window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Anggaran dari RM 330k, anda boleh tempah VW Golf R 2023 (Mk8) - ada mode 'Drift' dan 'Special', CKD Pekan, Pahang!

Mersita · Aug 8, 2023 07:30 PM

Anggaran dari RM 330k, anda boleh tempah VW Golf R 2023 (Mk8) - ada mode 'Drift' dan 'Special', CKD Pekan, Pahang! 01

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini memperkenalkan VW Golf R (Mk8) 2023 yang ditawarkan pada harga anggaran bermula dari RM 330,000 hingga RM 350,000; dipasang tempatan (CKD) di Pekan, Pahang - pertama di luar Jerman.

Tempahan dibuka dengan anggaran julat harga di atas menunjukkan pengurangan besar; sekitar RM 80,000 - RM 100,000 berbanding versi yang diimport sepenuhnya (CBU) yang sebelum ini disenaraikan pada harga RM 431,162, dengan peralatan tambahan dan ciri-ciri tambahan juga.

Anggaran dari RM 330k, anda boleh tempah VW Golf R 2023 (Mk8) - ada mode 'Drift' dan 'Special', CKD Pekan, Pahang! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"R Rated" Golf R ini dilancarkan bersama 'R Performance Package' sebagai standard; merangkumi ekzos titanium Akrapovič, mode 'Drift' dan 'Special', spoiler belakang baharu, serta rim aloi Estoril bersaiz 19 inci.

Ekzos yang kini 7 kg lebih ringan direka oleh pengeluar ekzos terkemuka, Akrapovič. Terkenal dengan sistem ekzos premium dan berprestasi tinggi, jenama itu cukup sinonim dengan model-model terbaik Volkswagen termasuklah Golf R dan GTI.

Anggaran dari RM 330k, anda boleh tempah VW Golf R 2023 (Mk8) - ada mode 'Drift' dan 'Special', CKD Pekan, Pahang! 01

Satu lagi kemas kini menarik pada Golf R ialah mode 'Drift' dan 'Special' yang boleh diakses menggunakan butang “R” terletak pada stereng sporty jenis 'flat bottom'.

Apabila diaktifkan, mode 'Drift' menyahaktifkan sistem Electronic Stability Control (ESC) dan menyalurkan kuasa tork secara seimbang kepada roda belakang; sekali gus memberikan pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan. 

Anggaran dari RM 330k, anda boleh tempah VW Golf R 2023 (Mk8) - ada mode 'Drift' dan 'Special', CKD Pekan, Pahang! 02

Kalau mode 'Drift' sesuai untuk membuat aksi meluncur yang mengujakan, mode 'Special' pula ialah mode terbaik untuk memandu di atas jalan kampung yang tidak rata kerana suspensinya ditala khas bagi memberi kontak optimum dengan permukaan jalan. 

Direka khas untuk litar Nürburgring-Nordschleife, mode tersebut memberikan jentera ini satu talaan yang mampu memenuhi keperluan khusus bagi dipandu di atas litar yang antara paling mencabar di dunia itu.

Anggaran dari RM 330k, anda boleh tempah VW Golf R 2023 (Mk8) - ada mode 'Drift' dan 'Special', CKD Pekan, Pahang! 03

Ciri-ciri tambahan baharu lain termasuklah Heads-Up Display (HUD yang dipancarkan ke cermin utama), pengecas telefon pintar tanpa wayar, dan bantuan lampu tinggi automatik. 

Di bawah hud, Golf R dikuasakan oleh enjin turbo 2.0TSI yang mampu menjana 320 PS dan tork 400 Nm. Penukaran gear sangat pantas menerusi transmisi DSG 7 kelajuan. Aspek keseimbangan dan cengkaman pula dikekalkan oleh sistem pacuan semua roda 4MOTION bersama ciri pemvektoran prestasi tork. Pecutan dari 0-100km/j dikatakan hanya mengambil masa 4.8 saat.

Anggaran dari RM 330k, anda boleh tempah VW Golf R 2023 (Mk8) - ada mode 'Drift' dan 'Special', CKD Pekan, Pahang! 04

Aspek keselamatan Golf R baharu disokong oleh teknologi IQ.DRIVE yang terdiri daripada fungsi seperti Travel Assist dengan Adaptive Cruise Control (ACC), Side Assist, Front Assist, Lane Assist, dan Emergency Assist.

Pengarah Urusan VPCM, Denyu Bostandzhiev, yakin bahawa model Golf R CKD ini akan mengujakan peminatnya di Malaysia. “Kami sangat berbangga untuk memperkenalkan Golf R baharu kepada semua peminat tegar kami. Dengan pelbagai penambahbaikan baharu, kami melihat hatchback berprestasi tinggi ini sebagai jentera pemanduan terunggul di atas jalan raya dan litar lumba, dengan harga yang sangat menarik.”

Anggaran dari RM 330k, anda boleh tempah VW Golf R 2023 (Mk8) - ada mode 'Drift' dan 'Special', CKD Pekan, Pahang! 05

“Menjadi negara pertama selain Jerman yang memasang model ini sememangnya menjadi satu penghormatan besar buat kami. Mandat istimewa yang diberikan oleh Volkswagen Jerman membuktikan komitmen berterusan kami terhadap jenama ini. Dengan pengenalan  model baharu ini, saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa semua rangkaian produk kami dipasang di kilang Volkswagen di Pekan,” tambahnya.

Lencana R bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia Volkswagen. Model-model R mewakili jentera Volkswagen yang paling berkuasa dan terbaik. Golf R ialah model VW yang paling sporty dan menjentik emosi, selain memberi inspirasi kepada para peminat hatchback bergenerasi lamanya. 

Anggaran dari RM 330k, anda boleh tempah VW Golf R 2023 (Mk8) - ada mode 'Drift' dan 'Special', CKD Pekan, Pahang! 06

Asal usul Golf R boleh dilihat bermula dari model R32 yang dilancarkan lebih 2 dekad lalu. Ia dipasang dengan enjin 3.2 liter aspirasi biasa yang merupakan versi enjin VR6 Volkswagen yang unik. R32 juga menjadi Volkswagen pertama dilengkapi kotak gear klac berkembar. 

Selepas lima generasi, Golf R kekal menjadi sebuah model Golf “halo”. Sebagai salah satu model serba lengkap di pasaran, lebih 250,000 unit Golf R telah dihasilkan dan dijual di seluruh dunia.

Anggaran dari RM 330k, anda boleh tempah VW Golf R 2023 (Mk8) - ada mode 'Drift' dan 'Special', CKD Pekan, Pahang! 07

Golf R baharu didatangkan dalam 3 pilihan warna; biru signatur (Lapiz Blue), hitam (Deep Black), dan putih (Pure White).

Tempahan boleh dibuat di mana-mana pengedar sah Volkswagen di seluruh negara bermula esok, 9 Ogos 2023. Maklumat lanjut, sila layari laman web www.volkswagen.com.my.

@wapcar_zamil Ke nak angkat Mercedes-AMG A35? Mhmm... #learnontiktok #fypmalaysia #carmalaysia #malaysia #belikereta #keretabaru #volkswagen #vwgolfr #golfr #volkswagengolfr #vwmalaysia ♬ Sport Trap Background(781699) - TimTaj

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Volkswagen Golf R 2.0 TSI

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda