Adakah ini 4 kereta polis Malaysia yang terbaik?

Zamil Syaheer · Sep 19, 2020 05:49 PM

Adakah ini 4 kereta polis Malaysia yang terbaik? 01

Kita pernah melihat kereta polis Nissan GTR, Lamborghini, dan juga Porsche 911 di tempat lain di dunia. Ini adalah jenis kereta yang menjadikan anak-anak kecil ingin menjadi pegawai polis. Maklumlah, kalau harap dekat kereta peronda biasa sahaja kadang-kadang tidak cukup.

Adakah ini 4 kereta polis Malaysia yang terbaik? 02

Bermula pada tahun ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menggunakan khidmat Honda Civic, menggantikan unit Proton yang sudah dimamah usia. Tetapi tahukah anda, PDRM juga mempunyai kenderaan lain seperti Volvo S90, Toyota Corolla Altis dan juga Proton X70 di dalam armada mereka?

Lebih menarik lagi,  PDRM pernah menggunakan Alfa Romeo dan Peugeot 206 sebagai kereta peronda!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });

Adakah ini 4 kereta polis Malaysia yang terbaik? 01

Sayangnya, kita tiada muzium automotif berskala penuh di Malaysia untuk tatapan koleksi sejarah sebegini. Kita ada Muzium Automotif Nasional tetapi tak banyak benda yang menarik di sana.

Di Muzium Polis, hanya kereta bekas Ketua Polis Negara sahaja yang dipamerkan dan kebanyakannya hanyalah Mercedes-Benz lama.

Adakah ini 4 kereta polis Malaysia yang terbaik? 02

Sebagai tanda penghargaan kepada PDRM, kami di WapCar BM telah membuat senarai kereta polis yang paling terbaik. Mari kita mula!

1. Alfa Romeo Alfetta

Adakah ini 4 kereta polis Malaysia yang terbaik? 03

Imej dari Alfista Malaysia.

Jenama Alfa Romeo hanya tinggal kenangan sahaja di Malaysia apabila Sime Darby Auto Italia (SDAI) memberhentikan penjualannya pada tahun 2013. Sebelum itu, Alfa Romeo dijual secara rasmi Kumpulan City Group pada tahun 70an, kemudian Milan Auto pada tahun 90an.

Adakah ini 4 kereta polis Malaysia yang terbaik? 04

Alfa Romeo Alfetta dikuasakan dengan enjin 2.0 liter petrol yang menghasilkan 130 PS. Pada masa itu, ini sebuah kereta yang agak berkuasa.

Untuk memberikan anda sedikit konteks, Datsun Sunny 120Y dengan enjin 1.2 liter hanya menghasilkan 68 PS.

Adakah ini 4 kereta polis Malaysia yang terbaik? 05

Jika ada kereta yang boleh menandingi Alfetta pada ketika itu, ia adalah Datsun Bluebird 510 dengan enjin 1.6 liter 4 silinder yang menghasilkan 109 PS.

2. Proton Satria GTI

Adakah ini 4 kereta polis Malaysia yang terbaik? 06

Imej dari elyasmalau.

Proton Satria GTI merupakan sebuah hot hatch terunggul keluaran Proton. Ia ditawarkan ketika Proton memiliki 80% pemilikan di dalam Lotus.

Satria standard itu sendiri adalah sebuah kereta yang agak hensem, maka tak heranlah ianya popular di kalangan peminat kereta muda sehingga sekarang.

Adakah ini 4 kereta polis Malaysia yang terbaik? 07

Imej dari 18sg.

Enjin 1.8 liter 4G93P mempunyai 140 PS dan 164 Nm tork. Dengan kawalan dari Lotus, tiada kombo yang mampu menandingi gabungan Proton-Lotus ini.

Adakah ini 4 kereta polis Malaysia yang terbaik? 08

Mesti tak jumpa stok bampar GTI ni. Imej dari haluankiri.

Satria GTI ini digunakan khas untuk unit peronda lebuh raya, terutama sekali di lebuhraya utara selatan.

Satu je masalah Satria GTI ini, iaitu anda perlu melipat tempat duduk depan untuk memuatkan penjenayah di bahagian belakang. Hehe.

3. Mitsubishi Lancer Evolution X

Adakah ini 4 kereta polis Malaysia yang terbaik? 09

Kereta ni memang tak perlu diperkenalkan lagi. Sejak lahirnya kerjasama Proton dengan Mitsubishi, ramai yang mengetahui kaitan diantara Proton Wira dengan Mitsubishi Lancer generasi keempat.

Berapa banyak kereta Wira di luar sana yang menggunakan enjin, komponen dan kit badan Mitsubishi Lancer Evolution? Rasa tak sah kalau satu hari tak nampak.

Adakah ini 4 kereta polis Malaysia yang terbaik? 10

Anda pernah lihat cerita Thunderbolt lakonan Jackie Chan? Ada Mitsubishi Lancer Evolution III.

Dengan populariti Lancer Evolution di kalangan rakyat Malaysia, keputusan PDRM untuk menggunakan Lancer Evolution X sebagai sebuah kereta polis membuatkan ramai peminat teruja.

Adakah ini 4 kereta polis Malaysia yang terbaik? 11

Bukan Inspira convert ok. Imej dari blogkeretabiru.com.

Dengan 295 PS dan 366 Nm tork, Mitsubishi Lancer Evolution X adalah kereta yang paling berkuasa PDRM pernah pakai setakat ini.

4. Honda Civic FC

Adakah ini 4 kereta polis Malaysia yang terbaik? 12

Pada Jun 2020, PDRM mula menggunakan Honda Civic FC sebagai kereta peronda mereka.

Adakah ini 4 kereta polis Malaysia yang terbaik? 13

Sebelum itu, pernah tular imej Honda Civic Type R dengan livery polis di laman sosial. Jika model FK8R ini melepasi penilaian PDRM, memang takde nak nampak FC dalam senarai ini.

Adakah ini 4 kereta polis Malaysia yang terbaik? 14

PDRM menggunakan varian 1.8 liter yang hadir dengan 141 PS dan 174 Nm tork. Penggunaan Honda Civic ini bertujuan untuk menggantikan unit peronda Proton Waja yang sudah tua.

Pada pendapat kami, ini satu pilihan yang bernas memandangkan Proton tiada sedan yang baharu. Civic FC juga mempunyai aura yang lebih garang berbanding Honda City.

Anda setuju ke tidak dengan senarai kami ini? Tinggalkan pendapat anda di bawah!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru