window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic Hatchback Hybrid (FL) 2022 diperkenalkan di Jepun, pelancaran rasmi pada Julai

Faisal · Apr 17, 2022 12:00 PM

Honda Civic Hatchback Hybrid (FL) 2022 diperkenalkan di Jepun, pelancaran rasmi pada Julai 01

Sebagai salah satu langkah Honda untuk mengelektrifikasikan barisan model mereka, Honda Civic Hybrid e:HEV telah mula diperkenalkan ke serata dunia.

Honda Civic Hatchback Hybrid (FL) 2022 diperkenalkan di Jepun, pelancaran rasmi pada Julai 02

Civic yang dielektrifikasi ini membuat debut global di Thailand (sedan) dan Eropah (hatchback) kira-kira sebulan yang lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaSedan hibrid terbaik untuk Malaysia - Honda Civic FE 2022 hybrid dengan 2.0L e:HEV debut dunia, setanding Accord!

Honda Civic Hatchback Hybrid (FL) 2022 diperkenalkan di Jepun, pelancaran rasmi pada Julai 01

Honda Civic Hatchback Hybrid e:HEV di pasaran Eropah.

Destinasi seterusnya pula adalah Jepun di mana ia akan hadir sebagai hatchback sahaja. Jualan di tanah air sendiri itu akan bermula pada bulan Julai dengan harga yang bakal diumum kemudian.

Honda Civic Hatchback Hybrid (FL) 2022 diperkenalkan di Jepun, pelancaran rasmi pada Julai 02

Sama seperti di Eropah dan Thailand, Civic Hatchback Hybrid e:HEV di Jepun turut menggunakan enjin 2.0L berkitaran Atkinson dengan gandingan dua motor elektrik. Setakat ini, Honda belum mendedahkan output rasmi untuk pasaran Jepun tetapi debut Thailand dan Eropah baru-baru ini menunjukkan bahawa trenkuasa tersebut menghasilkan 184 PS dan 315 Nm tork.

Honda Civic Hatchback Hybrid (FL) 2022 diperkenalkan di Jepun, pelancaran rasmi pada Julai 03

Honda Civic Hybrid di pasaran Thailand.

Dari segi teknikal, hembusan kuasa sebanyak itu dihantar ke roda depan melalui transmisi eCVT. Walau bagaimanapun, ia bukanlah CVT konvensional kerana semua model Honda yang berenjin i-MMD tidak menggunakan kotak gear. Mengenai trenkuasa ini, kuasa dihantar hampir sepanjang masa melalui motor elektrik.

Honda Civic Hatchback Hybrid (FL) 2022 diperkenalkan di Jepun, pelancaran rasmi pada Julai 04

Di Jepun, Civic Hatchback Hybrid e:HEV dilengkapkan standard dengan ciri:

  • ADAS Honda Sensing
  • Lampu LED berpandu selekoh
  • Agile Handling Assist (AHA)
  • Suis mod memandu (Econ, Normal, Sport, Individual)
  • Infotainment Honda Connect
  • Pelarasan elektrik 8 hala buat tempat duduk pemandu
  • Pelarasan elektrik 4 hala untuk penumpang hadapan
  • Kluster digital 10.2 inci
  • Sistem audio Bose dengan 12 pembesar suara serta Active Noise Control

Honda Civic Hatchback Hybrid (FL) 2022 diperkenalkan di Jepun, pelancaran rasmi pada Julai 05

Pilihan warna untuk pasaran Jepun termasuklah Platinum White Pearl, Crystal Black Pearl, Sonic Gray Pearl, Premium Crystal Red Metallic dan Premium Crystal Blue Metallic.

Bagaimana dengan Malaysia?

Honda Civic Hatchback Hybrid (FL) 2022 diperkenalkan di Jepun, pelancaran rasmi pada Julai 06

Civic Hybrid e:HEV di pasaran Thailand.

Bekas CEO Honda Malaysia, Madoka Chujo pernah mengulas bahawa Honda Malaysia berancang untuk mengembangkan lagi barisan model hibrid dan Civic adalah antara calon bagi pembangunan hibrid di masa hadapan. Namun kata beliau juga, “Maklumat terperinci berkenaan hal ini akan diumum apabila tiba masanya.”

Honda Civic Hatchback Hybrid (FL) 2022 diperkenalkan di Jepun, pelancaran rasmi pada Julai 07

Civic Hybrid e:HEV di pasaran Thailand.

Apapun selepas pelancaran hibrid e:HEV versi RS buat City dan City Hatchback dibuat, hampir jelas bahawa model yang bakal diusahakan seterusnya adalah Civic.

Jentera ini mungkin dilancarkan di Malaysia pada akhir tahun 2022.

Juga bacaSelepas Thailand, Malaysia akan melancarkan CKD 2022 Honda Civic Hybrid (FE) hujung tahun ini!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia