window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Camry generasi baharu menyusul 2025, akan guna enjin turbo buat pertama kalinya?

Haris Β· May 11, 2023 08:00 PM

Toyota Camry generasi baharu menyusul 2025, akan guna enjin turbo buat pertama kalinya? 01

Toyota Camry XV70 generasi semasa

Toyota Camry generasi XV70 yang telah berada dalam pasaran selama enam tahun mula menunjukkan tanda-tanda penuaan dan layak untuk diganti. Menambah cabaran ini ialah pelancaran model generasi baharu pesaing terbesarnya, Honda Accord, dijangka akan berlaku pada akhir 2022.

Toyota Camry generasi baharu menyusul 2025, akan guna enjin turbo buat pertama kalinya? 02

Menurut sumber yang arif dengan perkara tersebut, projek pembangunan generasi baharu kini sedang berjalan dan diberi nama kod 380D. Sedan segmen D yang akan datang adalah versi Major Minor Change, atau secara ringkasnya MMC.

MMC dalam istilah Toyota bermaksud bahawa Toyota Camry XV80 akan menjadi model yang dikemas kini secara meluas, bukan perubahan model penuh (FMC).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Oleh itu, Camry XV80 masih akan disokong oleh platform TNGA-K seperti model semasa namun perincian dimensi masih belum didedahkan. 

Toyota Camry generasi baharu menyusul 2025, akan guna enjin turbo buat pertama kalinya? 01

Enjin T24A-FTS pada Lexus NX

​Selain platform yang dikekalkan, Camry XV80 bakal menjadi Camry pertama yang menerima enjin induksi paksa dalam bentuk 2.4 liter turbocaj T24A-FTS yang dikongsikan daripada Lexus NX. Untuk spesifikasi Lexus NX, enjin ini menghamburkan 279 PS dan 430 Nm.

Selain itu, penjana kuasa elektrifikasi juga dijangka akan memasuki Camry XV80 berkemungkinan dalam bentuk hibrid.

Toyota Camry generasi baharu menyusul 2025, akan guna enjin turbo buat pertama kalinya? 02

Seperti Toyota Camry generasi XV70 semasa, model generasi XV80 yang akan datang dijangka membuat penampilan sulung globalnya di Amerika Utara - pasaran paling penting buat Camry.

Debut global Mac 2024 dalam perancangan dengan jualan dijangka bermula selepas itu. Pasaran lain dijangka menerima Camry XV80 pada bulan-bulan berikutnya.

Bagi pasaran Malaysia, Toyota Camry XV70 diimport (CBU) dari Thailand dan berharga dari RM 219,800.

Baca: Laporan: Toyota Camry akan dihentikan di Jepun selepas 43 tahun di pasaran

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota Camry 2.5V

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda