window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Naza acah Suzuki Jimny Rhino Edition untuk Malaysia - model apa ni dan apa keistimewaannya?

Mersita · Jun 16, 2023 05:30 PM

Naza acah Suzuki Jimny Rhino Edition untuk Malaysia - model apa ni dan apa keistimewaannya? 01

Suzuki Jimny sesuai di mana saja ia berada – ia boleh ‘off-road’ bersama-sama Ford Ranger Raptor dan pada masa sama, ia cukup ranggi untuk dipandu di serata bandar kosmopolitan tanpa nampak janggal. Oleh itu, satu video acah bagi Jimny edisi khas mula dikongsikan oleh Suzuki Cars Malaysia di laman Facebook rasminya bagi menaikkan lagi ‘hype’ si kenit serba-boleh ini.

Seperti video-video acah yang biasa kita lihat, bintang utamanya berselindung di sebalik bayang-bayang. Namun, perkongsian itu ada memberi sedikit klu tentang Jimny baru ini. Ia bukannya model 5 pintu yang baru saja dilancarkan di India, sebaliknya bayangan badak sumbu (rhinocerous) yang amat dikenali di kalangan kebanyakan peminat tegar Jimny.

Naza acah Suzuki Jimny Rhino Edition untuk Malaysia - model apa ni dan apa keistimewaannya? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jika anda teroka suasana ‘aftermarket’ Jimny, anda mungkin terjumpa beberapa komponen dengan logo badak sumbu. Menurut satu buku yang menceritakan sejarah Jimny iaitu Suzuki SJ the Enthusiast’s Companion, kaitan antara haiwan bertanduk ini dengan SUV ini bermula di United Kingdom pada 1980-an apabila Jimny generasi kedua diperkenalkan di sana.

Naza acah Suzuki Jimny Rhino Edition untuk Malaysia - model apa ni dan apa keistimewaannya? 01

Sebelum SJ413 itu ditayangkan di Birmingham Motor Show 1982, pengedar Suzuki di British ketika itu diberi unit Jimny yang mempunyai penutup plastik untuk tayar ganti yang mempunyai lukisan badak sumbu. Para pengedar di sana sukakan haiwan berkenaan dan ia dilukis semula bagi melambangkan kegagahan dan kelasakannya.

Naza acah Suzuki Jimny Rhino Edition untuk Malaysia - model apa ni dan apa keistimewaannya? 02

Sejak itu, badak sumbu menjadi simbol ‘de facto’ bagi Jimny. Sejak itu, mungkin anda pernah lihat beberapa edisi-edisi khas Jimny dihiasi logo badak sumbu – kebanyakannya di UK – namun yang terkini ditayangkan di Afrika Selatan.

Naza acah Suzuki Jimny Rhino Edition untuk Malaysia - model apa ni dan apa keistimewaannya? 03

Jimny Rhino Edition spec Afrika Selatan sekadar menawarkan naiktaraf kosmetik dengan pelekat ‘rhino’ eksklusif, penutup tayar ganti dengan logo haiwan berkenaan, jejaring Suzuki Heritage, ‘mud flap’ Suzuki merah, dan juga ‘rain and wind deflectors’.

Naza acah Suzuki Jimny Rhino Edition untuk Malaysia - model apa ni dan apa keistimewaannya? 04

Nampak gayanya Jimny Rhino Edition spec Malaysia yang diacah baru-baru ini mungkin menampilkan kit yang sama seperti versi Afrika Selatan. Memandangkan naik taraf ini hanyalah pada aspek visual, enjin 1.5 liter K15B NA 4 silinder (102 PS/138 Nm) biasa besar kemungkinannya dikekalkan dengan pilihan tunggal transmisi automatik 4 kelajuan.

Naza acah Suzuki Jimny Rhino Edition untuk Malaysia - model apa ni dan apa keistimewaannya? 05

Suzuki Jimny di Malaysia diedarkan oleh Naza Eastern Motors dan hanya boleh didapati dalam satu varian, Jimny 1.5 AT, pada harga bermula daripada RM 174,900.

Juga baca: Suzuki Jimny 2021 - SUV segmen A je tapi harga RM 169k, kenapa mahal sangat?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Suzuki Jimny

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda