Panduan Mazda 6 (GJ) terpakai: Serendah RM 55k, baloi beli ini berbanding Camry & Accord?
Faisal · Apr 3, 2021 12:00 PM
0
0
Di Malaysia, pasaran sedan segmen D diterajui oleh Honda Accord dan Toyota Camry. Kedua-dua model ini sering menjadi pilihan ramai kerana kos penjagaan yang rendah dan boleh digunakan untuk jangka hayat yang panjang. Tetapi untuk mereka yang sudah bosan dan mahukan sesuatu yang lebih unik dan premium, Mazda 6 generasi sekarang memberikan pakej yang jauh lebih menarik.
Dilancarkan di Malaysia pada tahun 2013, Mazda 6 generasi sekarang terkenal dengan gaya dan reka bentuk Kodo Mazda yang cukup seksi. Walaupun sudah memasuki tahun ke-9, ia masih kelihatan seperti sebuah model baru.
Sewaktu mula-mula keluar dahulu, ia ditawarkan dengan varian dan harga seperti berikut:
2.0L Sedan: RM 159,455
2.5L Sedan: RM 189,728
2.5L Touring: RM 193,832
Menariknya, ini merupakan Mazda 6 pertama yang datang dengan teknologi SkyActiv. Teknologi ini kiranya menerapkan sentuhan emosi pada casis, trenkuasa, dan pengalaman memandu. Varian 2.0L mempunyai 153 PS/200 Nm. Varian 2,5L pula hadir dengan 185 PS/250 Nm. Kedua-dua sumber kuasa dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.
Memandangkan Mazda 6 generasi ini bertakhta lama dalam pasaran, ia telah diberi sehingga 5 kali kemaskini seperti di bawah:
Facelift 2015: 2.0L sedan - RM 159,158, 2.5L sedan - RM 194,647 dan 2.5L Touring - RM 198,647.
Papan pemuka baru
Konsol tengah baru dengan brek parkir elektrik (EPB)
Rim berwarna gunmetal (2.5)
Lampu depan dan belakang jenis LED (2.5)
Head-up display (HUD, 2.5)
Kemaskini 2017: 2.0L sedan - RM 165,518, 2.5L sedan - RM 201,007 dan 2.5L Touring - RM 211,006 (termasuk insurans).
G-Vectoring Control (GVC)
Roda stereng baru
HUD berwarna (2.5)
Paparan pelbagai maklumat MID berwarna (2.5)
Kemaskini 2018: 2.0L sedan - RM 156,190, 2.5L sedan - RM 189,698 dan 2.5L Touring - RM 193,472.
Varian mana yang patut anda beli dalam pasaran terpakai?
Khusus untuk yang hendak membelinya secara terpakai, kami mengesyorkan untuk terus ke varian 2.5 kerana kelengkapannya cukup tinggi. ADAS pun ada.
Varian 2.0 pula akan lebih murah untuk dijaga kerana rodanya lebih kecil. Lagi satu, varian ini juga tiada komponen kapasitor i-Stop yang mana kalau rosak, harga untuk menggantinya agak tinggi.
2013 Mazda 6 SEDAN 2.0
RM 60,000
RM 677
/bulan
88,538 km
10.5 years
Kuala Lumpur
2015 Mazda 6 SEDAN SKYACTIV-G 2.0
RM 77,000
RM 808
/bulan
102,174 km
8 years
Kuala Lumpur
2013 Mazda 6 SEDAN 2.0
RM 62,400
RM 655
/bulan
62,745 km
10 years
Kuala Lumpur
Apapun, kami cadangkan untuk anda terus ke model facelift yang bermula pada tahun 2015/2016. Julat harganya kini antara RM 62k ke RM 95k.
Keluaran model pra-facelift pula boleh didapati pada harga serendah RM 55k.
2013 Mazda 6 SEDAN 2.0
RM 60,000
RM 677
/bulan
88,538 km
10.5 years
Kuala Lumpur
2015 Mazda 6 SEDAN SKYACTIV-G 2.0
RM 77,000
RM 808
/bulan
102,174 km
8 years
Kuala Lumpur
2013 Mazda 6 SEDAN 2.0
RM 62,400
RM 655
/bulan
62,745 km
10 years
Kuala Lumpur
Isu umum dan permasalahan
Kami telah merujuk pakar Mazda di WH Oneplus Auto cawangan Bangi untuk mengetahui isu umum mengenai Mazda 6 generasi GJ. Secara amnya, ia lebih mahal daripada si Toyota dan Honda tetapi itu pun sebab harga alat gantinya sedikit tinggi.
Antara isu yang sering pemilik hadap ialah bunyi “kruk kruk” pada suspensi depan. Menurut WH, hal ini berpunca dari bushing yang terlalu besar sehingga terkena bahagian casis. Untuk menukar bushing yang lebih sesuai, pemilik perlu berbelanja sekitar RM2,000. Malangnya, bushing ini turut menjejaskan lower arm. Sekiranya perlu, harga untuk menukar lower arm yang baru mencecah RM 500 – RM 600 untuk sebelah.
Selain itu, masalah kegagalan kapasitor pada sistem auto start-stop juga sering berlaku pada pemilik Mazda 6 2.5. Kalau terjadi, sistem auto start-stop tidak akan berfungsi. Menurut WH, kos untuk menukar kapasitor i-Stop ini berharga sekitar RM 2,500 - RM 4,500, bergantung pada unit baru atau terpakai.
Masalah
Komponen yang terlibat
Kos pembaikan
Bunyi suspensi depan
Bushing depan
Lower arm
RM 2,000
RM 500 - RM 600
Start-stop gagal berfungsi
Kapasitor i-Stop/i-ELOOP
RM 2,500 (terpakai)
RM 4,000 (baru)
Bunyi belt merengek
Pengetat tali kipas
RM 650
DRL tak nyala, air masuk
Lampu
RM 450 (tukar lensa)
Bunyi ketukan sewaktu selekoh
Drive shaft depan
RM 2,500
Dalam masa yang sama, isu yang selalu berlaku pada pemilik Mazda 6 (dan CX-5) adalah kehausan pad brek dan cakera yang pra-matang.
Apapun, puncanya adalah pin brek yang mudah tersekat akibat longgokan habuk
Bagaimana pula denga kos pembelaannya?
Seperti kereta biasa, selang perbatuan untuk melakukan servis adalah pada setiap 10,000 km. Sebagai kereta buatan Jepun, kos penjagaan Mazda 6 cukup rendah. Cumanya, alat gantinya sedikit mahal berbanding Honda dan Toyota kerana ia lebih canggih. Contohnya, kereta Mazda di era SkyActiv menggunakan bateri jenis EFB. Untuk Mazda 6, bateri Q85 yang digunakan berharga sekitar RM 480 - RM 580.
Bercakap mengenai SkyActiv, enjinnya menggunakan suntikan direct-injection. Hasil suntikan ini menyebabkan karbon terkumpul di dalam enjin. Sampai satu tahap, sisa karbon ini perlu dibersihkan supaya komponen enjin dapat berfungsi dengan optimum. Menurut WH, pembersihan karbon boleh dibuat dengan harga RM 580. Apapun, istilah “decarbonised” ini hanya untuk setiap 100,000 km sahaja.
Walaupun telah lama berada di pasaran, Mazda 6 terpakai tetap mempesonakan dan masih nampak baru.
Ditambah pula dengan rupa paras yang seksi dan mutu buatan Jepun yang boleh dipercayai, sedan segmen D yang menggiurkan ini boleh menjadi pembelian yang paling memuaskan untuk anda yang tidak mahu kereta kontinental.
Bagi anda yang berminat, Carlist ada banyak Mazda 6 terpakai yang dijamin dalam keadaan baik dan boleh dipercayai.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.