window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pasca ambil alih UMW oleh Sime Darby - Toyota Hilux dan Ford Ranger bersaing bawah satu bumbung

Mersita · Sep 2, 2023 10:00 AM

Pasca ambil alih UMW oleh Sime Darby - Toyota Hilux dan Ford Ranger bersaing bawah satu bumbung 01

Susulan pengumuman Sime Darby Berhad tentang perolehan 61.2 peratus pegangan dalam UMW Holdings berkos RM 3.57 bilion pada Khamis lalu, perniagaan masih berjalan seperti biasa di UMW Toyota Motor (dan Perodua). Namun, angin perubahan berlegar di kedua-dua pejabat dan menimbulkan seribu satu soalan.

UMW belum membuat sebarang kenyataan berhubung pengambilalihan berkenaan. Oleh itu, persoalan samada Daihatsu dan Toyota dibawa berunding atas langkah ini belum dapat dijawab setakat ini.

Memandangkan UMW Toyota dan Perodua – yang dikenali dengan hubungan rapat bersama pemberita automotif – belum lagi mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini walaupun pengambilalihan ini ternyata memberi kesan terhadap masa depan jenama mereka. Maka, boleh dikatakan pihak syarikat itu pun belum jelas sepenuhnya tentang perkembangan terbaru ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pasca ambil alih UMW oleh Sime Darby - Toyota Hilux dan Ford Ranger bersaing bawah satu bumbung 01

Di samping itu, dalam satu sidang media bersama pemberita bisnes (tanpa pemberita automotif) minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Group Dato’ Jeffri Salim Davidson memberitahu The Edge bahawa maklumat terperinci belum diperhalusi lagi bersama UMW. Beliaut turut berkata pengumuman pengambilalihan ini secara amnya umpama “majlis pertunangan” antara kedua-dua belah pihak.

“Kami belum berpeluang untuk benar-benar melakukan banyak perkara atau berbual dengan mereka (UMW), tetapi akan ada beberapa penjualan, penyesuaian, dan peluang sinergi. Tetapi kami belum tahu apa (peranan) mereka setakat ini," katanya.

Pasca ambil alih UMW oleh Sime Darby - Toyota Hilux dan Ford Ranger bersaing bawah satu bumbung 02

Sime Darby Motors City di Ara Damansara, Selangor

Selalunya, pengilang amat sensitif akan konflik kepentingan pengedar apabila mereka terlibat dengan pelbagai jenama. Memegang hak mengedar pelbagai jenama hanyalah sebahagian daripadanya. Namun situasinya berbeza apabila andalah syarikat pengedar/jualan nasional, dan terdapat beberapa kepentingan bercanggah antara bisnes pengedaran milik Sime Darby Motor di Malaysia dan pengedaran UMW Holdings.

Kebimbangan ini paling ketara dalam segmen trak pikap.

Pasca ambil alih UMW oleh Sime Darby - Toyota Hilux dan Ford Ranger bersaing bawah satu bumbung 03

Toyota Hilux merupakan penyumbang volum jualan kedua terpenting bagi UMW Toyota Motor selepas Toyota Vios. Hilux ialah plat nama yang mendapat perhatian mendalam sejak beberapa dekad lalu dan ia kukuh di posisi No.1 dalam segmennya sejak pertengahan 2000-an.

Sepanjang enam bulan pertama 2023, UMWT berjaya menjual hampir 13,000 unit Toyota Hilux. Ia amat dominan sehinggakan anda boleh gabungkan jumlah jualan model di posisi No.2 dan No.3, Isuzu D-Max dan Mitsubishi Triton, dan ia masih tidak dapat menandingi angka jualan Toyota Hilux.

Pasca ambil alih UMW oleh Sime Darby - Toyota Hilux dan Ford Ranger bersaing bawah satu bumbung 04

Di samping itu, bisnes Sime Darby AutoConnexion iaitu Ford (SDAC) di Malaysia hanya mampu bertahan dengan satu model sahaja – Ford Ranger. SDAC turut menjual Ford Everest, namun dengan harga bermula dari RM 263,888, ia tak dapat membawa saingan kepada Toyota Fortuner yang dijual pada harga bermula dari RM 189,880.

Jika Ranger tak mampu mengekalkan daya tarikannya, Ford akan pupus di pasaran kereta baru di Malaysia.

Pasca ambil alih UMW oleh Sime Darby - Toyota Hilux dan Ford Ranger bersaing bawah satu bumbung 05

Tak dinafikan, Ranger juga mempunyai varian berasaskan rali dan berprestasi tinggi iaitu Ranger Raptor yang digemari oleh kumpulan pembeli yang jauh berbeza daripada Hilux, namun sebahagian besar jualan Ranger disumbang oleh varian rendah iaitu XL, XLT, dan XLT+. Matlamat SDAC adalah untuk merangkul jualan daripada Toyota Hilux edaran UMWT.

Dipendekkan cerita; Ford Ranger dan Toyota Hilux tak boleh berkawan dalam gelanggang segmen ini, apatah lagi berada di bawah naungan syarikat pemegang yang sama.

Pasca ambil alih UMW oleh Sime Darby - Toyota Hilux dan Ford Ranger bersaing bawah satu bumbung 06

Apabila dikecualikan bisnes penjualannya (Auto Bavaria dan Sime Darby Swedish Auto), Ford merupakan penyumbang volum terbesar bagi bisnes pengedaran kenderaan Sime Darby Motor di Malaysia – dengan lebih 4,000 unit terjual pada separuh pertama 2023.

Dalam erti kata lain, kepentingannya Ford Ranger pada Sime Darby Motors adalah sama seperti kepentingan Toyota Hilux pada UMW Toyota Motor.

Bagi membentuk ‘perkahwinan’ yang harmoni, Sime Darby dan UMW perlu meyakinkan rakan niaga masing-masing, Ford dan Toyota (dan mungkin juga Daihatsu), bahawa akan ada pengasingan dan autonomi yang mencukupi bagi pasukan jenama masing-masing.

Pasca ambil alih UMW oleh Sime Darby - Toyota Hilux dan Ford Ranger bersaing bawah satu bumbung 07

Selain itu, terdapat juga pertindihan antara jenama Lexus dan BMW di bawah UMW Toyota Motor. Sime Darby mempunyai pegangan 49% dalam BMW Group Malaysia.

Model terlaris Lexus Malaysia ialah Lexus NX, diikuti oleh Lexus ES. Kedua-dua model ini masing-masing bersaing dengan BMW 5 Series dan X3. Bagaimanapun, BMW menjual 10 kali lebih banyak kereta berbanding Lexus kerana barisan kereta Lexus terdiri daripada hanya unit import (CBU). Antara Lexus dan BMW, sudah cukup ketara jenama yang mana satu terpaksa mengalah.

Meskipun, tak mustahil bagi sesebuah pengedar untuk mewakili lebih daripada satu jenama dengan produk-produk yang bertindih antara satu sama lain.

Pasca ambil alih UMW oleh Sime Darby - Toyota Hilux dan Ford Ranger bersaing bawah satu bumbung 08

Bermaz Auto cukup digemari di kalangan pelabur tempatan. Reputasinya dalam menjadikan jenama kurang popular kepada jenama cemerlang di pasaran telah menjadikan Bermaz sebagai pengedar pilihan bagi mana-mana jenama luar yang berhasrat untuk menembusi pasaran Malaysia.

Mazda, Peugeot, dan Kia di Malaysia diedarkan oleh Bermaz. Ketiga-tiga jenama ini mempunyai barisan model yang dipenuhi SUV dengan harga yang bertindih-tindih antara satu sama lain. Tapi, syarikat utama cukup senang dengan susun-atur Bermaz Auto bagi jenama-jenama ini.

Walau bagaimanapun, kita juga harus sedar akan konteksnya. Apabila Peugeot dan Kia membentuk hubungan perniagaan dengan Bermaz, ia bukannya dibuat atas dasar kuasa. Sebaliknya, apa yang Bermaz lakukan untuk Peugeot dan Kia adalah perkara yang pengedar terdahulunya, Naza, gagal laksanakan. Pendek kata, Bermaz menghulurkan bantuan kepada mereka.

DRB-Hicom adalah satu lagi contoh sesebuah konglomerat dengan kepentingan bertindih dalam pelbagai jenama. DRB ialah rakan niaga tempatan bagi Mitsubishi Motors (MMM) dan Isuzu Malaysia (IM). Bagaimanapun, perniagaan MMM dan IM dijalankan oleh pengurus-pengurus Jepun daripada Mitsubishi Corporation yang memiliki MMM dan IM sekaligus. Maka, bagi pengilangnya, ini bukanlah satu masalah.

Dengan Toyota/Daihatsu dan UMW/Sime Darby, dinamik kuasanya amat berbeza kerana perjanjian pengedarannya (Toyota dan Lexus) dan hubungan teknikalnya (Perodua) adalah dengan UMW Holdings yang tiada jenama automotif lain.

Pasca ambil alih UMW oleh Sime Darby - Toyota Hilux dan Ford Ranger bersaing bawah satu bumbung 09

Ketika Sime Darby mengadakan taklimat bersama pelaburnya serta media bisnes pada minggu lalu, “Kemasukan ke dalam ekosistem Toyota” dinyatakan sebagai salah satu daripada 5 rasionalm strategik utama bagi pengambilalihan UMW.

Dengan mengambil alih UMW, Sime Darby menzahirkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Toyota. Tapi, persoalannnya ialah; adakah Toyota juga mempunyai hasrat yang sama? Toyota dan juga subsidiari kereta kompaknya iaitu Daihatsu belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hal ini.

Sime Darby berhasrat untuk memiliki baki 38.8 peratus pegangan keatas UMW Holdings menerusi satu Tawaran Am Mandatori (Mandatory General Offer, MGO) menjelang November 2023.

Pasca ambil alih UMW oleh Sime Darby - Toyota Hilux dan Ford Ranger bersaing bawah satu bumbung 10

Juga baca: PNB jual 61.2% pegangan dalam UMW kepada Sime Darby, Perodua & Toyota akan berada bawah mereka?

Pengambilalihan ini dijangka akan selesai menjelang Februari 2024, bilamana UMW akan terkeluar daripada Bursa Malaysia.

Maka dengan itu, DRB-Hicom (Proton, Smart, Honda, Mitsubishi, VW, Audi) akan menjadi satu-satunya konglomerat GLC (berkait dengan kerajaan) yang tinggal dalam industri automotif tempatan.

Diterjemah dari artikel asal WapCar.my

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda