![Nak rasa kereta asas berkualiti? Rasai Mazda 3 1.5L di Carlist Drive Auto Fair pada hari minggu ini 01]()
Apabila berbicara tentang kereta asas yang berkualiti, Mazda 3 1.5 merupakan antara contoh terbaik.
![Nak rasa kereta asas berkualiti? Rasai Mazda 3 1.5L di Carlist Drive Auto Fair pada hari minggu ini 02]()
Pada harga RM 143,000, varian 1.5 untuk Mazda 3 menjanjikan sebuah kereta yang begitu mempesonakan dari segi reka bentuk dan menariknya, cukai jalan yang dikenakan pula cukup mampu milik.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
![Nak rasa kereta asas berkualiti? Rasai Mazda 3 1.5L di Carlist Drive Auto Fair pada hari minggu ini 01]()
Tidak dinafikan bahawa Honda Civic begitu cemerlang dengan teknologi turbo dan ada banyak lagi ciri pada harga yang jauh lebih murah tetapi ini diibarat seperti membandingkan daging Wagyu dan burger daging. Dua-duanya sedap tetapi Wagyu lebih lazat.
![Nak rasa kereta asas berkualiti? Rasai Mazda 3 1.5L di Carlist Drive Auto Fair pada hari minggu ini 02]()
Walaupun dengan hembusan kuasa setakat 118 PS dan 153 Nm, Mazda 3 1.5 masih syok untuk dipandu, terutama sewaktu mengambil selekoh. Disebabkan pemandu perlu bekerja sedikit keras untuk membawa Mazda 3 1.5 ke kelajuan lebih tinggi, sensasi pemanduannya juga boleh dikatakan lebih memuaskan hati daripada varian 2.0L yang berkuasa 162 PS/213 Nm.
![Nak rasa kereta asas berkualiti? Rasai Mazda 3 1.5L di Carlist Drive Auto Fair pada hari minggu ini 03]()
Di samping itu, ia juga selesa untuk digunakan sebagai kenderaan harian. Menariknya, Mazda 3 1.5 tetap rasa premium dan tiada tandingan dari segi kualiti kabin.
![Nak rasa kereta asas berkualiti? Rasai Mazda 3 1.5L di Carlist Drive Auto Fair pada hari minggu ini 04]()
Untuk anda yang berminat bolehlah ke Carlist.my Drive Auto Fair di Setia Alam Convention Centre dari 1 β 3 September 2023 dari jam 10 pagi β 8 malam.
![Nak rasa kereta asas berkualiti? Rasai Mazda 3 1.5L di Carlist Drive Auto Fair pada hari minggu ini 05]()
Setiap tempahan dalam acara ini akan berpeluang memenangi cabutan bertuah yang bernilai wang tunai RM 4,000.
Juga baca: Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah dengan tahap praktikaliti
![](https://images.wapcar.my/file1/7f18c9c930eb4b78914aa33a88ea9062_200x200.jpg)
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });