window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan?

Haris Β· Aug 26, 2020 08:00 PM

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 01

Mari ambil sedikit masa untuk menghargai kecantikan seni pembuatan Mazda 3. Bak kata orang, kecantikan itu terletak pada mata yang memandang tetapi kami pasti, sesiapa sahaja yang memandang rekaan Mazda 3 ini akan terpukau.

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bukan kami sahaja yang rasa rekaan model Mazda 3 ini sangat cantik. Buktinya, rekaan model Mazda 3 telahpun diiktiraf sebagai World Car Design of the Year 2020’. Hakim-hakim yang menghakimi pertandingan ini adalah pakar dalam industri rekaan kereta. Tambahan pula, kecantikan pembuatan model Mazda 3 ini bukan hanya terletak pada luaran sahaja. 

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 01

Persepsi awal berkenaan Mazda 3 adalah harganya justeru anda mungkin ingin mengetahui sama ada adakah Mazda 3 berbaloi. Apatah lagi jika dibandingkan dengan model pesaing seperti Honda Civic dan Toyota Corolla Altis.

Rekaan luar

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 02

Sememangnya rekaan model ini adalah segala-galanya. Kebanyakan orang menggemari rekaan Itali seperti model Ferrari dan Alfa Romeo. Kami percaya bahawa gaya dan rekaan yang teliti ke atas model-model kereta ini menyebabkan orang sentiasa ingat rekaan Itali.

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 03

Tidak seperti mana-mana jenama kereta Jerman, Mazda 3 tidak direka dengan luaran yang berlekuk atau garis badan tajam yang berlebihan. Kesemua aspek luarannya direka dengan penuh kehalusan. Jika anda mempunyai peluang untuk melihat Mazda 3 di atas jalan, kami syorkan anda melihat refleksi model kereta ini dari sisi. Cara lengkungan panel luarannya memanipulasi cahaya dan bayang amat memukau.

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 04

Pertama kali kami melihat versi ‘liftback’ Mazda 3 di dalam gambar, kami tidak pasti sama ada kami menyukai tiang C (C-pillar) pada model Mazda 3 ini. Jadi, kami lebih menggemari versi sedan. Namun, setelah lama kami melihat versi liftback ini, kami semakin menyukai rekaannya.

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 05

Rekaan pada bahagian suku belakang yang melengkung keluar menjadikan bahagian but belakang model ini kelihatan luas dan mempunyai struktur. Ciri ini tidak terdapat pada versi sedan. Seperti yang kita ketahui, rekaan bagi versi sedan lebih selamat dan lebih diterima umum.

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 06

Tahukah anda, model Mazda 3 versi liftback dan sedan mempunyai bonet yang sama? Kesemua panel lain adalah unik dan tersendiri kepada versi-versi ini. Jadi, boleh dikatakan bahawa Mazda sebenarnya telah menghasilkan dua (2) kereta dan ini adalah salah satu sebab mengapa harga model Mazda 3 ini sangat tinggi.

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 07

Kualiti cat pula sangat mengagumkan dan ketebalannya berada dalam lingkungan 80 μm. Ketebalan ini dilihat sedikit nipis berbanding model kereta lain yang majoritinya berada dalam lingkungan 100 μm

Kualiti binaannya pula menggunakan kepakaran Jepun yang tinggi dengan ukuran 2.5 mm dengan ± 0.5 mm bagi jarak celah panel. Ukuran bagi jarak celah panel bagi kereta-kereta lain biasanya berada pada ukuran 4.0 mm. Jadi, kita boleh lihat betapa tinggi kualiti ketepatan binaan yang ingin ditonjolkan melalui model Mazda 3 ini.

Rekaan dalaman

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 08

Bergerak pada bahagian dalam pula, ruang bahagian belakang boleh dilihat gagal. Dua (2) komen yang kami terima tentang ruang bahagian belakang model ini adalah “Okaylah bolehlah” atau “Ini terlampau sempit”. Semuanya bergantung kepada ketinggian anda. 

Walaupun ruang kaki bagi versi sedan dan liftback  adalah sama, namun versi liftback terasa lebih klaustrofobik disebabkan panel bumbung atas berwarna hitam dan saiz tingkap belakang yang kecil.

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 09

Ruang dalam versi liftback

Oleh yang demikian, Mazda 3 seharusnya datang dalam bentuk coupe. Ini adalah kerana, penumpang bahagian belakang tidak merasakan ciri istimewa yang sama seperti penumpang bahagian hadapan.

Selain itu, versi liftback ini boleh didatangkan dengan pilihan warna bahagian dalaman. Sebagai contoh, kombinasi warna merah boleh ditawarkan kepada para pembeli bagi versi liftback kerana pada masa ini kedua-dua versi hanya menawarkan satu pilihan warna bosan iaitu warna kelabu.

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 10

Dalaman versi sedan

Namun, apa yang lebih menarik adalah lokasi sistem audio yang ‘hampir sempurna’. Lokasi pembesar audio sangat strategik dan tidak nafikan bahawa usaha ini membawa hasil yang baik. Hasil bunyi bagi model ini sememangnya sangat mengagumkan dan jelas.

Namun begitu, sistem 8 pembesar audio tanpa subwoofer tidak menjejaskan pengalaman mendengar muzik. Kekurangan sistem ini bertambah jelas apabila anda mula mendengar lagu bermelodi bass. Jika anda seorang audiofil, mungkin ciri ini akan membantutkan minat anda terhadap Mazda 3.

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 11

Dalam pasaran lain, sistem audio model ini mempunyai 12 pembesar audio dengan subwoofer. Perbezaan pengeluar mungkin membawa kepada . Tambahan pula, gril pembesar suara berwarna perak pada bahagian atas pintu panel kelihatan lebih menarik.

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 12

Mazda 3 hadir dengan skrin infotainment bersaiz 8.8 inci yang tidak boleh disentuh. Hal ini kerana, Mazda percaya bahawa jika skrin infotainment dibuat dalam versi skrin boleh disentuh, pastinya ia akan menjadi satu gangguan. Tambahan pula, Mazda berpendapat bahawa skrin tidak boleh sentuh akan mengurangkan kesan cap jari yang mengganggu nilai estetika.

Fungsi Apple CarPlay / Android Auto didatangkan standard bagi setiap varian model ini tetapi tidak diselaraskan dengan baik oleh Mazda. Sistem ini tidak boleh bertukar dari satu aplikasi ke aplikasi yang lain jika sistem Android Auto sedang berjalan. Sebagai contoh, anda perlu keluar terlebih dahulu dari sistem Android Auto sebelum bertukar kepada aplikasi radio FM.

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 13

Secara keseluruhannya, Mazda 3 masih mengekalkan kualiti rekaan dalaman Mazda. Posisi pemanduan juga ergonomik dengan pelbagai pilihan pelarasan tempat duduk. Selain dari itu, pelbagai stereng juga mudah dilaraskan memudahkan penyesuaian individu yang berlainan saiz bagi tujuan keselesaan.

Bahan-bahan yang digunakan untuk bahagian dalaman model Mazda 3 ini juga adalah antara yang mempunyai kualiti yang terbaik, walaupun bukan yang terbaik dalam kelasnya. Pembeli akan memperolehi kemasan kulit lembut yang diletakkan sehingga ke konsol tengah. Selain itu, panel-panel pintu dan juga konsol bahagian tengah juga dilitupi dengan kemasan kulit lembut.

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 14

Melihat kepada perincian kecil, model Mazda 3 didatangkan dengan skrin digital bersaiz 7 inci yang boleh dikawal oleh dail analog. Selain dari itu, terdapat juga lampu LED yang dipasang sekitar kabin yang akan berwarna mengikut suhu. Kesemua butang memiliki ciri-ciri sentuhan yang padat dan peka sentuhan. Ini menjadikan keseluruhan penggunaannya terasa premium.

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 15

Berkenaan dengan saiz ruang but pula, versi sedan memiliki 444 liter (gambar atas) dan versi liftback pula memiliki 295 liter (gambar bawah) kapasiti ruang but. Jika anda memerlukan lebih ruang muatan belakang, seperti biasa, versi sedan jauh lebih praktikal.

Keselesaan dan kendalian pemanduan

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 16

Sejurus sahaja anda bergerak di atas jalan dengan model Mazda 3 ini, anda pasti akan merasai ketenangan di dalam kabin. Pada selekoh, stereng kereta ini terasa sangat tegap dan berat. Kedua-duanya menghadirkan keseimbangan antara ciri-ciri sporty dan keselesaan. Pedal yang dipasang di bahagian lantai juga membantu dalam keselesaan semasa menggunakan pedal. Ciri-ciri ini sangat bermanfaat terutamanya bagi pemanduan jarak jauh.

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 17

Kedua-dua versi sedan dan liftback memiliki ciri-ciri pemanduan yang sama. Kuasa yang dipacu dari enjin 2.0 liter NA mendatangkan kesan yang sangat baik kepada pemanduan. Dengan kuasa enjin ini, pemanduan terasa sangat mengagumkan apabila berada pada rpm rendah dan agak mudah untuk mencapai rpm tinggi.

Kuasa djuga isampaikan dengan lancar dan konsisten. Transmisi 6-kelajuan juga harus dipuji kerana pengalaman pemanduannya terasa mudah dan kurang pergeseran.

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 18

Tambahan lagi, transmisi tersebut juga terasa intuitif. Sebagai contoh, jika anda sedang menghampiri bukit dan pendikit anda pada masa tersebut berada dalam keadaan stabil, transmisi model Mazda 3 ini akan menukarkan gear kereta kepada gear yang lebih rendah. Pertukaran gear secara automatik ini hadir ketika perlu iaitu bagi dengan tujuan untuk mengekalkan momentum kereta.

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 19

Sebagai contoh lagi, jika anda berada di selekoh, ia akan mengekalkan gear kelajuan yang sama. Kadangkala, kami rasakan ciri ini sedikit berbahaya kerana transmisi akan cenderung untuk mengekalkan kelajuan gear pada sesuatu tahap yang sama walaupun kereta tidak diletakkan dalam mod sport.

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 20

Dari segi prestasi, Mazda 3 tidak dapat menandingi Honda Civic terutama dengan bantuan turbo dan transmisi CVT yang sentiasa memilih untuk berada pada julat kuasa. Namun dari segi kesedapan bunyi enjin, Honda Civic tidak dapat menandingi Mazda 3.

Dari segi brek pula, ini mungkin berselisih pendapat. Untuk yang mementingkan kawalan yang lancar, anda akan menggemari talaan brek pada mazda 3 tetapi sekiranya anda sudah biasa dengan talaan brek yang mencengkam sejurus sahaja pedal brek ditekan, brek pada Mazda 3 mungkin terasa agak lemah.

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 21

Sebenarnya ia tidak lemah sama sekali kerana ia mampu berhenti ketika ujian 0-100-0 km/j dalam jarak 38.3 meter. Ini merupakan antara bacaan terbaik yang pernah kami catatkan. Pemandu cuma perlu meletakkan input yang lebih sekiranya mahu berhenti dengan cepat. Sebagai ganti, pemanduan harian menjadi lebih lancar dan mudah dikendalikan.

Bercakap pasal stereng, Mazda sebenarnya telah mengurangkan tindakbalas stereng kerana mereka sedar bahawa ramai pemandu mengenakan input yang terlebih untuk membetulkan ketepatan stereng pada garisan jalan sewaktu mengambil selekoh.

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 22

Sewaktu mengambil selekoh, Mazda 3 terasa seperti di dalam dunia tersendiri. Cara ia mengambil selekoh dengan mengekalkan gulungan badan dan membiarkan keajaiban sistem GVC+ menguruskan kawalan tayar mampu menimbulkan keseronokan. Setelah kembali lurus daripada selekoh, ia mengekalkan ketenangan dengan cepat.

Keselesaan pemanduan

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 23

Tidak dinafikan bahawa ia keras. Oleh itu, anda mungkin merasai permukaan jalan lebih daripada Toyota Corolla Altis terutama pada kelajuan rendah tetapi Mazda 3 masih boleh diterima kerana ia masih menyerap permukaan yang tidak rata dan ia menjadi semakin baik apabila kelajuan bertambah.

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 24

Keselesaan pemanduan pada Mazda 3 ini sebenarnya tidak dibantu sama sekali oleh tayar nipis yang bersaiz 18 inci. Varian yang menggunakan roda 16 inci mungkin menyerap hentakan dengan lebih baik tetapi kekerasan masih terasa.

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 25

Bahagian kerusi pula memberikan sokongan tulang belakang yang cukup baik dan terasa sangat mantap. Ia mampu mengekalkan keselesaan postur badan sewaktu perjalanan jauh. Kerusi belakang pula turut memberikan sokongan yang baik kepada penumpang.

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 26

Seperti yang kami maklumkan tentang kesenyapan kabin, ia mencatatkan bacaan 67 dB pada kelajuan 110 km/h. Sebagai rujukan, Proton X70 dan Toyota Camry yang cemerlang dari segi kesenyapan kabin juga memberikan bacaan yang sama.

Penggunaan bahan api 

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 27

Melalui pemanduan dalam bandar dan lebuhraya, Mazda 3 dengan enjin 2.0 liter mencatatkan angka penggunaan bahan api sebanyak 7.6 liter/100 km. Mengenai angka ini, kami telah menutup fungsi start/stop dan memandu seperti biasa kerana ingin mengetahui bacaan yang realistik.

Gaya pemanduan yang lebih lancar mampu memberikan angka penggunaan bahan api serendah 6.3 liter/ 100 km seperti yang didakwa oleh Mazda secara rasmi.

Kesimpulan – Adakah ia berbaloi dengan harga?

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 28

Ruang penumpang di bahagian belakang agak sempit dan ruang but tidaklah terbesar di dalam segmennya walaupun mempunyai suspensi jenis torsion beam.

Kelemahan utama pada Mazda 3 ini mungkin pada harganya. Pada harga RM 160,059, Mazda 3 2.0 High Plus berharga RM20 ribu lebih mahal daripada Honda Civic TC-P yang mempunyai enjin turbo yang lebih berkuasa dan ruang dalaman serta ruang but yang jauh lebih luas.

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 29

Sekiranya anda memikir dengan logik akal, semestinya Honda Civic lebih berbaloi. Tetapi jika anda sudah mencuba kedua-duanya, Mazda 3 terasa lebih istimewa dan lebih menawan kerana pembelian anda telah dipengaruhi oleh emosi.

Sekiranya anda sudah berkeluarga dan ingin bergantung kepada satu kenderaan, Mazda 3 mungkin tidak sesuai. Walau dalam bentuk sedan yang mempunyai ruang but yang lebih besar sekalipun, Honda Civic lebih sesuai kerana ia mempunyai pakej yang menyeluruh untuk penggunaan tersebut.

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan? 30

Sekiranya anda masih bujang atau sudah memiliki kereta yang mempunyai pakej yang menyeluruh seperti Civic, Mazda 3 sangat menyentuh jiwa dan keistimewaanya sukar untuk diketepikan.

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mazda 3 Hatchback 1.5

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda