Sebelum ini, Naza Eastern Motors telah mengumumkan bahawa Suzuki Jimny akan dilancarkan pada separuh kedua tahun 2021. Kini, masa ketibaan Jimny telah disahkan dengan lebih spesifik iaitu pada bulan Ogos 2021.
Sebelum ini, Naza Eastern Motors telah mengumumkan bahawa Suzuki Jimny akan dilancarkan pada separuh kedua tahun 2021. Kini, masa ketibaan Jimny telah disahkan dengan lebih spesifik iaitu pada bulan Ogos 2021.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza, Datuk Nik Hamdam Nik Hassan, berkata "Seperti yang kita tahu, Jimny ialah nama ikonik global, malah kami sudah menerima hampir 20 tempahan daripada pelanggan yang berminat untuk mendapatkan model ini, biarpun belum mengumumkan apa-apa lagi berita mengenainya.
"Kami tidak menolak bayaran tempahan daripada pelanggan biarpun belum mempunyai kata putus mengenai bila model ini akan dibawa masuk pada awalnya, tetapi kini saya boleh katakan ya, Jimny akan dibawa masuk ke sini secara import sepenuhnya (CBU) dari kilang di Jepun.
Model Suzuki Jimny rantau ini dijana oleh enjin 4-silinder 1.5 liter NA yang menghasilkan 102 PS dan 130 Nm tork. Kuasa dihantar ke sistem pacuan 4 roda sementara (part-time 4-wheel drive) melalui pilihan transmisi manual 5 kelajuan atau automatik 4 kelajuan.
“Nisbah tempahan yang kami terima di antara Jimny dan Swift Sport ialah 3:1, menunjukkan model ini menjadi pilihan ramai pelanggan di sini," katanya pada temu bual bersama BH dan New Straits Times, baru-baru ini.
Ketika ini, kesemua peruntukan Suzuki Jimny di Thailand iaitu sebanyak 90 unit telah habis ditempah manakala giliran menunggu untuk Suzuki Jimny di Indonesia sahaja sudah menjangkau 60 bulan atau 5 tahun.
Lebih menakjubkan, harga model terpakai bagi Suzuki Jimny di Indonesia, Australia dan Jepun menjadi lebih mahal berbanding harga model Suzuki Jimny yang baharu. Hal ini terjadi apabila permintaan lebih tinggi dari bekalan. Adakah anda sanggup menunggu atau membayar harga yang lebih tinggi untuk sebuah Suzuki Jimny? Sumber: Berita Harian
Bacaan Lanjut:
Suzuki Jimny terpakai lebih mahal daripada unit baharu di Australia, Jepun & Indonesia!
Suzuki Jimny di Indonesia – tempoh menunggu mencecah 5 tahun?
Suzuki Jimny – 4 sebab kenapa 4x4 mini yang mahal ini begitu popular di serata dunia
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2021 Suzuki Jimny
Upgrade
Add your car