window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Belajar teknik asas pandu 4x4 off-road dengan Ford Ranger atau Raptor di Selangor dan Sarawak!

Mersita · Aug 25, 2023 01:00 PM

Belajar teknik asas pandu 4x4 off-road dengan Ford Ranger atau Raptor di Selangor dan Sarawak! 01

Pemilik Ford Ranger atau Ranger Raptor yang ingin memperoleh kemahiran baru dalam pemanduan 4x4 dan meneroka potensi sebenar trak pikap mereka bolehlah mendaftar untuk dua pengalaman latihan Ford Ranger Getaways yang akan datang.

Sesuai untuk pemilik yang baru menceburi dunia 4x4 dan ingin memulakan pengembaraan off-road mereka, kursus 4WD peringkat permulaan ini adalah untuk mengajar teknik asas pemanduan off-road yang selamat kepada peserta.

Belajar teknik asas pandu 4x4 off-road dengan Ford Ranger atau Raptor di Selangor dan Sarawak! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sesi ini adalah sebahagian daripada Ford Ranger Getaways 2023 – platform e-dagang berdasarkan pengembaraan pertama dan satu-satunya dalam segmen ini, dicipta untuk menawarkan pengalaman pemilikan dipertingkatkan kepada pelanggan.

Kedua-dua pusat M4TREC dan Sar4Trac merupakan fasiliti bersepadu yang direka khas untuk menawarkan persekitaran selamat dan terkawal untuk pembelajaran serta pengalaman teknik asas pemanduan off-road. Kursus akan dijalankan oleh pasukan jurulatih profesional yang diiktiraf oleh HRDF di kedua-dua pusat tersebut yang juga merupakan pakar dalam pemanduan off-road.

Belajar teknik asas pandu 4x4 off-road dengan Ford Ranger atau Raptor di Selangor dan Sarawak! 01

Peserta boleh memahami kenderaan mereka dengan lebih mendalam bagi menyerlahkan keupayaan penuh Ranger dan Ranger Raptor mereka, pada masa sama memupuk silaturahim bersama pemilik lain serta individu dengan minat sama. Mereka juga dialu-alukan untuk membawa seorang teman bagi menyertai kursus ini.

"Kami komited untuk membantu pelanggan menerokai potensi sebenar Ranger dan Raptor mereka agar mereka dapat menjalani kehidupan sepenuhnya. Kedua-dua Kursus 4WD Pemula ini adalah peluang yang sangat baik bagi pemilik, terutamanya pelanggan Generasi Baharu, untuk mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk mengendalikan kenderaan mereka dengan selamat dan dengan keyakinan di pelbagai jenis landskap," kata Turse Zuhair, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford.

Asas yang baik untuk pengembaraan off-road yang seterusnya

Belajar teknik asas pandu 4x4 off-road dengan Ford Ranger atau Raptor di Selangor dan Sarawak! 02

Kedua-dua sesi latihan akan bermula dengan taklimat mendalam mengenai keselamatan, asas pemanduan 4x4 dan laluan berhalangan. Di bawah bimbingan dan pengawasan rapat jurulatih, peserta kemudiannya akan mempraktikkan teknik-teknik asas untuk mengatasi pelbagai rintangan dalam sesi praktikal.

Di M4TREC, rintangan termasuk Litar Kotor (Dirt Track), Rampa Rol (Roller Ramp), Peregangan Bingkai (Frame Twister), Penyeberangan Bukit / Lereng Licin (Ridge Crossing / Slide Slope), Lumpur & Lutut (Mud & Ruts), Litar Bertakung (Rutted Track), Parit (Ditch), Penurunan Bukit (Hill Descend), Pemanjatan Bukit (Hill Ascend), dan Meluncur Lumpur (Mud Dash).

Belajar teknik asas pandu 4x4 off-road dengan Ford Ranger atau Raptor di Selangor dan Sarawak! 03

Peserta di Sar4Trac akan menghadapi rintangan di ladang pisang Ngirobuh, yang termasuk Litar Kotor (Dirt Track), Peregangan Bingkai (Frame Twister), Lumpur & Kerikil (Mud & Gravel), Litar Bertakung (Rutted Track), Parit (Ditch), Penurunan Bukit (Hill Descend), Pemanjatan Bukit (Hill Ascend), dan Penyeberangan Air (Water Wading).

Semua peserta akan menerima Sijil Penyelesaian di akhir sesi latihan

Belajar teknik asas pandu 4x4 off-road dengan Ford Ranger atau Raptor di Selangor dan Sarawak! 04

Kursus-kursus ini berharga RM 498 setiap orang, dengan maksimum dua peserta bagi setiap kenderaan. Pemilik Ranger dan Ranger Raptor generasi baharu yang belum menggunakan kod kad hak istimewa Inner Circle mereka boleh menebus diskaun 30 peratus untuk pengalaman latihan ini. Pemilik awal Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu juga digalakkan untuk menebus diskaun Getaways mereka sebelum tamat pada Jun 2024.

Juga baca: 'Healing' 4x4 di Gunung Jerai & Cameron Highlands bersama Ford Ranger Getaways, pelatih 4x4 pro ikut sekali!

Belajar teknik asas pandu 4x4 off-road dengan Ford Ranger atau Raptor di Selangor dan Sarawak! 05

Sesi latihan pertama akan diadakan di Kursus M4TREC 4WD Pemula di Semenyih, Selangor pada 26 Ogos 2023. Sesi seterusnya akan dijalankan di Kursus Sar4Trac 4WD Pemula di Kampung Barieng, Bau, Sarawak pada 16 September 2023.

Tempahan dan pembayaran untuk kedua-dua kursus boleh dilakukan di platform Ford Ranger Getaways melalui laman web SDAC-Ford Malaysia.

Juga baca: Minat Ford Ranger 2023 di Malaysia? Ini perbezaan 7 varian termasuk Raptor, RM 98,888 ke RM 259,888

Belajar teknik asas pandu 4x4 off-road dengan Ford Ranger atau Raptor di Selangor dan Sarawak! 06

Pengalaman latihan menyeluruh

"Saya sangat berpuas hati dengan latihan yang kami terima. Jurulatih-jurulatih yang sedia ada sungguh hebat dan saya belajar banyak, terutamanya tentang pemanduan selamat dalam keadaan off-road. Hari ini, saya sedar saya boleh melakukan banyak perkara dengan kenderaan ini kerana ia lebih berkebolehan daripada yang kita bayangkan. Saya menggalakkan pemilik lain menyertai kursus ini jika mereka berpeluang," kata seorang pemilik Ranger Raptor generasi baharu yang menyertai Kursus 4WD Pemula M4TREC pada bulan Mac.

Belajar teknik asas pandu 4x4 off-road dengan Ford Ranger atau Raptor di Selangor dan Sarawak! 07

"Terima kasih SDAC dan Ford, atas menganjurkan Kursus 4WD Pemula M4TREC ini. Seseorang boleh memperoleh banyak teknik dan pengetahuan, serta cara yang betul untuk mengendalikan kereta mereka dalam keadaan off-road. Yang terbaiknya, anda akan lebih memahami kereta anda, tidak hanya tentang keupayaannya tetapi juga memahami interaksi antara pemandu dan kereta," kata seorang pemilik bangga Ranger Raptor generasi baharu yang lain.

Dapatkan berita terkini mengenai pengembaraan lain yang akan datang di platform Ford Ranger Getaways. Untuk maklumat lanjut mengenai SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter, dan saluran YouTube, atau lawati www.sdacford.com.my.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda