window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tak perlu spyshot, Perodua dedah sendiri imej Perodua Myvi facelift!

Haris · Nov 15, 2021 10:30 AM

Tak perlu spyshot, Perodua dedah sendiri imej Perodua Myvi facelift! 01

Sejurus selepas gambar intipan Perodua Myvi facelift 2022 yang sedang dihantar ke bilik pameran, Perodua dengan senang hatinya mendedahkan sendiri beberapa imej mengenai Perodua Myvi facelift ini.

Melalui laman sosial Perodua, 2 buah video telah dimuatnaik sebagai promosi kepada hatchback baharu ini. Menariknya, Perodua telah memperlihatkan rekaan bampar belakang yang menjadi kandungan intipan yang didedahkan sebelum ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Video: Bampar belakang 2022 Perodua Myvi facelift lebih jelas, menuju bilik pameran?

Tak perlu spyshot, Perodua dedah sendiri imej Perodua Myvi facelift! 01

Selain itu, rakyat Malaysia juga dapat ‘menjenguk’ ke dalam 2022 Perodua Myvi facelift yang menggunakan tempat duduk 2 tona merah-hitam serta rona merah pada bahagian corong penyaman udara tengah. Nampaknya tempat duduk yang sama juga masih dikekalkan, hanya bertukar warna kemasan 2 tona sahaja.

Tak perlu spyshot, Perodua dedah sendiri imej Perodua Myvi facelift! 02

Umum mengetahui bahawa 2022 Perodua Myvi facelift akan menggunakan stereng yang sama dengan Perodua Ativa. Namun beberapa butang fungsi yang ada pada 2022 Perodua Myvi facelift kurang berbanding Perodua Ativa. Malah, tatalan untuk menu pada kluster instrumen meter juga hanyalah butang naik turun, berbeza dengan butang D-pad pada Perodua Ativa.

Hal ini memberi petanda bahawa menu yang ada pada 2022 Perodua Myvi facelift adalah lebih ringkas berbanding Perodua Ativa. Setakat ini hanya 2 paparan MID (Multi Info Display) sahaja yang didedahkan iaitu animasi penyambut serta paparan kadar penggunaan minyak yang terbina dalam.

Baca: Pandang pertama panel meter Perodua Myvi baru 2022 facelift. Makin sporty?

Tak perlu spyshot, Perodua dedah sendiri imej Perodua Myvi facelift! 03

Umum mengetahui bahawa 2022 Perodua Myvi facelift akan melakukan anjakan paradigma daripada kotak gear automatik CVT yang menggantikan kotak gear automatik 4 kelajuan. Di samping itu, kotak gear manual juga akan digugurkan dalam 2022 Perodua Myvi facelift. Walau bagaimanapun, spesifikasi enjin akan kekal sama – iaitu enjin 1.3 liter 1NR-VE (70 PS/121 Nm) serta enjin 1.5 liter 2NR-VE (76 PS/137 Nm).

Kehadiran 2022 Perodua Myvi facelift ini dijangka akan menguatkan lagi dominasi Perodua dalam pasaran automotif tempatan. Ini akan disusuli pula dengan pelancaran Perodua Alza generasi baharu yang dijangka akan dilaksanakan seawal tahun 2022.

Baca: SAH: 2022 Perodua Myvi facelift dengan CVT, bakal dilancarkan minggu depan 18 Nov!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda