window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Naza lancar Suzuki Jimny Rhino Edition - harga sama dengan Jimny biasa, terhad 30 unit saja

Mersita · Jun 19, 2023 06:00 PM

Naza lancar Suzuki Jimny Rhino Edition - harga sama dengan Jimny biasa, terhad 30 unit saja 01

Setelah mengacah pelancarannya minggu lepas, pengedar rasmi kenderaan Suzuki di Malaysia, Naza Eastern Motors, hari ini dengan rasminya melancarkan model edisi terhad Suzuki Jimny Rhino Edition.

Naza lancar Suzuki Jimny Rhino Edition - harga sama dengan Jimny biasa, terhad 30 unit saja 02

Berbekalkan stok 30 unit sahaja, Jimny Rhino Edition dijual pada harga bermula dari RM 174,900 atas-jalan tanpa insurans. Harganya sama dengan model Jimny biasa, walaupun ia didedikasikan secara khas sebagai simbolik kepada sejarah kereta ‘off-road’ kenit ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Naza lancar Suzuki Jimny Rhino Edition - harga sama dengan Jimny biasa, terhad 30 unit saja 01

Sesuai dengan acaranya, pelancaran Jimny Rhino Edition diadakan bersempena Jimny Lifestyle Drive yang menyaksikan lebih daripada 30 pemilik Jimny turut serta dalam konvoi ke Malaysia 4WD Training and Experience Centre (M4TREC), Semenyih dari bilik pameran Suzuki di Petaling Jaya.

Naza lancar Suzuki Jimny Rhino Edition - harga sama dengan Jimny biasa, terhad 30 unit saja 02

Jimny Rhino Edition hanya boleh didapati dalam warna putih dan dihiasi beberapa penambahan kosmetik seperti ‘differential guard’, jejaring hadapan ‘retro heritage’, grafik retro, penutup tayar ganti lembut, cermin sayap krom, serta hiasan bampar depan dan sisi.

Juga baca: Tayar ganti yang dipasang pada pintu belakang adalah biasa pada SUV dahulu, apa dah jadi?

Naza lancar Suzuki Jimny Rhino Edition - harga sama dengan Jimny biasa, terhad 30 unit saja 03

Naiktaraf ini juga boleh didapati sebagai kit berasingan untuk pemilik Jimny sedia ada, bernilai RM 15,000. Logo badak sumbu (rhino) ikonik pada model edisi khas ini menjadi simbolik kepada Suzuki SJ series klasik dari 40 tahun lalu.

Juga baca: Naza acah Suzuki Jimny Rhino Edition untuk Malaysia - model apa ni dan apa keistimewaannya?

Naza lancar Suzuki Jimny Rhino Edition - harga sama dengan Jimny biasa, terhad 30 unit saja 04

Jimny Rhino Edition diberi pelbagai tambahan visual yang menarik, namun trenkuasanya masih sama dengan Jimny biasa – enjin 1.5 liter NA yang menjana 102 PS dan 130 Nm, digandingkan dengan kotak gear automatik 4 kelajuan yang memacu keempat-empat roda menerusi sistem 4WD AllGrip Suzuki.

Naza lancar Suzuki Jimny Rhino Edition - harga sama dengan Jimny biasa, terhad 30 unit saja 05

Bagaimanapun, usah tertipu dengan harga, kuasa, dan kekurangan beberapa kelengkapan dalam model spesifikasi kita kerana Jimny pastinya boleh membuatkan anda tersenyum melihatnya dari luar ataupun dipandu sendiri.

Juga baca: Suzuki Jimny adalah raja SUV segmen A - walaupun mahal, tapi paling laris di kelasnya!

Nak beli kereta baru? Jom sertai LIVE TikTok kami WapCar x CARSOME esok bermula 11 am hingga 1 pm untuk baucar promo eksklusif CARSOME Certified bernilai RM 500.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Suzuki Jimny

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda