window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan?

Haris Β· Oct 20, 2020 08:00 PM

Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan? 01

Selalu dipasarkan sebagai kereta paling murah di Malaysia, Perodua Axia berjaya memenangi hati dan citarasa rakyat Malaysia. Hakikatnya, Perodua Axia spec kosong memang murah tetapi naik satu varian dari spec kosong, harganya kene tambah hampir RM 10,000. Bijak Perodua!

Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan? 01

Oleh yang demikian, persoalan yang selalu ditanya adalah berbaloikah membeli sebuah Perodua Axia 1.0 dengan spesifikasi paling bangsawan. Harganya adalah RM 43,190, menjadikan kereta sedan pada segmen yang sama jauh lebih berbaloi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan? 01

Justeru itu, apa yang ditawarkan oleh Perodua Axia 1.0 Advance untuk mewajarkan harganya yang jatuh atas RM 40,000? Ini ulasan kami.

Rekaan luaran

Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan? 02

Sepintas lalu, rekaan Perodua Axia dilihat terinspirasi daripada Perodua Myvi generasi terdahulu. Dilancarkan pada tahun 2014, Perodua Axia telah menerima 2 facelift iaitu pada tahun 2017 dan 2019.

Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan? 03

Myvi lama

Untuk varian Advance ini, tambahan skirting depan, belakang dan sisi menjadikan Perodua Axia ini sedikit lebih rapi dan sekata. Walaubagaimanapun, bentuk kompak masih kelihatan jelas pada kereta ini.

Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan? 04

Sebagai sebuah kereta kompak, Perodua Axia memaksimumkan penggunaan ruang dalaman dengan bijak. Aspek penggunaan ruang ini walaupun bagus tetapi masih terasa kecil.

Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan? 05

Jika dibandingkan dengan Perodua Axia 1.0 Advance 2017, tiada perbezaan ketara antara model baharu ini dengen generasi terdahulu. Kedua-duanya menggunakan rekaan rim yang sama, memberikan imej keseluruhan yang seakan-akan sama.

Rekaan dalaman

Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan? 06

Varian AV digayakan pada bahagian dalam dengan corak kain yang berbeza, trim papan pemuka berwarna yang berbeza, stereng dengan kemasan kulit, head unit skrin sesentuh dan panel meter yang bergaya. Naik taraf kecil pada varian AV ini memang bagus tetapi masih tidak lari dari imej kereta bajet.

Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan? 07

Walaupun kemasan plastik lembut tidak terdapat pada Perodua Axia, bahagian dalamnya tetap rapi dan elok pada sentuhan. Papan pemuka juga tidak bergegar. Ini merupakan penanda aras yang sangat menyenangkan kerana Perodua Axia menggunakan enjin tiga silinder.

Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan? 08

Dalam kesederhanaannya, masalah kabin yang biasa dialami seperti silau dan permukaan panas telah dielakkan dengan bijak. Perodua Axia AV juga tidak terlalu berusaha untuk membuatkan anda terpukau dengan kemasan fana seperti papan pemuka dengan jahitan palsu.

Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan? 09

Tempat duduknya boleh dikatakan empuk. Ia sememangnya selesa untuk kereta segmen ini tetapi nampaknya ia mungkin akan menggeleber lebih cepat. Sebagai sebuah kereta kompak, tempat duduk juga sedikit kecil. Sebagai contoh, seorang lelaki dewasa biasa mempunyai bahu yang lebih lebar berbanding kelebaran tempat duduk. Dalam erti kata lain, terdapat kekurangan sokongan pada bahagian sisi bahu tempat duduk.

Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan? 10

Ruang di baris kedua adalah cukup. Terdapat ruang kaki dan ruang kepala yang sekadar boleh diterima. Sekiranya anda berketinggian atas 180 cm, Axia mungkin sedikit sempit. Tempat duduk belakang hanya mempunyai satu sudut sandar dengan sandaran kepala boleh laras untuk barisan kedua (hanya terdapat pada varian ini).

Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan? 11

Perkara praktikal dalam kabin Perodua Axia AV merangkumi 2 cangkuk boleh simpan pada tempat duduk hadapan dengan cangkuk anti ragut di sisi. Selain itu, soket skru dan kotak peralatan diletakkan di bawah tempat duduk penumpang depan.

Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan? 12

Unit infotainment terasa seperti kelengkapan aftermarket  tanpa fungsi Android Auto (tidak seperti sepupunya, Toyota Wigo di Filipina). Unit infotainment ini selamat dikategorikan sebagai sekadar ada.

Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan? 13

Ruang but belakang Perodua Axia cukup untuk sebuah hatchback segmen A. Dengan kapasiti 260 liter, Axia mempunyai ruang but yang lebih sedikit sahaja berbanding Kia Picanto (255 liter). Kawasan but banyak dicerobohi oleh lengkungan roda, menjadikan lebar but kurang dari 1 meter (95 cm). Kedalaman lantai but pula hanyalah sekadar 59 cm sahaja.

Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan? 14

Untuk memaksimumkan ruang but, anda boleh melipat tempat duduk ke bawah bagi mendapatkan ‘bangku’ sepanjang 113 cm untuk bagasi anda. Malangnya, Axia tidak dilengkapi dengan tempat duduk lipat 60:40. Tempat duduk mesti dilipat sepenuhnya.

Kendalian pemanduan

Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan? 15

Kurangkan harapan anda pada enjin 1.0 liter dan Perodua Axia akan cukup memuaskan anda. Walaupun dengan kotak gear manual, Perodua Axia masih baik. Walaupun kebanyakan transmisi automatik moden melebihi 4 gear, Perodua Axia masih tersekat dengan kotak gear automatik 4-kelajuan. Alasannya ada di sini.

Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan? 16

Gear automatik berubah sedikit terlalu awal dalam keadaan mendaki sehingga anda perlu menggunakan gear rendah. Walaupun dengan lebih kawalan pada sistem transmisi Perodua Axia masih terasa lesu. Tidak mengharapkan prestasi yang tinggi dari Perodua Axia, anda perlu lebih santai dalam pemanduan. Ya, Perouda Axia dapat mencapai 140 km/j tetapi ia bukan dicipta untuk tujuan tersebut.

Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan? 17

Stereng kurang jitu tetapi cukup baik untuk sebuah kereta kecil. Sistem gantungan MacPherson digunakan di depan dan torsion beam pula digunakan di belakang. Stereng tidak boleh dilaraskan atas bawah atau depan belakang.

Lebih menarik lagi, walaupun seberat 860 kg, tidak banyak perubahan berat yang dapat dirasakan. Ujian 0-100 km/j kami mencatat 17.2 saat tetapi Perodua Axia tetap terasa lincah. Kelesuan kuasa hanya dirasai semasa mengambil selekoh yang terlalu tajam dan pendakian bukit.

Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan? 18

Perkara istimewa mengenai Perodua Axia AV adalah kehadiran sistem bantuan pemandu A.S.A 2.0. Kereta memberi amaran kepada anda apabila mengesan perlanggaran dihadapan dan mengambil alih sistem brek. Kami mencuba fungsi ini dan boleh disimpulkan bahawa sistem ini hanyalah sistem sokongan sahaja.

Keselesaan pemanduan

Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan? 19

Kendalian pemanduan memerlukan sedikit penambahbaikan tetapi keselesaan pemanduan agak bagus. Tidak banyak gegaran pada Perodua Axia seperti yang dijangka dari enjin tiga silinder. Seperti yang dinyatakan, penanda aras yang baik adalah gegaran pada papan pemuka hampir tidak dirasai.

Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan? 20

Tugas-tugas penebat bunyi juga penting pada Perodua Axia AV. Terdapat lapisan penebat bunyi di belakang fender depan dan hud depan tetapi penebat bunyi pada bahagian kabin agak kurang. Memandu pada kelajuan 110 km/j di lebuh raya MEX, ujian kami mencatatkan kebisingan kabin sebanyak 72 dB.

Anda perlu menghidupkan radio untuk mengurangkan kebisingan jalan raya. Apabila hujan, sukar untuk mengadakan perbualan dalam Perodua Axia.

Penggunaan minyak

Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan? 21

Setelah memandu Perodua Axia 1.0 AV sejauh 113.3 km, kami berjaya mencatat 6.5 liter / 100km. Angka itu dicapai dengan 50% pemanduan bandar dan 50% pemanduan lebuhraya. Untuk menjimatkan bahan api, anda harus kekal pada lorong kiri.

Memandu dengan kelajuan 110 hingga 120 km/j menjadikan rpm enjin hampir 3,000 rpm pada gear ke 4. Untuk mengekalkan enjin pada pusingan 2,500 rpm kelajuan antara 90 hingga 100 km/j sahaja yang boleh dicapai. Apa yang Perodua Axia perlukan adalah penambahan gear.

Secara keseluruhan

Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan? 22

Perodua Axia 1.0 AV adalah sebuah kereta tahap pengenalan yang baik. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan varian GXtra untuk pembeli kereta pertama. RM43,000 untuk hatchback segmen A dengan enjin NA 1.0 liter terasa sedikit membazir tetapi masih ada peminatnya. Aspek penjimatan minyak menjadi nadi kekuatan kereta ini disamping ketahanan yang baik.

Jika anda berminat, baca kos selenggara Perodua Axia di sini dan panduan membeli Perodua Axia secara terpakai di sini.

Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan? 23

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda