Nissan India telah menetapkan tarikh untuk pelancaran SUV terbarunya. Selain itu, Nissan turut memuat naik beberapa imej acah untuk SUV kurang 4 meter tersebut. Boleh dikatakan, Nissan Magnite nampaknya bakal mempunyai rekaan mirip Mazda.
Berikut adalah beberapa maklumat mengenai Nissan Magnite:
Nissan Magnite adalah model bawah Nissan Kicks. Harga jangkaan Nissan Magnite adalah sekitar INR 6 lakh (RM 34,472).
Enjin 3 silinder NA 1.0 liter petrol yang menjana 73 PS kuasa kuda dan 96 Nm tork
Enjin 3 silinder HR10 bercas turbo 1.0 liter petrol yang menjana 96 PS kuasa kuda
Terdapat beberapa pilihan transmisi iaitu; manual 5 kelajuan, CVT automatik dan terdapat ura-ura mengatakan transmisi jenis AMT automatik bakal ditawarkan juga.
Nissan Magnite juga dikatakan bakal dilengkapi dengan skrin pandangan 360 darjah, skrin infotainment yang besar dan penyaman udara automatik.
Nissan Kicks
Namun, Nissan Magnite dikatakan hanya ditawarkan untuk pasaran India sahaja kerana panjang SUV tersebut yang kurang dari 4 meter.
India mempunyai struktur cukai berdasarkan panjang kereta. Kereta berukuran panjang lebih 4 meter dikira sebagai kereta mewah. Oleh itu, Honda City di India adalah kereta mewah.
Bagi peminat Nissan di Malaysia, Nissan Almera dan Nissan Kicks dijangka akan hadir sekitar tahun ini.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.
Komen