Tag

gambar kereta nissan gtr

Nissan Almera Turbo dengan bodykit GTR bagi mereka yang rindu kereta sport Nissan!

Nissan Almera Nissan Almera Turbo baru sahaja dilancarkan di pasaran Malaysia. Namun, di Thailand, Nissan Almera Turbo ini lebih setahun awal menjengah dan seperti biasa, rakyat negara tomyum tersebut tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan bakat mereka. Selain daripada bodykit Drive 68 dan LUMGA, Ninto Trust Shop dari Thailand telah mempertontonkan bodykit yang lebih mantap. Diinspirasikan oleh saudara berprestasi tinggi dalam barisan model Nissan, bengkel tersebut menghasilkan rekaan berasa

HarisHaris

Nov 6, 2020

Proton X50, Mitsubishi Xpander, Honda City, Nissan Almera - kereta segmen B boleh jadi Kereta Terbaik 2020?

Untuk tahun 2020 sahaja, pelancaran model kereta segmen B (dan kemaskini) adalah yang paling banyak. Rakyat Malaysia sukakan segmen B, suatu situasi yang sedikit berbeza di kebanyakan negara ASEAN lain. Oleh itu, kita ditawarkan dengan model-model segmen B terbaik yang ada di ASEAN. Tak percaya? Di sini kami senaraikan. Perodua Myvi Perodua Myvi Perodua Myvi dikemaskini pada tahun 2020 dengan tambahan ASA 2.0. Ia juga menerima warna baru Electric Blue. Nak tahu siapa beli Perodua Myvi 2020 baru?

HarisHaris

Dec 30, 2020

Nissan Skyline GT-R R34 menjadi korban, lori buat pusingan-U secara haram!

Nissan Skyline GT-R R34 adalah sebuah kereta sport yang menjadi idaman pemuda pemudi yang baligh sekitar tahun 90an. Model lagenda ini membuat penampilan dalam filem francais Fast and Furious di samping permainan video Gran Turismo. Dengan harga model kereta JDM yang semakin mencanak, sebarang insiden berkaitan model-model rare ini pastinya akan menarik perhatian. Baru-baru ini, sebuah Nissan Skyline GT-R R34 yang kemalangan tular di laman sosial. Insiden yang dikatakan berlaku di Shah Alam ters

HarisHaris

Jan 22, 2021

Enjin RB26 Nissan Skyline GT-R anda lemau? HKS Advanced Heritage ada jawapannya!

Penala terkemuka dari Jepun, HKS baru sahaja melancarkan set pemulihan enjin untuk mengembalikan kehebatan enjin 'inline' 6 silinder Nissan ke zaman moden. Dikenali sebagai Advanced Heritage, ia menyuntik legenda enjin RB26 dengan pelbagai teknologi terkini untuk meningkatkan prestasi dan penjimatan minyak. Malah tetapan Advance Heritage yang khusus untuk enjin RB26 ini mampu meningkatkan kuasa sehingga 600 PS di samping mengurangkan penggunaan minyak sehingga 5 liter/100 km. Tidak cukup dengan

FaisalFaisal

Jan 22, 2021

Nissan Leaf out to prove it’s not boring with challenge of a century

We’re all well acquainted with the Nissan Leaf, the first-ever mass-market electric vehicle (EV) with an unbeatable range and affordable price (at least not in Malaysia). In other words, a boring EV car. But Nissan is out to prove that the Leaf is not just more reliable than a Tesla but can be just as exciting with this very unique sprint race. In a video uploaded on Nissan’s official YouTube channel, the Nissan Leaf challenged mother nature’s fastest elements, the wind and fire, to a 0-100 km/h

JerricaJerrica

Jun 19, 2020

Intipan: Nissan Almera 2020 berwarna putih dijumpai lagi di Putrajaya!

Baru beberapa hari gambar Nissan Almera 2020 yang baru di jalan raya Malaysia tanpa sebarang penyamaran muncul di internet, kini hasil tangkapan lain telah dijumpai. Intipan ini dihantar kepada rakan kami di PanduLaju oleh salah seorang pembaca mereka. Tidak seperti intipan sebelum ini, Almera dalam gambar ini mempunyai plat perdagangan yang tergantung di belakang. Namun begitu, gambar-gambar ini terlalu jauh untuk kita melihatnya dengan lebih jelas. Oleh itu, sukar untuk kami menentukan varian

FaisalFaisal

Aug 12, 2020

Scoop: Nissan plans flagship mid-engine sports car with 3.0L V6 for 2024

You're looking at what Nissan's flagship sports car would look like and not only does it look tantalising but so are the specs: Mid-engine, V6-powered, and rear-wheel drive. Are we looking at Nissan's comeback? While last year's Nissan Z Proto brought much excitement to car enthusiasts all over the world, that is clearly an appetiser of exciting things to come from the beleaguered Japanese giant according to Japanese media. The idea of a mid-engine Nissan flagship isn’t brand-new though. More th

CY FoongCY Foong

Jan 22, 2021

Dunia dah tak perlukan kereta manual

Mati enjin, pacuan atas bukit yang menggerunkan, dan penukaran gear yang tersekat-sekat adalah antara pengalaman yang anda barangkali pernah alami ketika hendak mengambil lesen memandu. Jika anda mengambil lesen memandu sebelum tahun 2014, anda tiada pilihan lain selain daripada diuji dengan kereta manual. Kereta ujian anda mungkin tak ada stereng berkuasa pun. Hari ini, lesen memandu Malaysia boleh didapati samada untuk kereta manual atau automatik. Untuk mereka yang gemar memandu, mereka serin

MersitaMersita

Aug 3, 2020

'Loan' kereta anda tak lulus-lulus? Periksa dulu 5 perkara ini!

Pada tahun 1949, tempoh pinjaman bagi sebuah VW Beetle ialah 12 bulan dengan kadar bunga tahunan 9%. Itu dulu, sekarang dah lain. Kini, di Malaysia, tempoh pinjaman kereta selalunya untuk lima, tujuh atau sembilan tahun dengan kadar bunga tahunan berubah-ubah sekitar 3% (dikira berdasarkan jumlah prinsipal). Kereta-kereta zaman sekarang pun makin mahal dan hampir mustahil bagi kebanyakan orang untuk membelinya secara tunai. Tapi, adakah meminjam untuk membeli kereta satu perkara yang buruk? Perk

MersitaMersita

Feb 7, 2021

Nissan Almera Turbo – boleh menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM?

Dilancarkan pada bulan September yang lalu, Nissan Almera Turbo 2020 yang baru ini merupakan ‘game changer’ kepada Nissan di Malaysia. Jika sebelum ini produk Nissan agak hambar dan sedikit ketinggalan berbanding pesaing besarnya iaitu Toyota dan Honda, Almera baru ini ingin merubah tanggapan anda terhadap Nissan. Oleh sebab itulah, ianya tersenarai sebagai calon Kereta Tahun 2020 WapCar - BM. Jadi, apakah serba serbi yang membuatkan Almera ini satu pakej yang menarik berbanding Honda City ataup

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Dec 23, 2020

Jimat sehingga RM 18,000 dengan tawaran RMCO untuk kereta Nissan

Edaran Tan Chong Motor (ETCM), pengedar kenderaan Nissan di Malaysia telah mengumumkan senarai harga terkini untuk model-model kereta mereka. Selain daripada pengecualian cukai jualan, ETCM menambah lagi promosi mereka dengan diskaun Remarkable Car Offers (RMCO), membolehkan pemilik baru untuk jimat sehingga RM 15,437. Seperti yang sedia maklum, trak pikap tidak layak untuk pengecualian cukai jualan, tetapi ETCM kini menawarkan model Navara dengan diskaun RMCO, menawarkan penjimatan antara RM 12

MersitaMersita

Jun 16, 2020

“Tarik sikit tengok” anggota SJR minta diperdengarkan bunyi enjin padu!

Bila kita jumpa ‘beast’ di jalan raya, kita rasa nak rapat-rapat semata-mata untuk mendengar deruman enjin kereta yang menjadi halwa telinga terindah bukan saja bagi peminat kereta, tapi juga anggota menjaga sekatan jalan raya (SJR)! Baru-baru ini tular rakaman video beberapa pemandu kereta yang dipinta untuk ‘tarik’ enjin kereta setelah dipinta oleh anggota SJR yang cukup ‘sporting’. Antara kereta yang dilihat dipinta untuk diderum enjinnya adalah Honda Civic yang menggunakan enjin B18CR serta

MersitaMersita

Feb 11, 2021

Mana satu lagi bagus? Timing chain atau timing belt?

Selalunya orang akan bandingkan beberapa spesifikasi kereta sebelum membuat pembelian. Antaranya soalan yang ditanya; Enjin berapa cc? Brek jenis apakah yang digunakan? Apakah jenis transmisi yang digunakan? Adakah ia didatangkan dengan AEB yang menyeluruh? Bagi sesetengah orang, macam-macam jenis spesifikasi lagi yang dilihatnya. Kali ini, kami akan bincangkan tentang timing belt dan timing chain. Timing chain atau timing belt digunakan untuk membuat pusingan camshaft dan crankshaft bergerak sa

MersitaMersita

Aug 7, 2020

Nissan GT-R R36 bakal tampil dengan enjin hybrid tahun 2025?

Nissan GT-R mungkin sebuah model yang sangat lama di pasaran. Walaupun lama, ia tetap mempunyai peminatnya yang tersendiri. Walaupun kebanyakan pesaingnya telah menerima generasi baru, Godzilla telah berada di pasaran sejak 2007 dengan kemas kini terbaru yang dilancarkan pada tahun 2017. Namun, menurut satu media Jepun, Nissan dikatakan sedang merancang untuk GT-R generasi berikutnya dilancarkan pada tahun 2025. Menurut maklumat yang diperoleh oleh Best Car Web, Nissan mempunyai rancangan untuk

HarisHaris

Nov 9, 2020

Adakah ini 4 kereta polis Malaysia yang terbaik?

Kita pernah melihat kereta polis Nissan GTR, Lamborghini, dan juga Porsche 911 di tempat lain di dunia. Ini adalah jenis kereta yang menjadikan anak-anak kecil ingin menjadi pegawai polis. Maklumlah, kalau harap dekat kereta peronda biasa sahaja kadang-kadang tidak cukup. Bermula pada tahun ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menggunakan khidmat Honda Civic, menggantikan unit Proton yang sudah dimamah usia. Tetapi tahukah anda, PDRM juga mempunyai kenderaan lain seperti Volvo S90, Toyota Cor

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Sep 19, 2020

COO Nissan: kereta terlampau tua dan terlalu banyak model, salah CEO lama Ghosn

COO Nissan baru Ashwani Gupta kini berdepan tugas besar untuk membersihkan segala ‘taik’ yang ditinggalkan oleh Carlos Ghosn, bekas Pengerusi dan CEO Perikatan Renault Nissan Mitsubishi. Gupta sebelum ini pernah menjadi COO Mitsubishi Motor dan telah dilantik sebagai COO Nissan sejak Ogos 2019. Dia ditugaskan untuk mengeluarkan Nissan dari kemelut kewangan dan menguatkan syarikat Nissan dengan memberi fokus lebih kepada pasaran utama seperti Amerika Syarikat, China, dan Jepun. Nissan kini berada

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Jan 8, 2021

Tip beli kereta terpakai: 5 tanda kereta pernah terlibat kemalangan

Selalunya, sebelum orang beli kereta terpakai, beberapa soalan biasa sering diajukan. Contohnya, “Kereta ni owner dulu beli tahun bila?” “Owner lama lelaki ke perempuan?” “Kereta ni pernah accident?” dan barangkali macam-macam soalan lagi. Kalau anda dapat penjual yang jujur, soalan ketiga mungkin akan dijawab dengan setulus hati. Kalau tak, macam mana anda nak tahu jawapan sebenar? Perkara biasa bila tengok-tengok kereta terpakai antaranya ialah anda akan nampak calar, lekuk, atau 'putty' sikit

MersitaMersita

Aug 28, 2020

Panduan membeli Nissan Grand Livina serendah RM 30k, apa yang boleh dijangkakan?

Nissan Grand Livina generasi kedua dikatakan bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Model tersebut kini dibangunkan berdasarkan Mitsubishi Xpander berkongsi beberapa ciri-ciri namun mudah dibezakan dengan rekaan gril hadapan. Hal ini menjadikan model Nissan Grand Livina generasi pertama adalah produk yang terhasil daripada Nissan sendiri dan bukannya perkongsian platform. Jualan Nissan pernah setanding Honda dalam suatu tempoh masa bermula tahun 2003 hingga 2013 di mana Nissan Grand Livi

HarisHaris

Feb 11, 2021

Scoop – Next-gen Nissan GT-R R36 could be launched only in 2025!

The Nissan GT-R R35 is ancient in terms of modern car life cycles. It has been through 4 American Presidents, 4 Malaysian Prime Ministers, and numerous iterations of the iPhone. While its competitors have all gotten new generations, the Godzilla has been marching on since 2007 with a recent update launched in 2017. However, according to a scoop by Japanese media, Nissan is planning for the next-gen GT-R to be launched in 2025. According to information obtained by Best Car Web, Nissan has plans f

CY FoongCY Foong

Nov 9, 2020

5 kereta terpakai bawah RM 20k untuk dijadikan kereta berniaga waktu PKP ni!

Landskap ekonomi yang kurang menentu ketika ini sedikit sebanyak akan mencuit perasaan untuk memulakan perniagaan. Tahukah anda, di waktu sukar ini, kereta terpakai mengalami permintaan yang mendadak? Bagi mereka yang kurang bernasib baik, sekarang adalah masa yang terbaik untuk merancang. Lagipun, kajian mendapati bahawa rakyat Malaysia cenderung untuk memiliki 1 kenderaan untuk pelbagai kegunaan. Jika anda mahu bermula dengan langkah kanan, apa kata pastikan kenderaan untuk mencari rezeki ters

HarisHaris

Jan 20, 2021

MG HS 2021 – Kereta apakah ini dan bolehkah ia mencabar Proton X70?

Segmen SUV di Malaysia dijangka akan jadi lebih ‘panas’ kerana MG dijangka akan kembali ke Malaysia tak lama lagi. Kelibat MG HS semakin kerap dilihat semenjak dua menjak ini, mewujudkan ura-ura yang mengatakan syarikat tersebut sedang berusaha untuk memperkenalkan model kereta mereka sebelum berakhirnya tahun ini. Apa itu MG HS? MG HS ialah SUV segmen C yang bersaing dengan Honda CR-V, Mazda CX-5, dan Proton X70. Mula-mula sekali diperkenalkan sebagai kereta konsep pada 2018, ia seterusnya dila

MersitaMersita

Oct 14, 2020

Panduan membeli Nissan Almera secara terpakai. Generasi mana yang masih baik?

Nissan Almera 2020 Nissan Almera Turbo telah dilancarkan pada 4 September 2020 yang lalu. Didatangkan dengan enjin Turbo, 2020 Nissan Almera Turbo merupakan sebuah anjakan yang sangat baik berbanding Nissan Almera generasi sebelum ini. Generasi pertama Nissan Almera dilancarkan pada tahun 2012, ditawarkan dalam 3 varian iaitu Nissan Almera E (manual), 2012 Nissan Almera E (Auto), Nissan Almera V dan Nissan Almera VL varian tertinggi. Enjin 4 silinder 1.5 liter HR15DE yang dibangunkan oleh Nissan

HarisHaris

Oct 13, 2020

Nissan Serena 2021 generasi baru bakal debut Oktober ini? Depan macam Elgrand!

Nissan Serena generasi kelima (C27) telah dijaul sejak tahun 2016 di Jepun dan pernah menjadi MPV paling laris di sana. Walaupun ia telah diberi kemaskini pada 2019 dan dilengkapi dengan pelbagai teknologi yang menarik, posisi itu telah ditawan oleh Toyota Voxy pada tahun 2020. Seperti biasa, Nissan tahu bahawa Serena memerlukan model baru sepenuhnya (FMC) setelah lima tahun dan kali ini desas desus daripada Best Car Web mengatakan ia bakal tiba pada Oktober 2021. Berdasarkan imej lakaran di gam

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Feb 4, 2021

Perodua Ativa 2021 vs Nissan Almera – kereta 1.0L turbo mana yang patut anda beli?

Semalam, Perodua Ativa telah dilancarkan secara rasmi. Berbanding model-model Perodua yang sebelumnya, SUV yang cukup dinantkan ini jauh lebih canggih. Dengan enjin 1.0L turbo, Perodua Ativa sebenarnya mengingatkan kami kepada Nissan Almera. Walaupun berada pada kategori yang berbeza, kedua-dua kereta datang dengan format trenkuasa yang sama, iaitu enjin 1.0L turbo 3 silinder yang dipadankan dengan transmisi CVT. Dengan itu, apa kata kita bandingkan diantara mereka. Harga Untuk varian teratas, N

FaisalFaisal

Mar 6, 2021

Detik akhir kereta konsep Proton yang bakal dilelong. Sejarah atau sampah?

Kami berpeluang untuk melihat sendiri dan memeriksa kereta-kereta Proton yang bakal dilupuskan di Pickles Asia Auction pada 22 Julai 2020. Tarikh ini mungkin menjadi titik akhir bagi kereta-kereta Proton yang pernah mewarnai industri automotif negara walaupun sekadar konsep. Walaupun 7 buah model konsep Proton telah ditarik balik dari lelongan, kebanyakannya masih akan pergi ke tempat pelupusan atau diguna semula. Harus diingatkan bahawa kereta-kereta ini tidak mempunyai dokumen yang sah untuk d

HarisHaris

Jul 23, 2020

Perbandingan: Honda City RS vs Toyota Vios G vs Nissan Almera Turbo VLT. Saingan varian paling atas!

Honda City Nissan Almera Toyota Vios 2020 Honda City baru sahaja menjengah ke pasaran Malaysia. Persaingan antara model ini dengan Toyota Vios sememangnya suatu persaingan yang tidak asing lagi dalam kelasnya namun kini tidak lagi. Kehadiran pencabar terbaru iaitu 2020 Nissan Almera Turbo yang merupakan suatu anjakan daripada Nissan Almera generasi terdahulu memberikan saingan 3 penjuru yang lebih mengujakan. Oleh itu, mari perhatikan dengan lebih dekat varian paling atas ketiga-tiga model ini.

HarisHaris

Oct 15, 2020

Diintip: Nissan Navara NP300 2021 facelift dilihat tanpa camo di Thailand – lancar tak lama lagi?

Sekarang memang musim kereta baru, ramai yang teruja melihat model-model baru lagi menarik keluar hampir setiap minggu. Kami nak tunjuk lagi satu model baru yang menarik iaitu Nissan Navara NP300 2021 yang dilihat di Thailand tanpa sebarang samaran. Menonjolkan muka ‘V-motion’ Nissan yang dikenali ramai, Navara baharu ini (yang telah dinaiktaraf selepas 6 tahun) akan mempunyai ‘daytime running lights’ LED yang direka-semula. Perincian ini kami temui di dalam video previu, pautan di hujung artike

MersitaMersita

Oct 14, 2020

2021 Nissan X Trail baru dilancarkan. Bakal tiba di Malaysia tahun 2022?

Nissan X-Trail Nissan telah melancarkan Nissan X-Trail terbaru di US. Di sana, Nissan X-Trail turut dikenali dengan nama Nissan Rogue. Gambar-gambar Nissan X-Trail generasi ke 4 ini sudah lama tular termasuklah imej paten. Nampaknya, gambar-gambar tersebut memang benar. Rekaan luar Nissan X-Trail terbaru tampak lebih berani dengan mengubah keseluruhan rekaan luarnya. Nissan X-Trail terbaru kini menggunakan lampu hadapan 2 tingkat dengan gril hadapan V-Motion yang lebih besar. Bingkai gril V-Moti

HarisHaris

Jun 16, 2020

COTY 2020: Saya nak kereta selesa! Nissan Almera 2020 atau Honda City 2020? Jom undi!

Apabila hendak menilai kereta, ada yang pentingkan prestasi enjin, ada juga yang pentingkan rupa bentuk berbanding hal-hal yang lain. Tapi, ramai juga yang menganggap kenderaan mereka sebagai ‘rumah kedua’ dan tempat di mana kita paling banyak luangkan masa seharian samada berseorangan atau dengan keluarga dan rakan-rakan. Oleh itu, kali ini kami akan nilai secara terperinci tahap keselesaan antara dua sedan ‘panas’ tahun ini iaitu Nissan Almera 2020 dan Honda City 2020 - sebab kami nak bantu an

MersitaMersita

Dec 18, 2020

Nissan Magnite. SUV paling murah dari Nissan?

Nissan India telah menetapkan tarikh untuk pelancaran SUV terbarunya. Selain itu, Nissan turut memuat naik beberapa imej acah untuk SUV kurang 4 meter tersebut. Boleh dikatakan, Nissan Magnite nampaknya bakal mempunyai rekaan mirip Mazda. Berikut adalah beberapa maklumat mengenai Nissan Magnite: Nissan Magnite adalah model bawah Nissan Kicks. Harga jangkaan Nissan Magnite adalah sekitar INR 6 lakh (RM 34,472). Terdapat 2 spesifikasi enjin: Enjin 3 silinder NA 1.0 liter petrol yang menjana 73 PS

HarisHaris

Jul 6, 2020