window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda WR-V hybrid tiada untuk pelancaran di Malaysia, tapi mungkin akan tiba kemudian

Mersita · Jul 12, 2023 05:00 PM

Honda WR-V hybrid tiada untuk pelancaran di Malaysia, tapi mungkin akan tiba kemudian 01

Sebelum Honda WR-V dilancarkan esok, Honda Malaysia telah mengesahkan yang SUV termurah baharunya akan dilancarkan dengan satu jenis enjin sahaja iaitu unit 1.5 liter i-VTEC ‘naturally aspirated’ 4 silinder, digandingkan bersama kotak gear automatik CVT.

SUV segmen A yang diposisikan di bawah Honda HR-V ini bakal bersaing dengan Perodua Ativa (walau pada harga lebih tinggi) dan berkongsi sebahagian besar komponen mekanikalnya dengan model segmen B jenama tersebut iaitu Honda City dan Honda City Hatchback, termasuklah enjin L15-nya. Kedua-dua model City itu juga boleh didapati dengan enjin hybrid 1.5 liter yang lebih jimat minyak.

Honda WR-V hybrid tiada untuk pelancaran di Malaysia, tapi mungkin akan tiba kemudian 02

Model pasaran Thailand ditunjukkan, kereta tempatan kita tiada rel bumbung dan cermin sisi hitam

Seperti biasa, akan ada harapan daripada orang ramai untuk WR-V mengikut jejak langkah City dan City Hatchback yang menawarkan dua jenis trenkuasa – enjin 1.5 liter NA untuk yang masih berpaut pada tradisi, manakala enjin 1.5 liter hybrid tulen untuk yang sudah bersedia menyambut masa depan mobiliti elektrik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada acara media pra-pelancaran yang berlangsung pagi tadi, kami bertanya pada Honda Malaysia tentang kemungkinan pengenalan WR-V hybrid dan Penyelaras Eksekutif Yujiro Sugino menjawab, “Hybrid adalah sesuatu yang kami mahu kembangkan sebagai sebuah syarikat dalam seluruh barisan model dan ia sedang dipertimbangkan untuk masa hadapan, namun buat masa sekarang, kami fokus pada ini (WR-V dengan 1.5L i-VTEC).”

Jawapan daripada Honda Malaysia ini tidak mengejutkan, memandangkan belum ada negara yang melancarkan WR-V hybrid setakat ini. Bagaimanapun, respon ini secara tidak langsung turut menunjukkan kemungkinan untuk WR-V hybrid di masa hadapan.

Imbas semula; Honda Malaysia memberi respon sama ketika pelancaran Honda Civic 2022 generasi FE pada Januari 2022. Ketika pelancaran model tersebut, hanya enjin 1.5 liter berpengecas turbo ditawarkan, namun akhirnya varian hybrid 2.0 liter menyusul pada Disember 2022.

Selain daripada WR-V, Honda Malaysia pada masa ini menawarkan 6 model; 4 daripadanya sudah tersedia dengan teknologi hybrid tulen i-MMD dwi-motor yang dipasarkan di bawah lencana e:HEV.

2 model selebihnya tanpa pilihan trenkuasa hybrid ialah Accord dan CR-V, yang mana kedua-duanya sudah tiba ke penghujung kitaran hidup model masing-masing.

Sejumlah 2,500 tempahan sudah terkumpul untuk Honda WR-V sejak tempahannya dibuka pada 12 Jun lalu. Harga WR-V di Malaysia akan diumumkan esok, maka anda bolehlah ikuti FB WapCar-BM untuk dapatkan info lanjut kelak.

Juga baca: Honda WR-V 2023 di Malaysia telah terima 2,500 tempahan dalam masa 1 bulan, pelancaran esok!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda WR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda