window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lexus RX500h 2023 dilancar pada RM 498k - SUV hybrid berkuasa 371 PS/460 Nm untuk goda anda dari X5 & GLE

Faisal · Aug 18, 2023 09:00 AM

Lexus RX500h 2023 dilancar pada RM 498k - SUV hybrid berkuasa 371 PS/460 Nm untuk goda anda dari X5 & GLE 01

Lexus RX varian 500h F Sport baru sahaja dilancarkan di Malaysia dan pesaing kepada Mercedes-Benz GLE dan BMW X5 ini ditawarkan pada harga RM 498,888 (CBU dari Jepun). Bagi anda yang belum tahu, RX 350 yang dilancarkan pada Mei lepas dijual pada harga RM 468,888.

Lexus RX500h 2023 dilancar pada RM 498k - SUV hybrid berkuasa 371 PS/460 Nm untuk goda anda dari X5 & GLE 02

Secara amnya, varian hybrid ini menggunakan nadi 2.4L turbo (T24A-FTS) yang digandingkan dengan motor elektrik depan dan belakang, sekaligus menjadikan ia sebagai pacuan semua roda (AWD, Direct4). Output keseluruhan adalah pada 371 PS dan 460 Nm tork. Untuk makluman anda, gandar belakang hanya dikuasakan oleh motor elektrik, manakala yang di depan boleh juga dipandu oleh enjin. Secara tidak langsung, driveshaft dan differential mekanikal untuk menghantar tork ke roda belakang tidak diperlukan langsung.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lexus RX500h 2023 dilancar pada RM 498k - SUV hybrid berkuasa 371 PS/460 Nm untuk goda anda dari X5 & GLE 01

Menariknya, kuasa diuruskan oleh transmisi automatik 6-kelajuan, bukan CVT.

Kuasa memberhentikan SUV mewah ini diuruskan oleh brek berprestasi tinggi dengan kaliper 6-piston serta cakera jenis aluminium.

Lexus RX500h 2023 dilancar pada RM 498k - SUV hybrid berkuasa 371 PS/460 Nm untuk goda anda dari X5 & GLE 02

Antara ciri unik yang diberi pada varian ini adalah sistem Dynamic Rear Steering (DRS) yang membolehkan tayar belakang bertukar sudut sehingga 4°, bergantung pada kelajuan (laju = sudut roda belakang mengikut roda depan untuk meningkatkan tahap pengendalian dan kestabilan, perlahan = roda belakang mengikut sudut bertentangan untuk mengurangkan radius pusingan).

Lexus RX500h 2023 dilancar pada RM 498k - SUV hybrid berkuasa 371 PS/460 Nm untuk goda anda dari X5 & GLE 03

Sebagai sebuah F Sport, varian RX 500h ini datang dengan rim 21 inci unik berwarna hitam matte yang dibalut tayar Michelin Pilot Sport 4 SUV.

Di samping itu, gril depannya tampil dengan jenis hexagon hitam penuh dan terdapat bampar unik serta ciri lampu kabus.

Lexus RX500h 2023 dilancar pada RM 498k - SUV hybrid berkuasa 371 PS/460 Nm untuk goda anda dari X5 & GLE 04

Sentuhan bampar eksklusif juga diterapkan pada bahagian belakang. Secara keseluruhan, rupa paras varian F Sport ini menerapkan aksen Jet Black pada bahagian cermin sisi, rel bumbung, bingkai cermin dan trim bampar. Pilihan warna badan yang ditawarkan adalah White Nova Glass, Sonic Iridium, Graphite Black Glass Flake dan Sonic Copper.

Lexus RX500h 2023 dilancar pada RM 498k - SUV hybrid berkuasa 371 PS/460 Nm untuk goda anda dari X5 & GLE 05

Masuk ke bahagian dalam, perbezaan utama yang dapat dilihat adalah ciri pedal sport aluminium dan tempat duduk yang menggunakan bahan kulit jelis Ultrasuede.

Lexus RX500h 2023 dilancar pada RM 498k - SUV hybrid berkuasa 371 PS/460 Nm untuk goda anda dari X5 & GLE 06

Selain itu, terdapat sentuhan Dark Spin Aluminium tetapi secara teknikal, kabinnya kekal didominasi oleh infotainment 14-inci yang menyokong Apple CarPlay nirwayar dan Android Auto berwayar.

Namun apa yang istimewanya varian ini adalah penggunaan sistem audio jenis Mark Levinson dengan 21 pembesar suara.

Lexus RX500h 2023 dilancar pada RM 498k - SUV hybrid berkuasa 371 PS/460 Nm untuk goda anda dari X5 & GLE 07

Berkenaan ciri keselamatan pula, Lexus RX 500h F Sport lengkap dengan ADAS Lexus Safety System+.

Pembeli yang berminat boleh mula membuat tempahan bermula hari ini dan setiap pembelian hadir dengan waranti selama 5 tahun tanpa had kilometer.

Lexus RX500h 2023 dilancar pada RM 498k - SUV hybrid berkuasa 371 PS/460 Nm untuk goda anda dari X5 & GLE 08

Waranti untuk pek baterinya sendiri disokong selama 8 tahun tanpa had kilometer tetapi sebagai tambahan, ia boleh dilanjutkan lagi 2 tahun.

Juga bacaLexus RX 350 2023 dilancarkan di Malaysia dari RM 468,888 - SUV unik untuk peminat niche!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Lexus RX 350 Luxury

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda