window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda CX-5 facelift 2022 debut secara rasmi – gaya baru dan suspensi yang lebih mantap

Faisal · Sep 15, 2021 11:59 AM

Mazda CX-5 facelift 2022 debut secara rasmi – gaya baru dan suspensi yang lebih mantap 01

Setelah empat tahun beransur dalam pasaran, Mazda sebentar tadi baru sahaja merasmikan Mazda CX-5 facelift 2022. SUV Mazda yang cukup popular ini tampil dengan gaya baru dan pengendalian yang lebih baik.

Mazda CX-5 facelift 2022 debut secara rasmi – gaya baru dan suspensi yang lebih mantap 02

Dari segi rupa paras, Mazda CX-5 facelift hadir dengan kemasan gril bertiga dimensi, menggantikan sentuhan mesh yang ada selama ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaBocor: Mazda CX-5 facelift 2022 tertiris, bakal dilancarkan hujung tahun ini?

Mazda CX-5 facelift 2022 debut secara rasmi – gaya baru dan suspensi yang lebih mantap 01

Pembaharuan pada bahagian depan ditonjolkan lagi oleh grafik lampu LED yang dikemaskini dengan sentuhan berbentuk segi empat tepat.

Mazda CX-5 facelift 2022 debut secara rasmi – gaya baru dan suspensi yang lebih mantap 02

Uniknya, sentuhan yang sama diterapkan juga pada bahagian lampu belakang. Bercakap mengenai belakang, reka bentuk bamparnya turut diperbaharui dengan perubahan pada lokasi pemantul. Selain daripada itu, sesetengah varian diperbaharui dengan arca roda yang berwarna badan, menggantikan elemen pelapisan plastik berwarna hitam yang sinonim dengan sesebuah SUV. Perubahan pada bahagian eksterior turut dilengkapkan sekali dengan reka bentuk roda yang baru.

Mazda CX-5 facelift 2022 debut secara rasmi – gaya baru dan suspensi yang lebih mantap 03

Di samping itu, Mazda turut menambah satu pilihan warna baru iaitu Zircon Sand.

Mazda CX-5 facelift 2022 debut secara rasmi – gaya baru dan suspensi yang lebih mantap 04

Beralih ke bahagian dalam, Mazda CX-5 facelift 2022 dikemaskini dengan ciri pengecas tanpa wayar dan konfigurasi mod pemanduan Mazda-intelligent Drive Select (Mi-Drive). Pada masa yang sama, tempat duduknya juga diperbaharui untuk tahap keselesaan yang lebih baik.

Mazda CX-5 facelift 2022 debut secara rasmi – gaya baru dan suspensi yang lebih mantap 05

Bercakap mengenai ini, Mazda turut menerapkan ciri SkyActiv Vehicle Architecture yang mana ia meningkatkan kemantapan suspensi, tempat duduk, dan tahap kekukuhan badan untuk mengurangkan rasa letih buat penumpang. Tidak cukup dengan itu, kekedapan bunyi pada Mazda CX-5 juga diperhaluskan lagi.

Juga bacaKebaikan & Keburukan: Mazda CX-5 – pemanduan mantap tetapi ruang kabin tidak memuaskan?

Mazda CX-5 facelift 2022 debut secara rasmi – gaya baru dan suspensi yang lebih mantap 06

Dari segi trenkuasa, ia dijangka kekal dengan penawaran enjin 2.0L NA (162 PS, 213 Nm tork), 2.5L NA (192 PS, 258 Nm tork), dan 2.5L turbo (230 PS, 420 Nm tork).

Mazda CX-5 facelift 2022 debut secara rasmi – gaya baru dan suspensi yang lebih mantap 07

Enjin 2.2L turbodiesel (173 PS, 420 Nm tork) juga dijangka beransur seperti sebelum ini.

Secara standard, kesemua enjin dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.

Mazda CX-5 facelift 2022 debut secara rasmi – gaya baru dan suspensi yang lebih mantap 08

Bagaimana dengan Malaysia?

Ketibaan Mazda CX-5 facelift 2022 ke pasaran kita mungkin memerlukan sedikit masa memandangkan ia didatangkan sebagai model pemasangan lokal (CKD).

Apapun, pelancarannya dijangka beransur pada tahun hadapan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Mazda CX-5 2.0L Mid SKYACTIV-G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda