window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pandu uji off-road Ford Ranger Raptor di KK hujung minggu ini, model lain dan promo menanti

Mersita Ā· Jul 19, 2023 02:00 PM

Pandu uji off-road Ford Ranger Raptor di KK hujung minggu ini, model lain dan promo menanti 01

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal bagi jenama Ford di Malaysia, bakal membawa pameran Next-Generation Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel Show-and-Tell ke Sabah hujung minggu ini iaitu 21 - 23 Julai 2023 (Jumaat - Ahad).

Acara 3 hari ini akan diadakan di Kawasan Kompleks Likas, Kota Kinabalu, bermula dari jam 10.30 pagi - 5.30 petang. Pengunjung akan berpeluang untuk memandu uji Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel Generasi Terkini secara off-road di laluan khas. Peserta boleh mencuba mod pemanduan Baja dan latihan off-road serta 4x4 lain-lain; termasuklah ā€˜dirt corneringā€™ berkelajuan tinggi, moguls, mendaki dan menuruni bukit yang curam, ā€˜slide slopeā€™, dan sisi curam.

Pandu uji off-road Ford Ranger Raptor di KK hujung minggu ini, model lain dan promo menanti 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mereka yang berminat untuk ā€˜reserveā€™ penyertaan di acara ini bolehlah mendaftar sekarang di laman web acara (pautan di sini) kerana tempat adalah terhad.

Tumpuan lain termasuklah pandu uji SUV premium 7 tempat duduk Everest Titanium, Ranger WildTrak, dan XLT Plus. Selain itu, barangan gaya hidup eksklusif Ford dan ganjaran tempahan yang boleh ditebus segera juga tersedia hanya di acara ini.

Pelanggan yang membuat tempahan untuk Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel Generasi Terkini akan terus menerima t-shirt khas edisi Raptor 2.0L Diesel terinspirasi dari Baja 1000. Tambahan pula, walaupun tawaran pakej tempahan awal telah diambil sebelumnya, antara sekarang dan 31 Ogos 2023, mereka masih boleh menikmati tawaran diskaun RM 500 untuk Ford Ranger Getaways apabila kenderaan diterima kelak.

Pandu uji off-road Ford Ranger Raptor di KK hujung minggu ini, model lain dan promo menanti 01

Mereka yang membuat tempahan untuk model-model Next-Gen lain di acara ini juga akan terus menerima kerusi khemah berjenama Ford Ranger Getaways. Sementara itu, pelanggan yang membuat tempahan untuk Ford Ranger Getaways akan diberi tumbler keluli Getaways yang menarik.

Juga baca: 'Healing' 4x4 di Gunung Jerai & Cameron Highlands bersama Ford Ranger Getaways, pelatih 4x4 pro ikut sekali!

Pemandangan Pengalaman Latihan Ford Ranger Getaways

Pandu uji off-road Ford Ranger Raptor di KK hujung minggu ini, model lain dan promo menanti 02

Pada separuh pertama 23 Julai 2023, SDAC juga menganjurkan Ranger Training Experience di kawasan Kompleks Likas. Sebagai sebahagian daripada program Ranger Getaways, Ranger Training Experience ini dibentuk khas untuk pemilik Ranger dan Raptor. Ia bertujuan untuk membantu pelanggan menerokai potensi penuh kenderaan mereka yang berdaya saing dan serba boleh.

Sesi latihan akan dijalankan di laluan khas yang telah disediakan. Sesiapa yang berminat untuk menyaksikan peserta latihan menghadapi pelbagai cabaran off-road di atas pelbagai jenis bentuk muka bumi, bolehlah menonton aksi tersebut antara 11 pagi - 1 petang pada 23 Julai nanti.

Pandu uji off-road Ford Ranger Raptor di KK hujung minggu ini, model lain dan promo menanti 03

Pemilik Next-Gen Ranger dan Raptor boleh menggunakan kod promosi khas pada Kad Inner Circle mereka untuk menikmati diskaun 30 peratus untuk Ranger Training Experience di Kota Kinabalu. Untuk membuat tempahan dan menebus diskaun ini, kunjungi laman web Ford Ranger Getaways.

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang jadual dan lokasi lawatan Ford Experience Hub, kunjungi laman web Ford Experience Hub. Bagi maklumat lanjut mengenai Next-Generation Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel pula, WhatsApp Chat saja dengan Pakar Ford Ranger. Maklumat lanjut mengenai SDAC dan Ford boleh didapati menerusi laman Facebook, Instagram, Twitter, dan saluran YouTube Ford Malaysia, atau kunjungi www.sdacford.com.my.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Ford Ranger Raptor 3.0 Twin-Turbo

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda