window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ferrari Purosangue kini tiba di Malaysia; model dengan 4 pintu & 4 tempat duduk pertama bagi jenama ini, dari RM 5 juta!

Zamil Syaheer Β· Nov 22, 2023 02:00 PM

Ferrari Purosangue kini tiba di Malaysia; model dengan 4 pintu & 4 tempat duduk pertama bagi jenama ini, dari RM 5 juta! 01

Enzo Ferrari, pengasas syarikat kereta Itali terkenal yang memakai namanya berkata, "Kami tidak akan pernah membuat kereta 4 pintu," bermaksud, jenama itu tidak akan mengorbankan warisan kereta sportscar 2 pintu. Kini, mereka telah melancarkan Ferrari Purosangue di Malaysia, berharga daripada RM 5,000,000.00 (termasuk duti dan cukai).

Cuma, jangan panggil ia sebagai SUV, tetapi sebagai sebuah "four-door, four-seater."

Ferrari Purosangue kini tiba di Malaysia; model dengan 4 pintu & 4 tempat duduk pertama bagi jenama ini, dari RM 5 juta! 02

Dengan yakin mereka menamakannya Purosangue, bahasa Itali untuk darah tulen ('pureblood'); merujuk kepada bagaimana pembangunan model ini diberi fokus & ketelitian yang sama seperti model coupe dan soft-top mereka.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Sime Darby, Ital Auto dan Berjaya berlumba dapatkan hak pengedaran Ferrari di Malaysia

Ferrari Purosangue kini tiba di Malaysia; model dengan 4 pintu & 4 tempat duduk pertama bagi jenama ini, dari RM 5 juta! 01

Berbanding fokus terhadap tahap praktikaliti ataupun betapa banyak tempat peletak air, Ferrari memberi fokus utama terhadap prestasi. Enjin V12 ini diposisikan di bahagian tengah depan ('front mid-ship') transmisi diletakkan di bahagian belakang; menghasilkan pengagihan berat hampir sempurna 49%-51%.

Ferrari Purosangue kini tiba di Malaysia; model dengan 4 pintu & 4 tempat duduk pertama bagi jenama ini, dari RM 5 juta! 02

Enjin yang menjadi tumpuan adalah agak unik dan β€˜oldschool’ pada masa kini; enjin V12 berkapasiti 6.5 liter tanpa sebarang bantuan pengecasan, menghasilkan 725 PS dan 716 Nm. Ia dipadankan dengan transmisi dwi-klac 8-kelajuan (DCT).

80% tork maksimum tersedia serendah 2,100 rpm, tetapi enjin ini akan menerima lebih banyak tekanan, mencapai puncak pada 8,250 rpm. Ingatlah, ini adalah sesuatu yang hampir 5 meter panjang dan beratnya 2 ton.

Ferrari Purosangue kini tiba di Malaysia; model dengan 4 pintu & 4 tempat duduk pertama bagi jenama ini, dari RM 5 juta! 03

Untuk menghasilkan kuasa dan respons seperti itu, para pakar Maranello telah menala semula sistem sedutan udara, penyejajaran β€˜timing’, sistem ekzos, dan memindahkan kepala silinder dari 812 Competizione. Itu belum segala-galanya - senarai yang tampaknya tidak pernah berakhir ini merangkumi kerangka yang diperbaharui, β€˜bearing’ yang diubah suai, penyejuk dan pam minyak yang direka semula, piston khusus...

Ferrari Purosangue kini tiba di Malaysia; model dengan 4 pintu & 4 tempat duduk pertama bagi jenama ini, dari RM 5 juta! 04

Semua penambahbaikan dan talaan telah menghasilkan nombor-nombor yang pantas; 0-100 km/j dalam 3.3 saat, 0-200 km/j dalam 10.6 saat, dan kelajuan tertinggi 310 km/j.

Ferrari Purosangue kini tiba di Malaysia; model dengan 4 pintu & 4 tempat duduk pertama bagi jenama ini, dari RM 5 juta! 05

Ferrari Purosangue kini tiba di Malaysia; model dengan 4 pintu & 4 tempat duduk pertama bagi jenama ini, dari RM 5 juta! 06

Tak perlu pengilap cermin di belakang - biarkan angin lalu dibawahnya

Kerangka Purosangue adalah khas dan dibina dari bawah, disuntik dengan keluli kekuatan tinggi di kawasan-kawasan penting. Bahagian-bahagian badannya dibuat daripada aluminium.

Ferrari Purosangue kini tiba di Malaysia; model dengan 4 pintu & 4 tempat duduk pertama bagi jenama ini, dari RM 5 juta! 07

Untuk mengekalkan Purosangue di jalan adalah suspensi aktif Multimatic, sistem Kawalan Slip Slide, sistem brek ABS, dan kawalan kestabilan (ESC).

Ferrari Purosangue kini tiba di Malaysia; model dengan 4 pintu & 4 tempat duduk pertama bagi jenama ini, dari RM 5 juta! 08

Ferrari Purosangue kini tiba di Malaysia; model dengan 4 pintu & 4 tempat duduk pertama bagi jenama ini, dari RM 5 juta! 09

Untuk melangkah masuk ke dalam Purosangue, ia dilengakapi pintu bukaan automatik β€˜suicide’ dan tempat duduk khusus untuk empat orang. Seperti seluruh barisan penawaran Ferrari terkini, di dalamnya sarat dengan pelbagai ciri yang mewah serta canggih. Terdapat dua - malah tiga, jika anda menetapkan demikian - skrin menjadi tumpuan untuk tugas-tugas instrumen digital dan hiburan, sementara kabin diselubungi dengan kulit dan Alcantara.

Ferrari Purosangue kini tiba di Malaysia; model dengan 4 pintu & 4 tempat duduk pertama bagi jenama ini, dari RM 5 juta! 10

Ferrari Purosangue kini tiba di Malaysia; model dengan 4 pintu & 4 tempat duduk pertama bagi jenama ini, dari RM 5 juta! 11

Keempat-empat tempat duduk boleh diubahsuai secara individu, dan pilihan kelengkapan melibatkan kawalan hawa digital yang muncul dan tenggelam, sistem bunyi keliling Burmester 3D (pertama kalinya dalam Ferrari!), dan pelbagai pilihan bahan dalaman.

Ferrari Purosangue kini tiba di Malaysia; model dengan 4 pintu & 4 tempat duduk pertama bagi jenama ini, dari RM 5 juta! 12

Para pembeli boleh menukar dan menambah pelbagai sentuhan peribadi untuk setiap Purosangue, seperti bumbung kaca elektrokromik dan fungsi urutan pada tempat urut.

Ferrari Malaysia menyokong Purosangue dengan pakej penyelenggaraan 7 tahun. Bersama-sama dengan pelancaran Purosangue dan Roma Spider, hari ini juga menandakan pembukaan bilik pameran utama baru Ferrari di Malaysia di KL.

@wapcar_zamil Macam geng, nak beli rumah ke, atau nak duduk dalam kereta? Hmm... #carmalaysia #fypmalaysia #cartok #learnontiktok #keretabaru #malaysia #t20 #ferrari #ferraripurosangue #ferrarimalaysia #purosangue #hargakayangan #wapcar #keretamahal ♬ Sport Trap Background(781699) - TimTaj

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Ferrari Purosangue 6.5L V12

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda