window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cukai tinggi di Indonesia & Thailand menjadi penghalang pelan eksport Proton S70 ke sana

Faisal · Nov 22, 2023 01:14 PM

Cukai tinggi di Indonesia & Thailand menjadi penghalang pelan eksport Proton S70 ke sana 01

Pada zaman kegemilangan Proton sekitar era 90-an, mereka telah mengeksport ke setiap benua di seluruh dunia, kecuali Amerika Utara dan Antartika. Untuk syarikat pengeluar kereta dari Asia Tenggara, pencapaian ini cukup membanggakan.

Cukai tinggi di Indonesia & Thailand menjadi penghalang pelan eksport Proton S70 ke sana 02

Bilik pameran Proton di Pakistan.

Walau bagaimanapun, langit tidak selalu cerah. Kemudian pada 2017, Geely mula terlibat dengan Proton.

Cukai tinggi di Indonesia & Thailand menjadi penghalang pelan eksport Proton S70 ke sana 03

Pusat membeli belah di Afrika Selatan yang memperlihatkan barisan SUV Proton.

Kalau anda nak tahu, Proton kini menjalankan eksport ke 15 pasaran di Afrika seperti Kenya, Mauritius dan Mozambique serta negara Asia seperti Bangladesh dan Nepal. Selain Afrika Selatan dan Pakistan, pasaran yang terlibat sebenarnya tidaklah begitu besar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaJualan eksport naik 79% pada 2022, Proton X90 kini tembus pasaran Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei

Cukai tinggi di Indonesia & Thailand menjadi penghalang pelan eksport Proton S70 ke sana 01

Pengedar Proton di Indonesia.

Berdekatan negara kita, Proton berhasrat untuk kembali di pasaran Thailand dan Indonesia tetapi faktor polisi dari kerajaan mereka sebenarnya agak menyukarkan. Sama seperti Malaysia, negara-negara ini mengenakan cukai lebih tinggi buat kereta import untuk menggalakkan lagi pemasangan lokal atau kerjasama dengan vendor tempatan.

Cukai tinggi di Indonesia & Thailand menjadi penghalang pelan eksport Proton S70 ke sana 02

Dalam sidang media di acara prebiu Proton S70 tempoh hari, Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah berkata bahawa sekiranya S70 jadi diimport ke luar negara, ia akan tertumpu di pasaran semasa. Pasaran bervolum tinggi seperti Indonesia dan Thailand pula agak sukar untuk ditembus. Untuk makluman anda, Proton kali terakhir berada dalam pasaran Thailand adalah pada tahun 2015 iaitu diwakili oleh Phranakom Auto Sales, manakala Indonesia pula sehingga akhir 2010.

Juga bacaPolisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini?

Cukai tinggi di Indonesia & Thailand menjadi penghalang pelan eksport Proton S70 ke sana 03

Jelas beliau mengenai soalan dari media berkenaan potensi eksport Proton S70, “Kami mungkin akan kekal (mengeksport S70) ke 15 pasaran semasa tetapi bukan semua negara akan dapat. S70 ada potensi besar di Pakistan. Tetapi dengan situasi ekonomi semasa, kami tidak dapat memberitahu bila masa yang sesuai untuk melancarkannya di sana”.

Juga bacaKetika Malaysia PKP, Proton catat jualan eksport global tertinggi sejak Mei 2013!

Cukai tinggi di Indonesia & Thailand menjadi penghalang pelan eksport Proton S70 ke sana 04

Pengedar Proton di Thailand sekitar 2014.

Apa-apapun, Roslan memberitahu bahawa terdapat sekurang-kurangnya satu pasaran luar negara yang akan S70 menembus dalam tempoh “secepat yang mungkin” tetapi masih belum diberitahu pasaran mana yang beliau maksudkan itu.

Cukai tinggi di Indonesia & Thailand menjadi penghalang pelan eksport Proton S70 ke sana 05

Secara amnya, Proton S70 akan dilancarkan dalam masa beberapa hari lagi dan harganya akan diumum dalam acara tersebut.

Juga baca: Inilah Proton S70 - 1.5L 3-silinder turbo 150 PS/226 Nm, bakal mencabar segmen B & C sekaligus!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

Proton S70 Executive

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda