window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Koleksi Honda Type R paling rare di Malaysia kini di Pusat 3S Honda Seremban!

Haris ยท Jan 14, 2021 04:00 PM

Koleksi Honda Type R paling rare di Malaysia kini di Pusat 3S Honda Seremban! 01

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, banyak industri kecil dan besar terjejas akibat kekurangan pelanggan. Walaubagaimanapun, kreativiti pengusaha pusat servis Honda di Seremban ini wajar diberi perhatian.

Koleksi Honda Type R paling rare di Malaysia kini di Pusat 3S Honda Seremban! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ban Lee Heng Motors, sebuah pusat 3S Honda telah mempamerkan beberapa koleksi model Honda Type R yang jarang ditemui di Malaysia. Kesemua model yang ditayangkan pula adalah model original.

Koleksi Honda Type R paling rare di Malaysia kini di Pusat 3S Honda Seremban! 01

Menurut pengusaha Honda ini, kesemua stok yang ada pada pusat 3S ini telah habis dijual. Akibat daripada pengumuman kilang pembuatan kereta dihentikan operasi (kilang Honda di Melaka), tiada stok baru yang tiba ke pusat jualan mereka.

Koleksi Honda Type R paling rare di Malaysia kini di Pusat 3S Honda Seremban! 02

Tidak mahu dibiarkan kosong, Ban Lee Heng Motors menggunakan ruang yang ada untuk mempamerkan beberapa model Honda Type R koleksi peribadi.

Koleksi Honda Type R paling rare di Malaysia kini di Pusat 3S Honda Seremban! 03

Selain daripada model Type R, model yang jarang ditemui seperti Honda S2000 turut dipamerkan dalam keadaan stok asal. Model roadster 2 pintu ini menggunakan enjin 2.0 liter NA F20C (250 PS/220 Nm) dengan gandingan transmisi 6-kelajuan manual.

Koleksi Honda Type R paling rare di Malaysia kini di Pusat 3S Honda Seremban! 04

Pastinya, model pertama Honda Type R turut dipamerkan di sini. Model Honda Civic EK9 Type R kini berusia lebih 25 tahun dan hadir dengan warna ikonik Championship White.

Honda Civic EK9 Type R menggunakan enjin 1.6 liter B16B (185 PS/160 Nm) dengan gandingan transmisi 5-kelajuan manual.

Koleksi Honda Type R paling rare di Malaysia kini di Pusat 3S Honda Seremban! 05

Honda Integra (DC5) Type R turut dipamerkan dalam keadaan asal. Dikuasakan dengan enjin 2.0 liter K20A DOHC i-VTEC dengan transmisi 6-kelajuan manual, ia mampu memberikan output kuasa sebanyak 220 PS kuasa kuda dan 206 Nm tork.

Koleksi Honda Type R paling rare di Malaysia kini di Pusat 3S Honda Seremban! 06

Model seterusnya ini mungkin lebih terkenal dan diidam-idamkan oleh peminat tempatan. Honda Civic FD2 Type R adalah antara model Type R JDM tetapi Malaysia adalah antara negara luar Jepun yang menerima model ini secara rasmi. Model ini tidak perlu diperkenalkan dengan lebih lanjut.

Koleksi Honda Type R paling rare di Malaysia kini di Pusat 3S Honda Seremban! 07

Model paling muda dalam pameran tersebut adalah Honda Civic FK8 Type R. Dijual pada harga RM 330k, ia adalah harga yang setimpal untuk sebuah model yang selalu memecahkan rekod. Muda dan berbisa.

Koleksi Honda Type R paling rare di Malaysia kini di Pusat 3S Honda Seremban! 08

Honda Ban Lee Heng Seremban 2

Honda Seremban ternyata bertuah kerana mempunyai kenalan dengan koleksi kereta yang diimpikan oleh sesetengah orang. Dalam situasi pandemik yang membingungkan ini, Honda EK9 convert pun dijual pada harga yang tidak masuk akal, menunjukkan bahawa peminat Honda yang sejati sanggup melakukan apa sahaja untuk sebuah jentera Honda.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda Civic Type R

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda