window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sime Darby terima sokongan pemegang saham untuk pembelian UMW, MGO akan mendapatkan lebihan bahagian UMW tidak lama lagi

Faisal · Nov 17, 2023 10:50 AM

Sime Darby terima sokongan pemegang saham untuk pembelian UMW, MGO akan mendapatkan lebihan bahagian UMW tidak lama lagi 01

Pada 24 Ogos 2023 tempoh hari, Sime Darby mengumumkan bahawa mereka sudah dalam fasa bersyarat untuk perjanjian pembelian bahagian dengan PNB untuk memiliki 61.2% saham mereka dalam UMW.

Sime Darby Motors sendiri adalah pengedar buat kereta jenama BYD, Hyundai, Ford, Jaguar dan Land Rover. Mereka juga peniaga buat BMW dan Volvo di Malaysia. Selain itu, kumpulan itu juga memiliki beberapa perniagaan di sekitar Asia Pasifik.

Juga bacaPNB jual 61.2% pegangan dalam UMW kepada Sime Darby, Perodua & Toyota akan berada bawah mereka?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dan kini, Sime Darby Berhad telah berjaya melengkapkan Extraordinary General Meeting (EGM) untuk mendapatkan kelulusan pemegang saham mereka dalam memperoleh UMW Holdings Berhad.

Kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada pihak media, “Dengan mendapat kelulusan daripada pemegang saham, Sime Darby yakin dapat menepati semua syarat perjanjian tersebut. Dengan EGM yang berlangsung pada hari ini, Sime Darby akan melancarkan MGO (mandatory general offer) untuk mendapatkan lebihan saham UMW bagi memperoleh pemilikan UMW sepenuhnya”.

Jelas CEO Dato’ Jerffri Salim Davidson, “Kami berbesar hati dengan sokongan yang diberi oleh para pemegang saham. Sokongan tersebut menunjukkan bahawa mereka berkongsi visi yang sama dalam memperkembangkan lagi kehadiran automotif kami di Malaysia. Kami hargai kepercayaan dan keyakinan para pemegang saham kami. Kami akan komited untuk memberi nilai kepada mereka”.

Sime Darby menambah bahawa para pemegang saham UMW dijangka menerima dokumen tawaran berkenaan MGO dalam beberapa minggu akan datang.

Pemilikan 61.2% bahagian dalam UMW dijangka lengkap sepenuhnya menjelang akhir November 2023. Berkenaan MGO, sekiranya tempoh penerimaan dilanjutkan, ia dijangkan akan tutup pada Februari 2024.

Juga bacaPasca ambil alih UMW oleh Sime Darby - Toyota Hilux dan Ford Ranger bersaing bawah satu bumbung

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda