window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Sonata facelift gemparkan dunia, rekaan terlalu cantik berbanding model yang lama!

Haris Β· Mar 27, 2023 03:00 PM

Hyundai Sonata facelift gemparkan dunia, rekaan terlalu cantik berbanding model yang lama! 01

Hyundai kini dilihat lebih memberi tumpuan kepada barisan SUV yang semakin meningkat dan rangkaian kenderaan elektrik (EV) Ioniq. Namun, Hyundai Sonata yang malar hijau ini nampaknya tidak dilupakan oleh jenama H senget kerana Hyundai Motor Group baru sahaja memperkenalkan facelift sedan segmen-D tersebut.

Hyundai Sonata facelift gemparkan dunia, rekaan terlalu cantik berbanding model yang lama! 02

Kini dalam generasi ke-8, Hyundai Sonata facelift DN8 2023 menerima reka bentuk luaran yang lebih sporty dan lencana baharu. Model pra-facelift diperkenalkan pada tahun 2019 apabila Sonata "dilahirkan semula" sebagai coupe empat pintu yang bergaya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hyundai Sonata facelift gemparkan dunia, rekaan terlalu cantik berbanding model yang lama! 01

Bahagian luaran Sonata yang semakin menarik mempamerkan kemajuan Hyundai dalam bahasa reka bentuk automotif dan reka bentuk hadapan mengintegrasikan rekaan Seamless Horizon Lamp, lampu depan tersembunyi, gril lebar, dan bukaan udara untuk penampilan yang lebih dinamik dan agresif.

Hyundai Sonata facelift gemparkan dunia, rekaan terlalu cantik berbanding model yang lama! 02

Di bahagian belakang, lampu-H baharu menekankan imej sonata berteknologi tinggi dan kelebaran yang luas. Varian N-Line menguatkan lagi kesan sedan sport berprestasi tinggi dengan penambahan spoiler belakang, dua hujung mufflers berkembar, dan rim 19-inci.

Baca: Hyundai Kona generasi baharu 2023 mengejutkan dunia, rekaan Korea sekali lagi jadi bualan!

Hyundai Sonata facelift gemparkan dunia, rekaan terlalu cantik berbanding model yang lama! 03

Di dalam, Hyundai Sonata mempunyai susun atur berpusatkan pemandu sepadan dengan luarannya yang sporty sambil menawarkan ciri berteknologi tinggi. Terdapat paparan melengkung panorama yang menggabungkan kedua-dua kelompok meter digital maklumat pemandu 12.3-inci dan sistem infotainment 12.3-inci yang merupakan spesifikasi pertama untuk model Hyundai.

Hyundai Sonata facelift gemparkan dunia, rekaan terlalu cantik berbanding model yang lama! 04

Penggunaan tombol gear shift-by-wire di belakang stereng membebaskan ruang di kawasan konsol tengah. Kawasan ini juga menekankan ergonomik yang dipertingkatkan lagi dengan merehatkan lengan yang memberi lebih keselesaan kepada pemandu. Namun, Hyundai masih belum memberikan maklumat mengenai trenkuasa Sonata facelift baharu yang mungkin akan didedahkan semasa pelancaran rasminya di Korea kelak.

Hyundai Sonata facelift gemparkan dunia, rekaan terlalu cantik berbanding model yang lama! 05

Hyundai Sonata facelift 2023 baharu akan dilancarkan di Seoul Mobility Show akan datang yang bakal diadakan dari 30-Mac hingga 9 April-April 2023. Masih belum dapat disahkan sama ada Hyundai Sime Darby Motor (HSDM) akan membawa masuk Sonata facelift ke Malaysia kerana model pra-facelift sudah tidak lagi disenaraikan di laman web.

Hyundai Sonata facelift gemparkan dunia, rekaan terlalu cantik berbanding model yang lama! 06

Ioniq 6 mungkin menggantikan Sonata

Pada masa yang sama, umur Sonata juga mungkin sudah tiba ke penghujungnya. Dengan trend jualan sedan global yang menurun, masa depan Sonata kelihatan suram lebih-lebih lagi apabila Hyundai memberi tumpuan kepada model Ioniq EV yang dilihat sebagai masa depannya.

Baca: Tiada pengganti untuk Hyundai Sonata DN8, model Ioniq lebih diutamakan apabila peralihan EV semakin pesat!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Hyundai Sonata 2.5 Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda