window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak lihat sendiri Honda WR-V 2023? Ini lokasi dan tarikhnya, tempahan 4 varian dibuka

Mersita · Jun 19, 2023 04:00 PM

Nak lihat sendiri Honda WR-V 2023? Ini lokasi dan tarikhnya, tempahan 4 varian dibuka 01

Gambar WR-V spesifikasi Thailand untuk tujuan ilustrasi sahaja

Pada Jumaat, kami turun ke Honda Ban Lee Heng Seremban untuk melihat sendiri prebiu awam pertama Honda WR-V 2023 yang akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Namun, siaran gambar sebenar kereta berkenaan masih tidak dibenarkan setakat ini. Maka, kami gunakan kereta pasaran Thailand untuk memperlihatkan rupa bentuknya dalam entri kali ini.

Nak lihat sendiri Honda WR-V 2023? Ini lokasi dan tarikhnya, tempahan 4 varian dibuka 02

Rupa bentuk serupa, hanya beberapa perincian yang berbeza

Nak lihat sendiri Honda WR-V 2023? Ini lokasi dan tarikhnya, tempahan 4 varian dibuka 03

Seperti biasa, Honda akan menawarkan 4 varian: S, E, V, dan varian tertinggi RS. Semuanya akan dikuasakan enjin 1.5 liter NA 4 silinder (tiada varian hybrid disahkan setakat ini), yang menjana 121 PS dan 145 Nm dan menggerakkan roda hadapan menerusi kotak gear automatik CVT.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Honda WR-V akan dipertonton di Malaysia dari 16 jun - 9 Julai 2023; bermula di Seremban

Nak lihat sendiri Honda WR-V 2023? Ini lokasi dan tarikhnya, tempahan 4 varian dibuka 01

Kami lihat varian RS yang ditayangkan di sana, berserta kelengkapan seperti berikut:

  • ADAS - Honda Sensing
  • Lampu hadapan LED dengan lampu signal ‘sequential’
  • Rim 17 inci dwi-tona, tayar Continental UC6
  • Skrin infotainment 8 inci dengan Android Auto, Apple CarPlay
  • Paddle shifters
  • Panel meter analog dengan skrin multi-info (MID) 4.2 inci
  • Tempat duduk bersarung kulit dengan perincian merah
  • Tempat duduk belakang boleh lipat rata berserta ‘armrest’
  • Tayar ganti bersaiz penuh

Lihat sendiri Honda WR-V di bilik pameran sebelum pelancarannya

Nak lihat sendiri Honda WR-V 2023? Ini lokasi dan tarikhnya, tempahan 4 varian dibuka 02

Setelah melihat suasana di pusat pengedar, bilik pameran menerima kehadiran orang ramai yang berterusan walaupun pada hari bekerja. Kami difahamkan kira-kira 120 pengunjung hadir ke bilik pameran BLH pada waktu-waktu tertentu sepanjang hari – kira-kira dua kali ganda berbanding prebiu Honda HR-V 2023 yang dijalankan dengan kaedah sama pada tahun lalu.

Juga baca: Tempahan Honda WR-V untuk Malaysia kini dibuka; pelancaran suku 3, enjin 1.5L NA, Honda Sensing

Nak lihat sendiri Honda WR-V 2023? Ini lokasi dan tarikhnya, tempahan 4 varian dibuka 03

Bilik pameran Ban Lee Heng Seremban, berselahan lebuh raya

Walaupun prebiu di kawasan selatan (Seremban, Johor Bahru, Pontian) sudahpun berakhir pada Ahad (18 Jun), anda masih boleh berkunjung ke sesi prebiu Honda WR-V yang seterusnya. Jadualnya adalah seperti berikut:

Nak lihat sendiri Honda WR-V 2023? Ini lokasi dan tarikhnya, tempahan 4 varian dibuka 04

Juga baca: Rebiu: Apa pendapat media Thailand tentang Honda WR-V yang bakal ke Malaysia - boleh lawan Ativa?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda WR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda