Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebentar tadi baru sahaja melancarkan model facelift buat A200 Sedan dan A250 Sedan AMG Line, masing-masing pada harga RM 238,888 dan anggaran RM 264,888 (harga di atas jalan OTR, CKD Pekan).
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebentar tadi baru sahaja melancarkan model facelift buat A200 Sedan dan A250 Sedan AMG Line, masing-masing pada harga RM 238,888 dan anggaran RM 264,888 (harga di atas jalan OTR, CKD Pekan).
Pada bahagian luar, penampilannya menyaksikan pembaharuan pada grafik lampu LED DRL dan bahagian intake bampar depan. Gril hexagon untuk kali ini pula ada sedikit penukaran dari segi saiz. Bahagian belakang pula menampilkan pembaharuan pada grafik lampu.
Dari segi teknikal, A-Class Sedan yang dikemaskini ini kekal dengan penawaran dua trenkuasa seperti di bawah:
Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi DCT 7 kelajuan (A200) dan DCT 8 kelajuan (A250).
Apa yang baru buat A250 adalah enjinnya dipadankan dengan starter generator (BSG) 14 PS yang berupaya menghidupkan enjin dengan lebih lancar dan ia boleh membuatkan kereta berlayar secara melahu pada kelajuan bersahaja. Enjin juga akan dimatikan secara automatik. Secara tidak langsung, penggunaan petrol juga menyaksikan pengurangan, hasil daripada teknologi hybrid-sederhana (MHEV) 48V ini.
Masuk ke bahagian dalam, A-Class hatchback facelift kekal didominasi oleh skrin kembar 10.25 inci yang merangkumi kluster digital dan infotainment manakala roda sterengnya kini menggunakan butang jenis sesentuh. Bercakap mengenai ini, sistem informasinya datang dengan perisian Mercedes-Benz User Experience (MBUX) yang lebih baru dan sokongan Apple CarPlay/Android Auto turut dilengkapkan.
Tombol kawalan infotainment pada bahagian konsol tengah pula dibawa lebih ke depan untuk menambah lagi ruang meletak barang. Antara ciri baru pada model facelift adalah butang mod memandu Dynamic Access dan pengesan identiti pengguna jenis cap jari.
Dalam masa yang sama, ADAS Driver Assistance Package untuk varian A250 diperbaharui dengan Active Steering Control dan bantuan parkir yang lebih menyeluruh. Kamera 360-darjah 3D juga didatangkan buat kali pertama.
Secara amnya, setiap pembelian datang dengan waranti 4 tahun tanpa had perbatuan.
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2018 Mercedes-Benz A-Class A200 Progressive Line
Upgrade
Add your car