Laporan mengenai Nissan X-Trail generasi keempat 2021 akan menggunakan transmisi automatik 8 kelajuan. Walaubagaimanapun, laporan terbaru mendapati hal ini tidak tepat kerana beberapa bukti lain yang menunjukkan ke arah transmisi CVT dengan 8 gear maya.
Menurut laman web FuelEconomy.gov, kembar Nissan X-Trail di Amerika Utara iaitu Nissan Rogue bakal menggunakan enjin 1.5 liter bercaj turbo (204 PS / 300 Nm). Enjin ini mungkin akan dikongsikan pada Nissan X-Trail pasaran China pada pelancarannya di Shanghai Auto Show 2021 yang akan datang.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Nissan Rogue ketika ini menggunakan enjin 2.5 liter empat sebaris (4-inline) NA yang menghasilkan sebanyak 181 PS dan 245 Nm. Menurut data yang disediakan oleh laman web EPA, enjin 3 silinder turbo memberikan ekonomi bahan api yang lebih baik berbanding enjin 4 silinder NA.
Nissan turut memberitahu laman Car and Driver bahawa enjin ini akan menjadi sebahagian daripada "program perintis" untuk menilai potensi trenkuasa baru ini. Oleh itu, ia belum dapat ditawarkan sepenuhnya pada Nissan Rogue.
Kembali ke transmisi, carian kami mendapati bahawa penggunaan transmisi CVT 8 kelajuan maya pada Nissan X-Trail adalah melalui laman FuelEconomy.gov. Bersebelahan dengan perkataan "Automatic" adalah kod nama AV-S8.
Sekali imbas, nampak seperti kod biasa tetapi setelah diamati, ia membawa maksud A = “Auto”, V = “Variable multi-level”, S= “Simulated”, dan 8 = Jumlah gear. Penggunaan CVT dengan talaan semula sebenarnya adalah lebih cenderung berbanding penggunaan transmisi baharu.
Sementara itu di Malaysia, Nissan X-Trail generasi ketiga pasaran tempatan masih boleh didapati. Model Nissan X-Trail generasi keempat ini berkemungkinan besar hanya akan tiba di sini pada penghujung tahun 2022 paling awal. Berminat?
Bacaan Lanjut:
Nissan X-Trail 2021 serba baru bakal dirasmikan di China, pakai enjin 1.5L turbo 3 silinder?
Panduan membeli Nissan X-Trail T32, susut harga mendadak serendah RM 60k tapi masih bagus?
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });