window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2020 Honda City, Perodua Aruz, Proton X50 - mana paling selamat? Anda tentu tidak percaya!

Haris · Oct 16, 2020 05:00 PM

2020 Honda City, Perodua Aruz, Proton X50 - mana paling selamat? Anda tentu tidak percaya! 01

Umum sedia maklum bahawa Proton X50 telah menerima 5 bintang penuh dalam ujian ASEAN NCAP. Dibangunkan berasaskan Geely Binyue, Proton X50 mempunyai struktur yang sama dengan Geely Binyue sekaligus menjadikan ujian ini sebagai ujian pertama buat Geely Binyue pemanduan sebelah kanan.

2020 Honda City, Perodua Aruz, Proton X50 - mana paling selamat? Anda tentu tidak percaya! 01

Walaubagaimanapun, kesemua 5 bintang tidak diciptakan setaraf. Jika anda meneliti dengan lebih terperinci pada laman web ASEAN NCAP, Proton X50 menerima markah yang lebih rendah berbanding Perodua Aruz dan Honda City 2020 serba baru.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  1. Honda City 2020 - 86.54
  2. Perodua Aruz 2019 - 86.49
  3. Proton X50 2020 - 84.26

2020 Honda City, Perodua Aruz, Proton X50 - mana paling selamat? Anda tentu tidak percaya! 01

Ketiga-tiga kereta dinilai menggunakan metodologi pemarkahan 2017-2020 terbaru (keputusan ujian yang dilakukan sebelum 2017 tidak dapat dibandingkan kerana metodologi yang berbeza).

2020 Honda City, Perodua Aruz, Proton X50 - mana paling selamat? Anda tentu tidak percaya! 02

Hal ini menimbulkan tanda tanya bagaimana Proton X50 yang sofistikated, kokpit jet pejuang bagai, suite penuh ADAS, kalah dengan Perodua Aruz dengan sistem bantuan pemandu Perodua ASA 2.0?

2020 Honda City, Perodua Aruz, Proton X50 - mana paling selamat? Anda tentu tidak percaya! 03

Alasan mudah adalah struktur skor NCAP mempunyai pertimbangan yang berlainan mengikut ciri-ciri, termasuklah tawaran ciri keselamatan yang tersedia dalam seluruh varian. Perodua Aruz dilengkapi dengan 6 beg udara sebagai standard, manakala varian pengenalan (paling bawah) Proton X50 hadir dengan hanya 4 beg udara.

Namun, Proton X50 berjaya mencatatkan markah yang lebih baik daripada Perodua Aruz dalam perlindungan hentaman sisi, dengan markah maksimum 16.00 mata. Perodua Aruz hanya mencatatkan markah sebanyak 14.64 mata. Perodua Aruz memperolehi 2 mata tambahan untuk aspek perlindungan kepala kerana beg udara tirai (curtain airbag) ditawarkan secara standard.

2020 Honda City, Perodua Aruz, Proton X50 - mana paling selamat? Anda tentu tidak percaya! 04

Amaran tali pinggang keledar (Seat Belt Reminder) juga merupakan salah satu kriteria pemarkahan. Perodua Aruz dilengkapi dengan SBR untuk penumpang depan dan belakang sementara Proton X50 hanya mempunyai SBR untuk penumpang hadapan saja.

2020 Honda City, Perodua Aruz, Proton X50 - mana paling selamat? Anda tentu tidak percaya! 05

Perodua Aruz tiada fungsi Amaran Titik Buta (tapi ada pada Toyota Rush), jadi tiada markah untuk itu. Fungsi Amaran Titik Buta pada Proton X50 menerima markah sedikit kerana ia bukan ciri standard untuk semua varian. 

Antara fungsi Amaran Titik Buta dengan Amaran tali pinggang keledar (Seat Belt Reminder), tentunya Amaran tali pinggang keledar adalah keutamaan yang lebih tinggi sampai markah fungsi Amaran Titik Buta pun tidak cukup untuk Proton mengatasi kehilangan markah.

2020 Honda City, Perodua Aruz, Proton X50 - mana paling selamat? Anda tentu tidak percaya! 06

Bagi Honda City 2020 pula, varian yang diuji ASEAN NCAP adalah unit 1.0 liter VTEC Turbo spesifikasi Thailand, yang tidak disertakan dengan Honda Sensing. Justeru itu, markah tersebut tidak terpakai untuk pasaran kita tetapi masih suatu rujukan yang baik.

2020 Honda City, Perodua Aruz, Proton X50 - mana paling selamat? Anda tentu tidak percaya! 07

Ketepikan persoalan Honda Sensing tidak ditawarkan sebagai standard, prestasi struktur perlindungan kemalangan Honda City masih lebih baik berbanding Perodua Aruz atau Proton X50.

Tidak semua penilaian 5 bintang sama

2020 Honda City, Perodua Aruz, Proton X50 - mana paling selamat? Anda tentu tidak percaya! 08

Kamera LaneWatch pada Honda City RS

Berapa banyak bintang selalunya bukan kisah penuh. Agensi penarafan NCAP sentiasa berusaha untuk mencapai keseimbangan antara keselamatan pasif berbanding keselamatan aktif.

Perodua Aruz menerima markah yang lebih tinggi tinggi disebabkan fungsi SBR dan 6 beg udara standard untuk semua varian, namun perlindungan impak kerosakan adalah lebih rendah. Hal ini turut terjadi pada Toyota Rush. Sebenarnya, ujian itu dilakukan dengan menggunakan Toyota Rush, dengan markah yang diperluaskan ke Perodua Aruz.

2020 Honda City, Perodua Aruz, Proton X50 - mana paling selamat? Anda tentu tidak percaya! 09

Pemarkahan Honda City - hijau tanda struktur yang kukuh

2020 Honda City, Perodua Aruz, Proton X50 - mana paling selamat? Anda tentu tidak percaya! 10

Pemarkahan Toyota Rush / Perodua Aruz - kompromi pada bahagian badan dan kaki

2020 Honda City, Perodua Aruz, Proton X50 - mana paling selamat? Anda tentu tidak percaya! 11

Pemarkahan Proton X50 - tidak sebaik Honda City

Honda City 2020 memperoleh 44.83 mata untuk perlindungan penumpang dewasa (43.25 mata untuk Perodua Aruz, 43.64 mata untuk Proton X50) dan 22.82 mata untuk perlindungan penumpang kanak-kanak (21.01 mata untuk Perodua Aruz, 21.17 mata untuk Proton X50).

Ikuti video ujian kemalangan NCAP di bawah:

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda