Proton X50, Mitsubishi Xpander, Honda City, Nissan Almera - kereta segmen B boleh jadi Kereta Terbaik 2020?

Haris · Dec 30, 2020 04:00 PM

Proton X50, Mitsubishi Xpander, Honda City, Nissan Almera - kereta segmen B boleh jadi Kereta Terbaik 2020? 01

Untuk tahun 2020 sahaja, pelancaran model kereta segmen B (dan kemaskini) adalah yang paling banyak.

Rakyat Malaysia sukakan segmen B, suatu situasi yang sedikit berbeza di kebanyakan negara ASEAN lain. Oleh itu, kita ditawarkan dengan model-model segmen B terbaik yang ada di ASEAN.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Tak percaya? Di sini kami senaraikan.

Perodua Myvi

Proton X50, Mitsubishi Xpander, Honda City, Nissan Almera - kereta segmen B boleh jadi Kereta Terbaik 2020? 01

Perodua Myvi dikemaskini pada tahun 2020 dengan tambahan ASA 2.0. Ia juga menerima warna baru Electric Blue. Nak tahu siapa beli Perodua Myvi 2020 baru? Lihat sahaja pada warnanya.

Proton X50, Mitsubishi Xpander, Honda City, Nissan Almera - kereta segmen B boleh jadi Kereta Terbaik 2020? 02

Pilihan Sultan Johor sebagai kurniaan

Model kembar Daihatsu Sirion telah dianugerahkan Kereta Bandar Terbaik oleh Gen Z di Indonesia. Perodua Myvi bukan sahaja terbaik di Malaysia malah digemari di Indonesia!

Proton X50

Proton X50, Mitsubishi Xpander, Honda City, Nissan Almera - kereta segmen B boleh jadi Kereta Terbaik 2020? 03

Proton X50 2020 adalah model paling hangat dengan giliran menunggu selama 6 bulan dan tempahan sehingga 30,000 unit.

Proton X50, Mitsubishi Xpander, Honda City, Nissan Almera - kereta segmen B boleh jadi Kereta Terbaik 2020? 04

Sarat dengan teknologi terkini, Proton X50 turut menawarkan sistem pemanduan autonomi setaraf Tesla! Malah untuk pasaran Malaysia sahaja, Proton X50 dilengkapi dengan penyaman udara baris belakang, sesuatu yang tidak ada pada Geely Binyue di China dan Filipina.

Proton X50, Mitsubishi Xpander, Honda City, Nissan Almera - kereta segmen B boleh jadi Kereta Terbaik 2020? 05

Pada hemat kami, Proton X50 adalah SUV segmen B terbaik di Malaysia tetapi mampukah ia dinobatkan sebagai Kereta Terbaik Tahun 2020 (COTY 2020) oleh pembaca?

Honda City 

Proton X50, Mitsubishi Xpander, Honda City, Nissan Almera - kereta segmen B boleh jadi Kereta Terbaik 2020? 06

Malaysia adalah antara negara yang menjadi fokus pelaburan Honda dan pelancaran Honda City 2020 adalah bukti kepada kenyataan tersebut.

Proton X50, Mitsubishi Xpander, Honda City, Nissan Almera - kereta segmen B boleh jadi Kereta Terbaik 2020? 07

Honda City RS dengan enjin hibrid i-MMD kali pertama dipersembahkan secara global melalui pelancaran di Malaysia! Keseluruhan barisan Honda City serba baru 2020 juga tidak mengecewakan dan pada hemat kami, suatu pakej yang lebih lengkap berbanding pesaing Kereta Terbaik Tahun 2020 yang lain.

Nissan Almera Turbo

Proton X50, Mitsubishi Xpander, Honda City, Nissan Almera - kereta segmen B boleh jadi Kereta Terbaik 2020? 08

Suatu anjakan paradigma, Nissan Almera 2020 memecahkan konotasi negatif yang membelenggu Nissan Almera generasi 2012 - 2018.

Proton X50, Mitsubishi Xpander, Honda City, Nissan Almera - kereta segmen B boleh jadi Kereta Terbaik 2020? 09

Diinspirasikan oleh Nissan GTR

Antara kekuatan Nissan Almera adalah pada enjin 1.0 liter Turbo yang sedap dipandu dalam trafik bandar dipadankan dengan tempat duduk jenis Zero Gravity Bucket Seat.

Proton X50, Mitsubishi Xpander, Honda City, Nissan Almera - kereta segmen B boleh jadi Kereta Terbaik 2020? 10

Selain itu, Nissan Almera 2020 juga dilengkapi dengan brek kecemasan automatik AEB untuk kesemua varian, tidak ditawarkan dalam kesemua sedan pesaing lain kecuali Honda City RS (melalui Honda Sensing).

Proton X50, Mitsubishi Xpander, Honda City, Nissan Almera - kereta segmen B boleh jadi Kereta Terbaik 2020? 11

Edaran Tan Chong Motor juga turut membelanjakan sedikit pelaburan untuk memberikan Nissan Almera Turbo 2020 tempat duduk belakang yang boleh dilipat, satu-satunya model Nissan Almera di ASEAN yang mampu berbuat demikian.

Mitsubishi Xpander

Proton X50, Mitsubishi Xpander, Honda City, Nissan Almera - kereta segmen B boleh jadi Kereta Terbaik 2020? 12

Model crossover 7 penumpang Mitsubishi Xpander ini membawakan perspektif baru dalam pasaran kereta 7 penumpang.

Proton X50, Mitsubishi Xpander, Honda City, Nissan Almera - kereta segmen B boleh jadi Kereta Terbaik 2020? 13

Model pasaran Malaysia mungkin datang paling lewat (negara kelima ASEAN) tetapi Malaysia menerima varian paling tinggi. Selain itu, model pasaran Malaysia ditambah dengan cermin hadapan akustik dan peredam bunyi pada bahagian bumbung, menjadikan kabin yang lebih senyap.

Proton X50, Mitsubishi Xpander, Honda City, Nissan Almera - kereta segmen B boleh jadi Kereta Terbaik 2020? 14

Mitsubishi Xpander juga datang dengan sistem suspensi yang mantap sebagai sebuah pakej yang lebih lengkap secara keseluruhan, sama seperti Honda City tetapi dengan lebih ruang.

Undian pembaca tentukan segalanya

Proton X50, Mitsubishi Xpander, Honda City, Nissan Almera - kereta segmen B boleh jadi Kereta Terbaik 2020? 15

Klik di sini atau gambar untuk mengundi

Hampir kesemua model segmen B yang dilancarkan di Malaysia mempunyai ciri-ciri yang unik untuk citarasa Malaysia. Hal ini kerana Malaysia adalah sebuah pasaran yang lebih kompetitif dengan jumlah pasaran yang kecil.

Proton X50, Mitsubishi Xpander, Honda City, Nissan Almera - kereta segmen B boleh jadi Kereta Terbaik 2020? 16

Nak tahu mana lebih selesa?

Pengeluar kereta berhati-hati dalam melancarkan sebarang model kereta di Malaysia. Oleh itu, pemenang sebenar di sini adalah pengguna Malaysia sendiri.

Jadi, apa pula pilihan dan pandangan pembaca Wapcar.my terhadap Kereta Terbaik Wapcar Tahun 2020 (COTY 2020)? Nyatakan komen anda dan undi di pautan ini.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

tradeInTool.upto20

2020 Perodua Myvi 1.3L G MT

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru