window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Smart #1 akhirnya dilancarkan di Malaysia - dari RM 189k, jarak gerak 440 km, cecah 428 PS/543 Nm!

Faisal Β· Nov 21, 2023 05:16 PM

Smart #1 akhirnya dilancarkan di Malaysia - dari RM 189k, jarak gerak 440 km, cecah 428 PS/543 Nm! 01

Setelah beberapa kali diperlihatkan, Smart #1 untuk Malaysia akhirnya dilancarkan secara rasmi. SUV EV yang diimport (CBU) dari China ini ditawarkan dengan tiga varian seperti berikut:

  • Pro – RM 189,000
  • Premium – RM 219,000
  • Brabus – RM 249,000

Smart #1 akhirnya dilancarkan di Malaysia - dari RM 189k, jarak gerak 440 km, cecah 428 PS/543 Nm! 02

Smart #1 varian Pro datang dengan bateri LFP berkapasiti 49 kWj yang memberi jarak gerak 315 km (kitaran WLTP). Ia dikuasai motor elektrik belakang (RWD) yang menghasilkan 272 PS/343 Nm.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Varian Premium pula menggunakan motor sama tetapi digandingkan dengan bateri NMC berkapasiti 66 kWj, sekaligus meningkatkan jarak pandu kepada 440 km (kitaran WLTP).

Smart #1 akhirnya dilancarkan di Malaysia - dari RM 189k, jarak gerak 440 km, cecah 428 PS/543 Nm! 01

Dan untuk varian Brabus, output sebanyak 428 PS/543 Nm oleh dua motor elektriknya (AWD) menjadi sorotan buat Smart #1 di mana pecutan 0 – 100 km/j untuk spesifikasi ini hanya mengambil masa 3.9 saat. Dengan penggunaan dua buah motor, jarak pandunya menurun kepada 400 km (kitaran WLTP).

Smart #1 akhirnya dilancarkan di Malaysia - dari RM 189k, jarak gerak 440 km, cecah 428 PS/543 Nm! 02

Semua varian menyokong pengecasan DC sehingga 150 kW. Tetapi untuk AC, varian Premium dan Brabus boleh pergi sehingga 22 kW, manakala Pro hanya pada 7.2 kW.

Smart #1 akhirnya dilancarkan di Malaysia - dari RM 189k, jarak gerak 440 km, cecah 428 PS/543 Nm! 03

Dari segi kelengkapan, Smart #1 varian Premium menampilkan lampu LED Matrix, lampu isyarat jenis sequential, pencahayaan pada bahagian gril dan pemegang pintu, logo Smart pada tiang-C, dan pengesan isyarat kaki untuk kawalan but belakang berkuasanya. Semua ciri yang disebutkan tidak hadir pada varian Pro.

Smart #1 akhirnya dilancarkan di Malaysia - dari RM 189k, jarak gerak 440 km, cecah 428 PS/543 Nm! 04

Bercakap mengenai Pro, ia datang dengan tempat duduk ala kulit tanpa fungsi penyejuk dan audionya hanya menggunakan jenis 5 pembesar suara.

Walau bagaimanapun, ciri standard pada Smart #1 hadir dalam bentuk infotainment 12.8 inci yang menyokong Apple CarPlay/Android Auto, kluster digital 9.2 inci, bumbung panoramik, pengecas tanpa wayar dan penyejuk ruang konsol tengah.

Smart #1 akhirnya dilancarkan di Malaysia - dari RM 189k, jarak gerak 440 km, cecah 428 PS/543 Nm! 05

Menaik ke varian Premium, pembeli mendapat kemasan kulit, fungsi memor serta penyejuk dan pelaras berkuasa untuk tempat duduk depan, penyaman udara automatik dwi-zon dengan corong belakang, penapis udara N95, audio Beats 640W dengan 13 pembesar suara dan HUD bersaiz 10 inci.

Smart #1 akhirnya dilancarkan di Malaysia - dari RM 189k, jarak gerak 440 km, cecah 428 PS/543 Nm! 06

Untuk Brabus pula, Smart #1 varian mercu ini hadir dengan kosmetik sporty seperti rongga pada hud depan, bampar lebih agresif, spoiler lebih panjang, dan rim 19 inci β€˜Dynamo’ yang lengkap dengan kaliper brek merah. Kabinnya sendiri memperlihatkan kombinasi aksen warna merah/kelabu dengan tali pinggang merah, perehat kepala bersulaman β€˜B’, jahitan merah, kemasan fibermikro, dan roda stereng berbarut kulit Alcantara.

Smart #1 akhirnya dilancarkan di Malaysia - dari RM 189k, jarak gerak 440 km, cecah 428 PS/543 Nm! 07

Dari segi keselamatan, semua varian Smart #1 lengkap dengan ciri:

  • Adaptive Cruise Control
  • Autonomous Emergency Braking
  • Rear Collision Mitigation Support
  • Lane-Keeping Assist
  • Lane Change Assist
  • Rear Cross-Traffic Alert

Namun begitu, varian Pro tidak datang dengan parkir autonomi penuh, brek kecemasan parkir dan bantuan parkir autonomi.

Juga bacaIni 15 gambar interior Smart #1 untuk rakyat Malaysia tentukan sama ada berbaloi tak tunggu EV ini

@wapcar_zamil Ke baik beli Tesla Model Y? Hmm.... #carmalaysia #fypmalaysia #keretabaru #malaysia #smart1 #smartmalaysia #smartone #smartbrabus #fyp #reviewkereta #wapcar ♬ Sport Trap Background(781699) - TimTaj

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Smart #1 Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia