku? 11

Apapun secara keseluruhan, Honda Civic yang hambar di pasaran rumah tetap cemerlang di pasaran luar.

Juga bacaRebiu: Honda Civic FE 2022 - matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si 'ketam'

Honda Civic di seluruh dunia bukan main 'panas', tapi kenapa di Jepun sendiri tak laku? 12

Kita di Malaysia sendiri pasti tidak mahu Honda Civic diganti dengan Freed tapi kalau dapat Honda StepWGN pun best juga kan?

Juga bacaHonda StepWGN gugurkan pintu versatil 'Waku Waku', ciri menarik tak semestinya jualan laku!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda