SAH: Isuzu D-Max dengan varian bateri-elektrik pada 2025, akan dipasang di Thailand, Norway sebagai pasaran pertama
Zamil Syaheer · Oct 14, 2023 12:00 PM
0
0
Sebelum ini, kami telah melaporkan bahawa Isuzu Motors akan membina Isuzu D-Max yang dikuasakan oleh bateri-elektrik. Kini, pengeluar automotif ini telah mengesahkan model tersebut akan datang dan akan dipasang di Thailand. Ia bakal dilancarkan di Norway pada tahun 2025.
Isuzu mengesahkan model elektrik ini semasa taklimat media untuk D-Max yang telah dikemas kini.
"Isuzu sedang aktif berusaha untuk mencapai sasaran neutral karbon. Seterusnya, Isuzu merancang untuk menghasilkan pikap trak elektrik bateri (BEV) di Thailand. Kami akan memperkenalkannya di Eropah terdahulu dan kemudian mengkaji pengenalan berperingkat dengan memenuhi keperluan setiap pasaran, termasuk Thailand. Harapan Thailand, pasaran terbesar Isuzu untuk pikapnya, akan kekal kukuh dalam tahun-tahun mendatang," kata Presiden Isuzu, Shinsuke Minami.
Ini adalah kali pertama Isuzu mengesahkan di mana D-Max elektrik akan dibina. Memandangkan kilang Thailand Isuzu membekalkan unit D-Max yang dipasangnya ke Australia, adalah mungkin bahawa pasaran tersebut akan mendapat D-Max elektrik selepas Norway. Kita di Malaysia pula mungkin perlu menunggu dengan lama kerana kita (mungkin) belum bersedia untuk kehadiran trak pikap elektrik.
Walaupun Thailand adalah pasaran terkuat Isuzu, Australia juga merupakan bahagian penting dengan 24,336 unit dijual pada tahun 2022, menyumbang 14 peratus daripada kira-kira 340,000 unit pikap yang dijual di seluruh dunia. Untuk perbandingan, Isuzu menjual kira-kira 180,000 unit di Thailand pada tahun yang sama.
D-Max elektrik akan dikuasakan oleh motor elektrik dari divisyen trak Isuzu, menggunakan motor sama yang memacu lori NRR EV siri N-Series kecilnya. Sementara kedua-dua D-Max dan lori N-Series kecil berkongsi varian enjin turbodiesel 3.0 liter.
Walaupun spesifikasi D-Max bateri-elektrik tidak ada lagi, laporan terdahulu ada mengatakan bahawa ia bakal menggunakan lambang E-Max.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.