window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Stellantis: Peugeot 408 yang baharu, e-2008 BEV, & Landtrek CKD disahkan untuk Malaysia pada tahun 2024

Zamil Syaheer Β· Nov 16, 2023 03:00 PM

Stellantis: Peugeot 408 yang baharu, e-2008 BEV, & Landtrek CKD disahkan untuk Malaysia pada tahun 2024 01

Sejumlah model Peugeot baru akan memasuki pasaran Malaysia tahun depan. Perkara ini disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) Stellantis untuk rantau ASEAN, Daniel Gonzalez, semasa berucap kepada Carsifu.

Ia terdiri daripada moodel-model yang telah dikemaskini dan dijual pada masa kini, serta kenderaan baharu sepenuhnya. Terdapat juga pelbagai kereta yang akan dipasang tempatan (CKD) dan diimport sepenuhnya (CBU).

Stellantis: Peugeot 408 yang baharu, e-2008 BEV, & Landtrek CKD disahkan untuk Malaysia pada tahun 2024 02

Landtrek

"Kami juga akan melancarkan pikap Peugeot Landtrek CKD Malaysia dengan suspensi yang ditingkatkan tahun depan. Sebelum ini, ia diperkenalkan sebagai kenderaan import untuk melihat penerimaan pelanggan tempatan," kata Gonzalez.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara ringkas, Landtrek kini berada di Malaysia sebagai model sepenuhnya diimport dari China, dengan harga bermula dari RM 120,072 untuk varian Allure 1.9D tunggal.

Gonzalez berkata akan ada lebih banyak model Peugeot yang baru bakal tiba selepas Landtrek.

Baca juga: 2023 Peugeot Landtrek dilancarkan di Malaysia - dari RM 120k, trak pikap elegan debut pertama ASEAN!

Stellantis: Peugeot 408 yang baharu, e-2008 BEV, & Landtrek CKD disahkan untuk Malaysia pada tahun 2024 01

408 di Singapura

"Pada tahun 2024, kami akan mempunyai tiga pelancaran utama model CKD dari kilang Gurun dan mungkin beberapa kenderaan CBU. Kami akan melancarkan Peugeot 408 baharu yang sudah tersedia di Eropah dan baru-baru ini diperkenalkan di Vietnam. Peugeot 408 adalah kereta yang jauh lebih baik. Akan ada juga E-2008, yang akan datang pada pertengahan tahun depan," jelasnya.

Namun, tidak jelas sama ada dua model yang dinamakan ini adalah CKD atau CBU pada mulanya. Peugeot 408 baru-baru ini terlihat di sini beberapa kali, mungkin untuk ujian di jalan tempatan.

Stellantis: Peugeot 408 yang baharu, e-2008 BEV, & Landtrek CKD disahkan untuk Malaysia pada tahun 2024 02

Di rantau kita, model ini telah dijual di Vietnam seperti yang disebutkan sebelumnya dan telah dipamerkan di Thailand dan Singapura, dengan trenkuasa 225 PS / 360 Nm hibrid plug-in (PHEV).

Stellantis: Peugeot 408 yang baharu, e-2008 BEV, & Landtrek CKD disahkan untuk Malaysia pada tahun 2024 03

The e-2008 as seen in Malaysia

Sementara itu, e-2008 adalah versi bateri elektrik (BEV) SUV Peugeot 2008. Ia telah dipamerkan di Malaysia beberapa kali, dan dari segi unit yang dipaparkan, ia digerakkan oleh bateri 50 kWh dan motor elektrik yang dipasang di hadapan dengan kuasa 136 PS / 260 Nm.

Berdasarkan kitaran WLTP, e-2008 mempunyai jarak pandu sehingga 345 km.

Barisan model Peugeot di Malaysia buat masa kini merangkumi 2008, 3008, dan 5008 (semuanya CKD), dan Landtrek (CBU).

Baca juga: Rebiu: Peugeot 3008 facelift 2021 - mampukah aura Perancis tarik perhatian dari SUV Jepunis?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Peugeot 408 e-THP

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda