window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda CX-30 2023 CKD dilancarkan di Malaysia - kini dengan 4 varian, daripada RM 128,109!

Zamil Syaheer Β· Mar 8, 2023 10:10 PM

Mazda CX-30 2023 CKD dilancarkan di Malaysia - kini dengan 4 varian, daripada RM 128,109! 01

Kira-kira tiga tahun selepas pengenalan pertamanya dalam bentuk CBU, Bermaz Motors kini telah melancarkan Mazda CX-30 CKD 2023.

Mazda CX-30 2023 CKD dilancarkan di Malaysia - kini dengan 4 varian, daripada RM 128,109! 02

SUV segmen B yang dipasang di Kulim, Kedah ini berharga lebih rendah, dengan empat varian yang diselaraskan (sebelum ini lima) pada harga berikut:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

 

Harga Mazda CX-30 CKD 2023*
Varian Harga (RM) - Metallic Harga (RM) - Premium
2.0G 2WD Standard 128,109 130,109
2.0G 2WD High  136,109 138,109
2.0G 2WD HighPlus  146,109 148,109
2.0G 2WD HighPlus Premium 156,109 158,109

*Harga diatas jalan, tanpa insurans (Semenanjung Malaysia)

Secara purata, harga CX-30 CKD 2023 adalah lebih sekitar 13 peratus lebih murah merentas varian berbanding model CBU yang ditawarkan sebelum ini.

Mazda CX-30 2023 CKD dilancarkan di Malaysia - kini dengan 4 varian, daripada RM 128,109! 01

 

Walau bagaimanapun, ambil perhatian bahawa CX-30 Ignite Edition yang membawa gaya tambahan, peralatan dan ciri keselamatan kini telah digantikan dengan varian HighPlus Premium. Pelarasan yang sama berlaku untuk varian 2.0G Core peringkat permulaan sebelum ini yang digantikan oleh varian Standard 2.0G.

Mazda CX-30 2023 CKD dilancarkan di Malaysia - kini dengan 4 varian, daripada RM 128,109! 02

Penghentian tawaran varian 2.0G Ignite Edition AWD juga bermakna CX-30 CKD 2023 kini ditawarkan secara eksklusif dengan pacuan 2WD yang dikuasakan oleh enjin 2.0 liter 4-silinder SkyActiv-G yang menghasilkan 165 PS pada 6,000 rpm dan 213 Nm pada 4,000 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

Dari segi kelengkapan dan spesifikasi, anda boleh lihat rajah susunan varian CX-30 CKD 2023 dibawah:

Mazda CX-30 2023 CKD dilancarkan di Malaysia - kini dengan 4 varian, daripada RM 128,109! 03

Dari segi keselamatan, semua varian CX-30 CKD 2023 dilengkapi dengan 7-beg udara, ABS EBD, kawalan cengkaman, bantuan permulaan bukit, auto hold, dan sistem pengurusan casis G-Vectoring Control (GVC) Plus secara standard.

Walau bagaimanapun, pembeli perlu beralih kepada varian 2.0H HighPlus untuk ciri Mazda i-Activsense ADAS yang mrangkumi AEB, BSM, amaran pelepasan lorong, amaran lalu lintas belakang, dan kawalan pelayaran aktif (MRCC dalam bahasa Mazda).

Mazda CX-30 2023 CKD dilancarkan di Malaysia - kini dengan 4 varian, daripada RM 128,109! 04

Varian 2.0G HighPlus Premium yang mendahului julat pula menambah ciri keselamatan aktif yang lebih maju seperti Amaran Silang Laluan Depan (FCTA), Amaran Perhatian Pemandu dengan pemantauan pemandu dan Mazda Cruising and Traffic Support (CTS) yang menyokong MRCC, membantu pemandu dalam memastikan kenderaan kekal berpusat di jalan.

Mazda CX-30 2023 CKD dilancarkan di Malaysia - kini dengan 4 varian, daripada RM 128,109! 05

Mazda CX-30 2023 CKD dilancarkan di Malaysia - kini dengan 4 varian, daripada RM 128,109! 06

Untuk infohibur, keempat-empat varian didatangkan dengan Mazda Connect Infotainment yang menampilkan skrin 8.8-inci yang dilaraskan melalui Voice Command atau Multi-Function Commander Control. Semua CX-30 CKD 2023 dilengkapi dengan 8 pembesar suara dan menampilkan Apple CarPlay dan Android Auto sebagai standard.

Mazda CX-30 2023 CKD dilancarkan di Malaysia - kini dengan 4 varian, daripada RM 128,109! 07

Mazda CX-30 2023 CKD dilancarkan di Malaysia - kini dengan 4 varian, daripada RM 128,109! 08

Terdapat 8 pilihan warna yang ditawarkan pada CX-30 CKD 2023: Soul Red Crystal, Machine Gray, Snowflake White Pearl, Deep Crystal Blue, Jet Black, Platinum Quartz dan Polymetal Gray.

Mazda CX-30 2023 CKD dilancarkan di Malaysia - kini dengan 4 varian, daripada RM 128,109! 09

Mazda CX-30 2023 CKD dilancarkan di Malaysia - kini dengan 4 varian, daripada RM 128,109! 10

Varian CX-30 HighPlus Premium 2023 dilengkapi dengan bumbung suria berkuasa

CX-30 CKD 2023 ditawarkan dengan jaminan 5 tahun / 100,000 km oleh Mazda dan pakej penyelenggaraan percuma 5 tahun.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Mazda CX-30 2.0G 2WD Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda