window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga Proton X50 R3 Edition diumum - RM 125k, tambahan estetik yang terhad kepada 200 unit!

Faisal · Oct 28, 2023 11:16 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Eksterior

Harga Proton X50 R3 Edition diumum - RM 125k, tambahan estetik yang terhad kepada 200 unit! 01

Dengan berasaskan varian Flagship (penambahan RM 12,000 dari harga RM 113,300), Proton X50 ini didatangkan eksklusif dengan warna hitam satin, pakej R3 Aerokit yang merangkumi tambahan lip depan, skirting sisi dengan kemasan ala karbon, diffuser lebih garang dan spoiler ranggi berkemasan ala karbon yang dilihat sebiji macam yang digunapakai oleh Geely Binyue Cool.

Harga Proton X50 R3 Edition diumum - RM 125k, tambahan estetik yang terhad kepada 200 unit! 02

Di samping itu, terdapat trim kuning yang menghiasi bahagian gril, kaliper brek, lip depan, lip tepi, lip belakang dan pada bahagian cermin sisinya.

Harga Proton X50 R3 Edition diumum - RM 125k, tambahan estetik yang terhad kepada 200 unit! 03

Melalui pendekatan elemen R3, terdapat beberapa sentuhan R3 yang diterapkan pada SUV istimewa ini seperti penerapan lencana pada bahagian gril, strip pada bonet depan dan emblem R3 Limited Edition pada pintu but belakang.

Harga Proton X50 R3 Edition diumum - RM 125k, tambahan estetik yang terhad kepada 200 unit! 04

Untuk bahagian ini, pemegang plat nombornya juga adalah dari R3 dan di belakang, tulisan P R O T O N digantikan dengan trim hitam kilat.

Harga Proton X50 R3 Edition diumum - RM 125k, tambahan estetik yang terhad kepada 200 unit! 05

Melengkapi rupa paras luaran secara keseluruhan adalah rim flow formed 18-inci berwarna hitam kilat yang datang sekali dengan cap R3.

Interior

Harga Proton X50 R3 Edition diumum - RM 125k, tambahan estetik yang terhad kepada 200 unit! 06

Masuk kebahagian dalam, Proton X50 R3 Edition datang unik dengan sulaman R3 pada perehat kepala tempat duduk depan.

Harga Proton X50 R3 Edition diumum - RM 125k, tambahan estetik yang terhad kepada 200 unit! 07

Harga Proton X50 R3 Edition diumum - RM 125k, tambahan estetik yang terhad kepada 200 unit! 08

Selain itu, bahagian papan pemuka penumpang depan juga dilekatkan dengan plak 20th R3 Anniversary Edition dan melengkapi unsur istimewa pada kabin ini adalah karpet jenis R3.

Dengan pelbagai elemen sporty, trenkuasanya kekal sama dengan nadi 1.5L turbo 3-silinder TGDi (177 PS, 255 Nm) yang digandingkan dengan transmisi DCT 7-kelajuan.

Juga baca6 model ikonik dari divisyen prestasi Proton, Race Rally Research (R3)

Harga Proton X50 R3 Edition diumum - RM 125k, tambahan estetik yang terhad kepada 200 unit! 09

Secara amnya, perasmian harga model istimewa ini adalah bersempena ulang tahun penubuhan R3 (Race, Rally, Research) yang ke-20 dan untuk anda yang berminat, cepat-cepatlah buat tempahan pada RM 599 dan penyerahan akan bermula pada pertengahan November.

Juga bacaProton Satria R3 1.8 2004, bintang pertama dari Race Rally Research

@wapcar_zamil Kalau sapa nak kena cepat! 👍🏻 #learnontiktok #carmalaysia #fypmalaysia #tahukahanda #malaysia #proton #protonx50 #x50 #protonr3 #r3 #x50flagship ♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda