window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Baru nak melancong santai, geng Proton Satria & Honda Civic dalam konvoi ke Melaka ditahan polis!

Faisal · Jan 11, 2022 12:00 PM

Baru nak melancong santai, geng Proton Satria & Honda Civic dalam konvoi ke Melaka ditahan polis! 01

Foto: Acied Vtecturbo.

Akibat melakukan pelbagai kesalahan trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), 26 pemilik kereta jenis Proton Satria dan Honda Civic yang berhasrat untuk melancong ke Melaka secara konvoi bersama keluarga masing-masing telah ditahan oleh pihak polis. Tidak cukup dengan itu, semua kereta milik mereka juga disita.

Baru nak melancong santai, geng Proton Satria & Honda Civic dalam konvoi ke Melaka ditahan polis! 02

Foto: IPK Melaka.

Menurut Ketua Polis Melaka, hasil pemeriksaan yang dibuat berjaya mengeluarkan sehingga 55 saman yang mana jumlah keseluruhan bernilai sekitar RM 11,300. 30 saman daripadanya adalah dari PDRM manakala lagi 25 dikeluarkan oleh JPJ.

Antara kesalahan yang didapati termasuklah ekzos bising, mengubah suai enjin secara haram dan nombor plat yang tidak mengikut spesifikasi.

Baru nak melancong santai, geng Proton Satria & Honda Civic dalam konvoi ke Melaka ditahan polis! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun begitu, penceritaan dari geng Honda Civic sendiri cukup menyayat hati. Menurut luahan mereka, niat konvoi pada hari Jumaat lepas hanyalah untuk berjalan santai dan melancong ke Melaka bersama keluarga tersayang, bukannya berlumba haram. Kalau ya pun silap, kenapa sampai perlu sita? 

Akibatnya, mereka semua tidak dapat balik semula ke negeri masing-masing kerana kenderaan sudah dirampas oleh pihak berkuasa. Malah, ada kereta pemilik yang disita betul-betul di tempat homestay yang diduduk. Bayangkan tengah tidur sebab penat tiba-tiba kena hadap perkara sebegini.

Baru nak melancong santai, geng Proton Satria & Honda Civic dalam konvoi ke Melaka ditahan polis! 01

Perkongsian dari Alief Ramlan.

Punyalah tidak berhati perut sampaikan anak-anak terpaksa ponteng sekolah pada hari Isnin, iaitu semalam. Cuti ibubapa yang terlibat juga terpaksa dilanjutkan. Cukup merugikan.

Situasi yang sama juga terjadi pada geng Proton Satria, tetapi pada hari Sabtu. Yang lagi teruknya, mereka turut dituduh berlumba haram dan serbuan di homestay mereka juga dibuat seolah-olah hendak menangkap penjenayah.

Baru nak melancong santai, geng Proton Satria & Honda Civic dalam konvoi ke Melaka ditahan polis! 02

Foto: Alief Ramlan.

Kata pemilik, asalnya pihak polis hendak membuat pemeriksaan sahaja tetapi tengok-tengok, habis diangkut semuanya. Yang tak tahannya, ada yang melaporkan bahawa kereta 'standard' tanpa sebarang modifikasi pun turut disita. Mana hilangnya hati perut pihak berkuasa dalam hal ini? Geng konvoi Ford Mustang tempoh hari siap tolong iringkan lagi.

Juga bacaJPJ iring konvoi Ford Mustang, netizen persoal kenapa JPJ tak saman modifikasi melampau

Sumber: Kosmo

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda