window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW X7 xDrive40i 2023 LCI (CKD) versi M Sport dilancar di Malaysia pada RM 718,800

Faisal · Oct 24, 2023 06:01 PM

BMW X7 xDrive40i 2023 LCI (CKD) versi M Sport dilancar di Malaysia pada RM 718,800 01

BMW Malaysia hari ini melancarkan versi M Sport buat BMW X7 xDrive40i LCI (CKD, Kulim). Varian ini melengkapi penawaran selain Pure Excellence yang diperkenalkan pada awal tahun ini.

BMW X7 xDrive40i 2023 LCI (CKD) versi M Sport dilancar di Malaysia pada RM 718,800 02

Pada bahagian luar, BMW X7 ini lengkap dengan sentuhan M Sport, gril Iconic Glow yang boleh menyala dan rim M Sport 22 inci jenis ‘913M’.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BMW X7 xDrive40i 2023 LCI (CKD) versi M Sport dilancar di Malaysia pada RM 718,800 01

Masuk ke bahagian dalam, BMW X7 xDrive40i M Sport LCI datang dengan trim kayu baru iaitu ‘Fineline Black’ dengan aksen besi berkilat. Sebagai sebuah M Sport, kabinnya turut menampilkan stereng M Sport dan bahan kulit Merino dengan pilihan warna Black atau Tartufo.

Dari segi trenkuasa, ia kekal dengan nadi 3.0L turbo 6-silinder sebaris B58 yang menghasilkan 381 PS dan 540 Nm tork.

BMW X7 xDrive40i 2023 LCI (CKD) versi M Sport dilancar di Malaysia pada RM 718,800 02

Kuasa dihantar ke semua roda (xDrive) melalui transmisi automatik 8-kelajuan ZF. Trenkuasa ini juga ada teknologi hybrid sederhana dengan penjana 48V (ISG) untuk meningkatkan tahap penjimatan petrol.

Berkenaan prestasi, pecutan 0 – 100 km/j hanya mengambil masa 5.8 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 250 km/j.

Beralih ke aspek keselamatan, ia disokong oleh BMW Driving Assistant Professional yang merangkumi ciri ADAS seperti  Distance Control with Stop & Go function dan Steering and Lane Control Assistant untuk kebolehan pemanduan autonomi Tahap 2.

BMW X7 xDrive40i 2023 LCI (CKD) versi M Sport dilancar di Malaysia pada RM 718,800 03

Secara amnya, pelanggan yang berminat dengan SUV mercu dari BMW ini ditawarkan dengan pilihan warna Mineral White Metallic, Black Sapphire Metallic dan M Brooklyn Grey Metallic.

Harga jentera mewah dengan 7 tempat duduk ini dijual pada RM 718,800, termasuk pakej servis dan waranti 5 tahun tanpa had kilometer.

BMW X7 xDrive40i 2023 LCI (CKD) versi M Sport dilancar di Malaysia pada RM 718,800 04

Menariknya, ia lebih murah berbanding model pra-facelift sebelum ini (RM 728k).

Juga bacaBMW Malaysia lancar X7 xDrive40i 2023 facelift (LCI) CKD - dari RM 654,8k, teknologi MHEV

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 BMW X7 xDrive40i Pure Excellence

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda