Sebelum ini, kami pernah melaporkan yang Hyundai ada sebuah MPV yang diberi nama Hyundai Custo yang sedang dibina di China. Tapi, laporan tersebut berkaitan dengan MPV dalam segmen kompak. Kini, gambar intipan yang jelas menunjukkan MPV tersebut di China telah muncul dan kami dapati Custo bukanlah MPV bersaiz kecil sama sekali.
Sekilas pandang, Hyundai Custo tersebut tampak buruk, malah penyangkut tunda hadapannya juga terkeluar! Kami rasa ini kerana pelekat samarannya baru sahaja dicabut.
Dari awal lagi anda dah boleh tahu yang MPV ini keluaran Hyundai kerana gril hadapannya yang besar bercorak berlian. Lampu hadapan LED yang sepet dikemasi dengan jalur krom untuk rupa yang lebih agresif.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Dari pandangan sisinya pula, corak berlian yang sama dengan grilnya dipaparkan juga pada panel pintunya, manakala bentuk bahagian belakangnya mengingatkan kami dengan Kia Carnival generasi terkini.
Kami tak terkejut kalau bahagian belakang MPV ini serupa dengan Kia Carnival. Media China melaporkan yang Custo ini dibina berdasarkan platform Kia Carnival generasi ketiga dan ia dijangka akan bersaing dengan Honda Odyssey apabila ia dilancarkan nanti.
Di bahagian dalamnya pula, Custo akan mempunyai konfigurasi tempat duduk 2+2+3. Tempat duduk penumpang di barisan keduanya akan memaparkan kerusi kapten.
Laporan awal yang belum dapat disahkan menyatakan Custo akan mempunyai ukuran panjang lebih 5 meter dan ia akan barangkali akan dikuasakan dengan enjin ‘naturally aspirated’ 2.5 liter dan dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan.
Jika semuanya mengikut perancangan, Custo mungkin akan membuat debut globalnya pada bulan Oktober.
Tapi, ini bukanlah bermaksud yang Hyundai tidak merancang untuk mengeluarkan MPV kompak. Setelah mengkaji pelbagai laporan gambar intipan sebelum ini, kami jangka yang Hyundai mungkin sedang membina beberapa jenis MPV.
Salah satu daripadanya adalah MPV ini yang dilihat di China. MPV yang lain-lain masih lagi dalam pembinaan di loji Hyundai di Korea. Kenapa kami katakan demikian? Cuba lihat gambar intipan ini dan lihat MPV yang diambil gambarnya di Korea. MPV di Korea tidak mempunyai pintu gelongsor dan memaparkan rel atap yang lebih menonjol.
Ada juga kemungkinan yang MPV Custo ini akan mempunyai jarak roda yang berbeza. Ataupun, barangkali Custo dengan saiz berbeza ini adalah untuk pasaran yang berbeza.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });