window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

'Healing' 4x4 di Gunung Jerai & Cameron Highlands bersama Ford Ranger Getaways, pelatih 4x4 pro ikut sekali!

Mersita · Apr 10, 2023 07:00 AM

'Healing' 4x4 di Gunung Jerai & Cameron Highlands bersama Ford Ranger Getaways, pelatih 4x4 pro ikut sekali! 01

Sejak kebelakangan ini, trend gaya hidup 4x4 semakin popular dan ramai orang memilih trak pikap untuk keluar menjelajah di hujung minggu, dan pada masa sama menggunakannya untuk keluarga bekerja atau untuk kegunaan keluarga.

Pada bulan Mei ini, pemilik Ford Ranger yang ingin menyertai aktiviti off-road hujung minggu yang menyeronokkan sambil menikmati udara segar di kawasan gunung bolehlah menantikan dua Ford Ranger Getaways baharu. Kedua-dua percutian ini juga menawarkan cara yang baru dan menarik untuk meraikan Hari Ibu pada tahun ini.

'Healing' 4x4 di Gunung Jerai & Cameron Highlands bersama Ford Ranger Getaways, pelatih 4x4 pro ikut sekali! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Getaways yang pertama ialah "A Trip Through Nature" di Gunung Jerai pada 6 Mei 2023. Manakala, Getaways yang kedua, "Chase the Sunrise in Cameron Highlands", akan dijalankan pada 27-28 Mei 2023. Kedua-duanya akan membawa anda keluar daripada laluan biasa dan juga merupakan lawatan semalaman pertama dalam siri Ford Ranger Getaways tahun ini.

Kedua-dua Getaways ini dianjurkan oleh Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, untuk menawarkan cara baru dan menarik untuk meneroka keindahan semulajadi Banjaran Titiwangsa.

Selain menikmati perjalanan bersama keluarga dan rakan, ini juga merupakan peluang untuk bertemu dan menjalin silaturahim dengan pemilik Ranger lain.

'Healing' 4x4 di Gunung Jerai & Cameron Highlands bersama Ford Ranger Getaways, pelatih 4x4 pro ikut sekali! 01

Ford Ranger Getaways meliputi beberapa kategori minat, selain perjalanan terancang termasuk penginapan semalaman dan kursus latihan. Mereka yang memilih untuk pergi sendirian juga diberi pilihan. Slot untuk semua Ford Ranger Getaways adalah terhad - 'first come, first serve'.

Terokai Gunung Jerai, Kedah dalam perjalanan sehari ini pada 6 Mei sambil meraikan Hari Ibu dan nikmati keseronokan memandu di atas lereng curam semasa menuju ke puncak gunung bersama konvoi Ford Ranger.

Di sepanjang jalan, peserta juga berpeluang mendepani cabaran 4x4 dengan mempelajari ciri kawalan menuruni curam, bantuan mula mendaki dan laluan condong sisi di Bukit Kuang yang dikendalikan oleh pelatih profesional.

'Healing' 4x4 di Gunung Jerai & Cameron Highlands bersama Ford Ranger Getaways, pelatih 4x4 pro ikut sekali! 02

Ketika di puncak dengan ketinggian lebih daripada 1,000 meter dari paras laut, pengalaman menjamu selera di kawasan terbuka menanti, disertai dengan hamparan pemandangan luas menghadap pesisir pantai dan kawasan sawah pagi Kedah yang terbentang luas. Kepada yang meminati bunga, perhatikan juga tumbuhan hydrangea yang sedang mekar.

Bagi mereka yang inginkan aktiviti merentasi alam semula jadi, aktiviti mendaki santai dengan pemandu arah selama 30 minit juga disediakan, menelusuri laluan tangga ke air terjun Alur Naga.

Larikan diri dari kesibukan bandar sambil berehat sepanjang hujung minggu dengan lawatan ke dataran tinggi yang indah selama dua hari pada 27 - 28 Mei di kawasan Cameron Highlands yang jarang diketahui.

'Healing' 4x4 di Gunung Jerai & Cameron Highlands bersama Ford Ranger Getaways, pelatih 4x4 pro ikut sekali! 03

Juga baca: 2022 Ford Ranger Raptor dilancarkan - dari RM 259k, trak pikap paling mahal di Malaysia!

Pelanggan Ranger yang mendaftar untuk pengembaraan ini akan berkonvoi dengan pemilik Ranger lain dalam satu perjalanan penuh pemandangan indah, merentasi antara jalan yang terbaik di Malaysia.

Sekiranya tiba di resort, banyak aktiviti menarik menanti untuk memberi peluang kepada peserta saling berkenalan dan beramah mesra, termasuk parti BBQ dan tontonan wayang bertemankan bulan dan bintang.

'Healing' 4x4 di Gunung Jerai & Cameron Highlands bersama Ford Ranger Getaways, pelatih 4x4 pro ikut sekali! 04

Kemuncak perjalanan ini ialah untuk mengejar matahari terbit pada hari kedua. Peserta akan keluar awal dan berkonvoi sejauh 40 km menuju ke sudut pemandangan misteri untuk menyaksikan sendiri matahari terbit yang menakjubkan.

Juga baca: Di sebalik penampilan hebat, 2022 Ford Ranger generasi baharu pertingkat fungsi dan praktikaliti!

Harga dan ketersediaan Ford Ranger Getaways

'Healing' 4x4 di Gunung Jerai & Cameron Highlands bersama Ford Ranger Getaways, pelatih 4x4 pro ikut sekali! 05

Kedua-dua percutian ini boleh menampung sehingga empat orang setiap kenderaan. Semua harga termasuk insurans untuk pelancong yang berumur 1 hingga 80 tahun. Kanak-kanak yang berumur 16 dan ke bawah boleh mengembara secara percuma. 

Lawatan ke Gunung Jerai boleh didapati dalam dua pakej. Pakej Individu & Pasangan dijual pada harga RM 456.02 seorang, manakala Pakej Keluarga berharga RM 1,716.49 untuk empat orang dewasa. 

Sementara itu, harga untuk pengembaraan ke Cameron Highlands bermula dari RM 1,047.77 seorang.

'Healing' 4x4 di Gunung Jerai & Cameron Highlands bersama Ford Ranger Getaways, pelatih 4x4 pro ikut sekali! 06

Pemilik Ranger generasi baharu pula boleh menikmati potongan harga 30% untuk Ford Ranger Getaways melalui kod kad keistimewaan Inner Circle mereka.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Ford Ranger Getaways Mei 2023 nanti, serta senarai aktiviti lainnya untuk bulan-bulan mendatang, anda boleh layari platform e-dagang SDAC-Ford. Melalui platform atas talian ini, pelanggan juga boleh memilih percutian yang diinginkan, membuat tempahan serta bayaran.

Untuk maklumat lanjut tentang Ranger generasi baharu, SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di  FacebookInstagramTwitter dan YouTube atau layari www.sdacford.com.my.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda