window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Inilah Proton S70 - 1.5L 3-silinder turbo 150 PS/226 Nm, bakal mencabar segmen B & C sekaligus!

Faisal · Nov 20, 2023 12:00 PM

Inilah Proton S70 - 1.5L 3-silinder turbo 150 PS/226 Nm, bakal mencabar segmen B & C sekaligus! 01

Sedan baharu Proton iaitu Proton S70 akhirnya sudah tiba di Malaysia dan mereka telahpun memperlihatkan kereta ini di beberapa bilik pameran terpilih. Walau bagaimanapun, harga buat sedan ini belum lagi diumumkan tetapi tempahannya sudahpun dibuka dengan bayaran RM 500.

Inilah Proton S70 - 1.5L 3-silinder turbo 150 PS/226 Nm, bakal mencabar segmen B & C sekaligus! 02

Dari segi varian, terdapat Executive, Premium, Flagship dan Flagship X. Apa yang membezakan di antara mereka adalah seperti di bawah:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton X70 Executive

  • Rim 16 inci
  • Lampu halogen
  • Push start dan smart entry
  • Kluster monokrom
  • Infotainment 8 inci
  • 4 pembesar suara
  • 5 port USB
  • 6 beg udara
  • Rear cross-traffic alert (RCTA)
  • Amaran pelanggaran belakang
  • Amaran buka pintu
  • Lane Change Assist

Inilah Proton S70 - 1.5L 3-silinder turbo 150 PS/226 Nm, bakal mencabar segmen B & C sekaligus! 01

Proton S70 Premium

Menambah:

  • Lampu LED automatik
  • Lampu bar LED belakang
  • Tempat duduk kulit
  • Penyaman udara automatik dengan corong belakang
  • Kamera undur
  • Pengesan parkir depan dan belakang

Inilah Proton S70 - 1.5L 3-silinder turbo 150 PS/226 Nm, bakal mencabar segmen B & C sekaligus! 02

Proton S70 Flagship

Menambah:

  • Rim 17 inci
  • Pelaras elektrik buat tempat duduk pemandu
  • Kluster digital 10.25 inci
  • Infotainment 12.3 inci
  • Pengecas tanpa wayar
  • Tyre Pressure Monitoring System
  • Kamera 360-darjah
  • ADAS Tahap 2

Proton S70 Flagship X

Menambah:

  • Bumbung suria

Inilah Proton S70 - 1.5L 3-silinder turbo 150 PS/226 Nm, bakal mencabar segmen B & C sekaligus! 03

Untuk warna, terdapat 7 pilihan dan ia mengikut varian seperti berikut:

S70 Executive

  • Snow White
  • Space Gray

S70 Premium

  • Snow White
  • Armour Silver
  • Space Gray
  • Passion Red

Inilah Proton S70 - 1.5L 3-silinder turbo 150 PS/226 Nm, bakal mencabar segmen B & C sekaligus! 04

S70 Flagship

  • Snow White
  • Armour Silver
  • Space Gray
  • Passion Red
  • Marine Blue
  • Teal Bayou Green

S70 Flagship X

  • Snow White
  • Space Gray
  • Marine Blue
  • Teal Bayou Green
  • Quartz Black

Inilah Proton S70 - 1.5L 3-silinder turbo 150 PS/226 Nm, bakal mencabar segmen B & C sekaligus! 05

Beralih ke aspek trenkuasa, Proton S70 menggunakan enjin 1.5L turbo 3-silinder MPI (hanya port injection, bukan direct injection TGDi) yang menghasilkan 150 PS/226 Nm. Nadi ini merupakan unit sama yang digunapakai pada Proton X50 Standard, Executive dan Premium.

Inilah Proton S70 - 1.5L 3-silinder turbo 150 PS/226 Nm, bakal mencabar segmen B & C sekaligus! 06

Enjin yang dibuat di kilang enjin Proton di Tanjung Malim ini menghantar kuasa ke roda depan (FWD) melalui transmisi DCT 7 kelajuan.

Mod memandu yang dilengkapkan beserta mod stereng pula ialah antara Eco, Normal, Comfort dan Sport.

Inilah Proton S70 - 1.5L 3-silinder turbo 150 PS/226 Nm, bakal mencabar segmen B & C sekaligus! 07

Berkenaan suspensi, jenis di belakang menggunakan tetapan torsion beam, sama seperti Geely Emgrand yang ada di pasaran lain. Asas yang diguna pada Proton S70 adalah dari platform BMA (B-segment Modular Architecture) yang mana ia turut digunapakai oleh Proton X50.

Inilah Proton S70 - 1.5L 3-silinder turbo 150 PS/226 Nm, bakal mencabar segmen B & C sekaligus! 08

Kalau anda nak tahu, talaan yang dibuat pada suspensi Proton S70 sahaja memakan masa 75,000 jam bekerja dan pemanduan melebihi 1,200,000 kilometer.

Inilah Proton S70 - 1.5L 3-silinder turbo 150 PS/226 Nm, bakal mencabar segmen B & C sekaligus! 09

Soal keselamatan, Proton S70 dilengkapi standard dengan 6 beg udara dan sistem bantuan keselamatan ADAS yang merangkui ciri di bawah:

ADAS Proton S70
Ciri Varian

Autonomous Emergency Braking (AEB)
Adaptive Cruise Control with Stop & Go (ACC w/ S&G)
Lane Departure Warning (LDW)
Lane Departure Prevention (LDP)
Lane Centering Control (LCC)
Traffic Sign Information (TSI)
Intelligent High Beam Control (IHBC)

Flagship, Flagship X

Rear Collision Warning (RCW)
Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
Door Opening Warning (DOW)
Lane Change Assist (LCA)

Executive, Premium, Flagship

Sistem di atas menggunakan 12 pengesan termasuk radar gelombang milimeter (jarak sehingga 30 meter) dan kamera monokular yang boleh mengesan sehingga jarak 150 meter.

Inilah Proton S70 - 1.5L 3-silinder turbo 150 PS/226 Nm, bakal mencabar segmen B & C sekaligus! 10

Dengan pendedahan gambar rasmi, spesifikasi penuh serta prebiu awal di beberapa pengedar terpilih sejak 11 November lepas, pelancaran Proton S70 nampaknya semakin hampir. Harganya sedan baharu Proton ini akan diumumkan sewaktu acara itu berlangsung.

Juga baca: Panduan spesifikasi Proton S70: Sedan terbaru Malaysia dengan enjin turbo 1.5 liter, ADAS serupa X90

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

Proton S70 Executive

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda