window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dominic Toretto akan guna Dodge Charger EV dalam Fast & Furious 10, tiada lagi enjin V8 HEMI?

Faisal · Oct 27, 2022 05:00 PM

Dominic Toretto akan guna Dodge Charger EV dalam Fast & Furious 10, tiada lagi enjin V8 HEMI? 01

Mereka yang meminati dunia kereta pasti tahu akan filem Fast & Furious dan episod terbaru iaitu Fast & Furious 10 atau Fast X akan ditayangkan di pawagam bermula Mei 2023.

Berdasarkan laporan setakat ini, Fast X akan hadir dengan sedikit perbezaan dari segi jalan cerita tetapi kereta yang bakal digunakan tidak kurang hebatnya.

Dominic Toretto akan guna Dodge Charger EV dalam Fast & Furious 10, tiada lagi enjin V8 HEMI? 02

Kereta konsep EV Dodge Charger Daytona SRT.

Berdasarkan iklan terbaru yang dikeluarkan, antara model yang paling unik adalah kereta elektrik Dodge Charger Daytona SRT EV. Untuk makluman anda, konsep EV ini membuat pameran di Amerika pada suku 3 baru-baru ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dominic Toretto akan guna Dodge Charger EV dalam Fast & Furious 10, tiada lagi enjin V8 HEMI? 01

Selama ini, kereta ‘muscle’ jenis Dodge Charger adalah salah satu senjata azimat dalam filem Fast & Furious yang mana ia dipandu oleh watak utama iaitu Dominic Toretto. Dalam filem terdahulu iaitu Fast 9, beliau memandu Dodge Charger Hellcat SRT jenis Widebody. Ia menggunakan enjin 6.2L V8 Hemi yang menghasilkan 707 PS dan 880 Nm tork.

Juga bacaVin Diesel dedahkan kereta Fast & Furious kegemarannya! Eh, bukan Dodge Charger?

Dominic Toretto akan guna Dodge Charger EV dalam Fast & Furious 10, tiada lagi enjin V8 HEMI? 02

Dodge Charger Hellcat SRT jenis Widebody.

Tetapi memandangkan zaman sudah berubah kepada trenkuasa elektrik, tidak hairan sekiranya Fast & Furious turut beralih kepada kenderaan EV. Lagipun, Dodge sendiri telah menampilkan kereta tersebut dengan ekzos EV supaya peminat masih dapat menikmati bunyi yang sesedap enjin V8 HEMI.

Apapun, maklumat teknikal berkenaan Charger Daytona itu belum lagi didedahkan. Setelah ia masuk fasa produksi nanti, mungkin angka kuasanya akan diumumkan. Jadi, apa pendapat anda? Adakah EV patut dimasukkan dalam filem Fast & Furious memandangkan zaman sudah mula berubah?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda