window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tiada lagi varian RM 147k - Harga Honda CR-V 2023 baru mungkin bermula kira-kira RM 180k, jangka naik 11 peratus untuk varian lain

Mersita · Aug 19, 2023 12:00 PM

Tiada lagi varian RM 147k - Harga Honda CR-V 2023 baru mungkin bermula kira-kira RM 180k, jangka naik 11 peratus untuk varian lain 01

Pelancaran Honda CR-V 2023 serba baru di Indonesia pada minggu lalu cukup penting bagi pasaran kita kerana pasaran Indonesia memberi petanda paling tepat berhubung penetapan harga CR-V dipasang tempatan (CKD).

Ya, Honda CR-V dilancarkan lebih awal Thailand pada Mac lalu, namun pasaran kereta di Thailand bukanlah perbandingan yang bagus untuk pasaran kita. Ini adalah kerana CR-V Thailand tidak pernah dimuatkan dengan enjin VTEC Turbo 1.5 liter. Sebaliknya, CR-V generasi ke-11 mereka sedang beralih daripada enjin i-VTEC ‘naturally aspirated’ (NA) 2.4 liter yang tidak pernah ditawarkan di CR-V generasi ke-10 di Malaysia.

Tiada lagi varian RM 147k - Harga Honda CR-V 2023 baru mungkin bermula kira-kira RM 180k, jangka naik 11 peratus untuk varian lain 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagaimanapun, Indonesia menggunakan barisan enjin yang serupa dengan Honda Malaysia iaitu i-VTEC 2.0 liter dan VTEC Turbo 1.5 liter.

Seperti yang dijangka, i-VTEC 2.0 liter sudah tidak ditawarkan di dalam CR-V terbaru ini nanti. Bagi CR-V generasi ke-11, pilihan trenkuasa di Indonesia adalah seperti berikut:

  • VTEC Turbo 1.5 liter yang menjana 190 PS/240 Nm, digandingkan dengan CVT
  • Hybrid sepenuhnya 2.0 liter yang menjana 148 PS/183 Nm (enjin), 184 PS/335 Nm (motor), digandingkan dengan set gear planetary E-CVT tanpa ‘belt’.

Tiada lagi varian RM 147k - Harga Honda CR-V 2023 baru mungkin bermula kira-kira RM 180k, jangka naik 11 peratus untuk varian lain 01

Memandangkan enjin i-VTEC NA 2.0 liter yang lebih murah telah digugurkan, harga permulaan bagi Honda CR-V 2023 di Indonesia kini naik mendadak sehingga 40 peratus! Dari IDR 525,300 hingga IDR 739,900, jumlah varian yang ditawarkan juga dikurangkan dari 4 (termasuk model Black Edition) kepada hanya 2.

Selain daripada pengguguran enjin i-VTEC 2.0 liter yang lebih murah (tetapi sudah tidak menepati standard pelepasan gas rumah hijau yang terkini), satu lagi sebab mengapa harga permulaannya mencanak naik adalah penetapan Honda Sensing sebagai standard.

Tiada lagi varian RM 147k - Harga Honda CR-V 2023 baru mungkin bermula kira-kira RM 180k, jangka naik 11 peratus untuk varian lain 02

Jika anda mahu membandingkannya sama rata, kenaikan harga antara varian setanding (VTEC Turbo 1.5 liter dengan Sensing) adalah sekitar 11 peratus. Ya, kadar kenaikan ini jauh lebih rendah daripada 40 peratus, namun kenaikan 11 peratus masih lagi cukup curam – sekali ganda daripada kadar tipikal industri yang sekitar 5 peratus ke bawah bagi sesebuah model generasi baru.

Jika kenaikan 11 peratus yang sama diaplikasikan untuk pasaran Malaysia, kita boleh jangkakan harga Honda CR-V 2023 dikuasakan enjin VTEC Turbo 1.5 liter lengkap Honda Sensing nanti akan bermula dari sekitar RM 180k. Kalaulah Honda Malaysia mengekalkan varian spesifikasi asas tanpa Honda Sensing, maka harga sekitar RM 170k masih lagi boleh diharapkan.

Tiada lagi varian RM 147k - Harga Honda CR-V 2023 baru mungkin bermula kira-kira RM 180k, jangka naik 11 peratus untuk varian lain 03

Memandangkan varian terasnya nanti dijangka akan memecahkan siling harga RM 180k, Honda CR-V 2023 generasi baru nampak gayanya akan memasuki segmen harga Honda Accord yang buat masa ini dijual pada harga bermula dari RM 187,400 hingga RM 197,400.

Barangkali inilah sebabnya Honda Malaysia membuat keputusan untuk menghentikan jualan Accord menjelang hujung tahun ini.

Juga baca: SAH: Honda Accord 2024 generasi ke-11 tak akan masuk Malaysia, legasi 50 tahun bakal berakhir

Harga Honda CR-V generasi ke-10 yang dijual di pasaran sekarang adalah seperti berikut:

  • 2.0 2WD: RM 146,900
  • 1.5 TC-P 2WD: RM 165,800
  • 1.5 Black Edition: RM 170,400
  • 1.5 TC-P 4WD: RM 171,400

Bagaimanapun, tinjauan di beberapa pusat jualan Honda menunjukkan yang varian asas 2.0 liter sudah habis terjual dan hanya barisan varian tinggi yang masih ada. Lebih menarik, walaupun model generasi baru sudah membanjiri portal berita di mana-mana, pusat jualan Honda yang kami hubungi mengatakan bahawa permintaan untuk CR-V masih tidak perlahan.

Juga baca: Belakang Toyota Corolla Cross, jualan Honda CR-V sekarang pintas Proton X70 untuk posisi No.2 bagi SUV-C

CR-V generasi masa kini masih cukup bagus untuk kumpulan sasar pembelinya. Memandangkan model generasi baru nanti dijangka akan naik harga, membeli CR-V ‘lama’ nampak seperti pilihan bijak.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda CR-V Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda