window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Enjin RB26 Nissan Skyline GT-R anda lemau? HKS Advanced Heritage ada jawapannya!

Faisal ยท Jan 22, 2021 02:00 PM

Enjin RB26 Nissan Skyline GT-R anda lemau? HKS Advanced Heritage ada jawapannya! 01

Penala terkemuka dari Jepun, HKS baru sahaja melancarkan set pemulihan enjin untuk mengembalikan kehebatan enjin 'inline' 6 silinder Nissan ke zaman moden. Dikenali sebagai Advanced Heritage, ia menyuntik legenda enjin RB26 dengan pelbagai teknologi terkini untuk meningkatkan prestasi dan penjimatan minyak.

Enjin RB26 Nissan Skyline GT-R anda lemau? HKS Advanced Heritage ada jawapannya! 02

Malah tetapan Advance Heritage yang khusus untuk enjin RB26 ini mampu meningkatkan kuasa sehingga 600 PS di samping mengurangkan penggunaan minyak sehingga 5 liter/100 km. Tidak cukup dengan itu, talaan ini turut melepasi standard piawaian pelepasan karbon yang ketat di Jepun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Enjin RB26 Nissan Skyline GT-R anda lemau? HKS Advanced Heritage ada jawapannya! 01

HKS

Untuk maklumat anda, teknologi Advanced Heritage diilhamkan dari sistem pra-pembakaran enjin Formula 1 dimana campuran udara dan minyak (air-fuel mixture) yang tinggi dinyalakan terlebih dahulu sebelum memasuki ruang pembakaran. Teknologi ini menghasilkan pembakaran yang lebih cepat dan bersih. Dengan itu, nisbah mampatan (compression ratio) dapat dipertingkatkan untuk menghasilkan lebih kuasa di samping mengurangkan penggunaan minyak dan pelepasan karbon.

Enjin RB26 Nissan Skyline GT-R anda lemau? HKS Advanced Heritage ada jawapannya! 02

Teknologi Advanced Heritage direka khas buat pemilik Nissan Skyline GT-R R32, R33, dan R34 supaya mereka dapat menikmati pengalaman memandu sportscar klasik tetapi dengan prestasi dan penjimatan minyak seperti supercar moden.

Enjin RB26 Nissan Skyline GT-R anda lemau? HKS Advanced Heritage ada jawapannya! 03

Foto: Reddit

Malah mana-mana kereta yang menggunakan enjin RB26DETT juga berpeluang untuk merasai pengalaman ini. Siapa kata kereta 90-an tidak boleh lawan kereta zaman moden kan?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda