window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini?

Zamil Syaheer · Feb 10, 2024 10:00 AM

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini? 01

Setelah sekian lama Proton menyerang pasaran SUV dengan X70, X50, dan akhir sekali X90, kini Proton kembali semula ke akarnya dengan melancarkan Proton S70 2024. Kali terakhir Proton melancarkan sedan segmen C adalah pada 12 tahun yang lalu, dengan model “global” Proton Prevé.

Dengan trend SUV akan terus kekal berada di tahap yang tertinggi, masih adakah sinar harapan untuk Proton mencuri bahagian pasaran pesaing lain seperti Toyota Vios dan Honda City, bahkan juga Honda Civic dengan model sedan pada tahun 2024?

Jawapannya – tentu sekali, dan kami akan kongsikan anda sebab kenapa dalam rebiu kali ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pandangan pertama – macam kereta Eropah

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini? 01

Sekilas pandang, ia mengingatkan penulis kepada Audi A3, baik di luar serta bahagian dalam. Ia bukanlah satu reka bentuk yang berani ataupun luar daripada kotak; lebih kepada sedap mata memandang.

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini? 02

Tarikan utama di bahagian luaran adalah lampu belakang LED ‘light bar’ yang ada pada kesemua varian kecuali Executive. Ia memang mengamit perhatian, terutamanya jika anda nak belanja dekat pak dan mak mertua yang anda dah beli kereta baru.

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini? 03

Rupa depan yang macho...

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini? 04

Dan rupa belakang dengan 'light bar' yang merelip!

Selain daripada gril depan dan logo Proton di depan dan belakang, selebihnya kekal sama seperti model asas kepada S70 ini – Geely Emgrand.

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini? 05

Mana satu pilihan anda?

Dari segi saiz, Proton S70 memang lebih besar daripada Toyota Vios dan Honda City, tetapi lebih kecil berbanding Toyota Corolla dan Honda Civic. Kami sudahpun bicara tentang soal dimensi, jadi klik pautan di bawah untuk info lebih menyeluruh.

Baca juga: Proton S70: Adakah ini sedan segmen B atau C? Boleh bandingkan dengan Vios atau Civic? Ini jawapan Proton

Pendek kata, ayat “sedan segmen C pada harga sedan segmen B” memang sesuai dengan S70.

‘Proton Ride & Handling’ benar-benar terserlah – talaan suspensi padu

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini? 06

Proton terkenal dengan pengendalian serta memang layan untuk dipandu ketika melayan selekoh. Ilmu yang dipelajari ketika mereka memiliki Lotus (kini ‘Proton Ride & Handling’) tidak di sia-siakan. Cuma agak sukar untuk kami merasakan kelincahan tersebut pada model X70, X50, dan X90 kerana semua ini adalah SUV.

Jawapan mudah yang kami boleh simpulkan adalah ia terasa seperti model Proton berprestasi era dahulu. Ketika melalui jalan di kawasan Balik Pulau yang terkenal dengan banyak selekoh tajam, S70 agak lincah dan mengikut input stereng anda, baik pada kelajuan rendah mahupun tinggi.

Baca juga: Lebih berkuasa daripada Geely Emgrand, bagaimana Proton menala resipi 'Ride and Handling' bagi Proton S70 2024?

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini? 07

Initial D Malaysia oh...

Pada mod pemanduan Sport, walaupun stereng S70 terasa ‘kosong’ secara keseluruhan, mod itu menjadikan stereng lebih berat, meningkatkan tahap keyakinan anda ketika mengemudi. Bukan itu sahaja, respons pedal pendikit juga lebih cepat.

Untuk pemanduan harian ataupun di bandar, kami syorkan mod Comfort atau Eco kerana berat stereng jauh lebih ringan, serta respons pedal pendikit tidak terlalu ‘melompat’.

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini? 08

Di lebuh raya, talaan suspensi S70 cukup baik. Tiada rasa ‘underdamped’ atau terlalu banyak menyerap liku di jalan, baik dengan 3 penumpang sekalipun. Casis terasa tegap serta olengan badan agak terkawal.

Pedal brek makan dengan begitu kuat dengan jarak yang agak pendek, jadi anda perlu biasakan diri dahulu. Menurut Gary Yap, Pengurus Besar Pemasaran Produk di Proton, talaan brek sebegini bagi S70 adalah berdasarkan penggunaan trenkuasa turbo yang kuat, mengambil kira faktor keselematan di dalam situasi yang memerlukan anda brek dengan secepat mungkin.

Dalam nada yang berbeza, dengar kata Proton mungkin nak buat versi R3 pada masa akan datang. Kalau dapat transmisi manual 6-kelajuan dan penggunaan suspensi belakang multi-link (S70 menggunakan torsion beam di belakang, MacPherson di depan), mesti lagi syok.

Sayangnya, Proton tidak merasakan ada permintaan yang cukup untuk penggunaan transmisi tersebut. Anda boleh baca dengan lebih lanjut di bawah.

Baca juga: Proton S70 2024 dengan transmisi manual? Ada ke orang yang nak beli? Ini jawapan Proton

Trenkuasa – sesuai dengan kaki berat rakyat Malaysia

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini? 09

"tekan-tekan preggy"

Apa yang paling unik tentang Proton S70 adalah penggunaan trenkuasa 1.5 liter MPI turbo (150 PS/220 Nm) yang sama dengan X50. Model asas S70, Geely Emgrand, hanya dijual dengan enjin 1.5 liter aspirasi natural (102 PS ~114 PS dan 142 PS ~ 147 Nm, bergantung kepada varian) di mana-mana bahagian dunia yang lain.

Menurut Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton dan Proton Edar, jawapannya beliau amat mudah: rakyat Malaysia mempunyai kaki kanan yang berat, serta harga bahan api di Malaysia masih lagi bersubsidi. Di pasaran lain, pemilik Emgrand lebih cenderung memandu di bawah had kelajuan dan kebanyakkan daripada mereka memandu di kawasan bandar.

Baca juga: Adakah Proton S70 akan mendapat varian 1.5L NA yang lebih murah? Ini jawapan Proton

Tork puncak S70 datang sedikit lewat pada 1,750 rpm berbanding 1,500 rpm dalam X50. Jika anda terus menekan pedal pendikit, ‘turbo lag’ akan masuk dahulu sebelum kuasa datang dengan mencurah-curah.

Tambahan pula, berat S70 juga lebih ringan pada (1,300 ~ 1,319 kg) berbanding daripada X50 (1,325 ~ 1,370 kg), bermakna nisbah kuasa-ke-berat dan penjimatan bahan api juga lebih baik.

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini? 10

Transmisi dwi-klac 7-kelajuan dengan klac basah juga terasa lebih lancar dan tangkas, sesuai dengan perwatakan sporty Proton S70. Cuma anda kena biasakan diri dengan penukaran gear daripada kiri (-) kepada kanan (+) untuk mod manual. Baru boleh ‘berlagak’ kat rakan-rakan cakap sama macam Volvo.

Baca juga: Mod manual (+ / -) dalam Proton S70 2024 - Mengapa ia kiri & kanan, bukan atas & bawah?

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini? 11

Untuk ciri-ciri ADAS pula, kawalan pelayaran adaptif S70 berfungsi dengan baik di lebuh raya tetapi agak agresif ketika cuba mengekalkan jarak apabila ada kereta masuk ke dalam lorong yang sama.

Ciri pengekalan lorong pula ‘menarik’ stereng dengan agak cepat, manakala bunyi sistem pemantauan titik buta agak kuat. Apa-apapun, kesemuanya boleh dilaras di dalam sistem infotainment.

Ruang dalaman dan kualiti bahan – cukup baik dan selesa

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini? 12

Masuk ke dalam Proton S70, anda akan dapati ia agak luas. Reka bentuk tiga kotak konvensional sangat baik untuk ruang kepala manakala jarak roda yang panjang membebaskan banyak ruang kaki di bahagian belakang.

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini? 13

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini? 14

Terdapat juga banyak ruang penyimpanan untuk menyimpan barang, termasuk di pintu. Sistem shift-by-wire bermaksud terdapat tempat besar di bawah konsol tengah untuk beg bersaiz kecil hingga sederhana, serta ada ruang yang begitu besar di dalam tempat perehat tangan.

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini? 15

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini? 16

Buka but belakang, ruang bagasi S70 adalah 500 liter – cukup besar. Walaupun terdapat tayar ganti di bawah, dan anda boleh memperluasnya lagi dengan bangku yang boleh dilipat 60:40. Namun begitu, ia tidak duduk dengan rata.

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini? 17

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini? 18

Dalam era serba canggih, port pengecasan amat penting. Mengetahui fakta ini, Proton dengan murah hati memberikan tiga port USB di hadapan, termasuk satu untuk kamera papan pemuka (standard pada Flagship X), bersama dengan pengecas tanpa wayar. Di bahagian belakang, terdapat dua lagi port USB yang disertai dengan satu ruang kecil untuk menyimpan telefon anda.

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini? 19

Dari segi kualiti, beberapa kawasan seperti bahagian atas papan pemuka menampilkan permukaan sentuhan lembut, selebihnya adalah plastik yang kasar. Proton juga menambah beberapa hiasan bertekstur serta efek jahitan bagi menimbulkan rasa premium.

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini? 20

Nampak macam Recaro Style kan?

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini? 21

Untuk tempat duduk depan dan belakang pula, ianya cukup selesa dan tidak terlalu keras. Pada varian Flagship X yang kami cuba, tempat duduk pemandu mempunyai pelarasan berkuasa. Cumanya, bahagian depan yang lebih dekat di peha tidak boleh dinaikkan, mengurangkan tahap keselesaan. Apa-apapun, ianya jauh lebih baik berbanding dengan tempat duduk di dalam X50 dan X90.

Infotainment dan tetapan kenderaan – semua kena pakai skrin…

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini? 22

Canggih, tapi...

Pada era ini, pengeluar kereta cenderung untuk memasukkan segalanya di skrin infotainment, meninggalkan hanya beberapa butang fizikal untuk digunakan. Adakah ini menyusahkan bagi sesetengah orang? Semestinya, termasuk saya sendiri dan orang yang berumur.

Sebagai contoh, jika anda ingin melaras bunyi audio, anda boleh lakukan melalui stereng tetapi penumpang tidak mempunyai dial atau butang seperti dalam Honda untuk melaras. Sebaliknya, anda perlu ‘swipe’ dari bawah dari atas (sama seperti telefon pintar) untuk membuat pelarasan.

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini? 23

Anda ingin membuka bumbung suria, mengaktifkan kamera 360 darjah yang berkualiti tinggi, atau menukar mod pemanduan anda (Eco, Comfort dan Sports)? Sama juga.

Anda boleh menggunakan ciri "Hi, Proton" yang berguna jika anda tidak ingin mengalihkan perhatian anda semasa memandu. Walau bagaimanapun, tiada apa yang mengatasi kaedah pelarasan menggunakan jari yang lebih cepat dan mudah.

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini? 24

Ini imej rasmi daripada Proton. Dalam penggunaan dunia sebenar, memang kurang jelas.

Sistem navigasi yang terdapat di papan adalah cukup baik (walaupun agak lembap dan tiada keadaan trafik semasa), tetapi warna arah kadang-kadang agak sukar untuk dilihat. Malah, peta juga terlalu diperbesarkan, menunjukkan jalan/laluan yang bukan sebahagian daripada perjalanan.

Tentu saja, dengan adanya Android Auto dan Apple CarPlay (AA/AC) yang dijangka tiba tahun ini akan menambah nilai kepada Proton S70. Dari segi kualiti audio, bunyi cukup baik, dengan cukup 'bass' dan 'treble' untuk keseronokan pendengaran anda.

Konklusi – memang berbaloi!

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini? 25

Mana satu nak pilih?

Jika anda sedang mencari sedan yang selesa tetapi tetapi sporty, trenkuasa turbo yang padu, interior yang luas serta moden, gaya ala kereta ‘conti’, agak praktikal, dan harga yang berpatutan, Proton S70 akan menenuhi kriteria anda. Mana nak cari sedan dengan harga segmen B, tetapi dengan saiz segmen C?

Sebagai rangkuman, ini adalah harga bagi setiap varian Proton S70:

  • 1.5 Executive 2024 – RM 73,800
  • 1.5 Premium 2024 – RM 79,800
  • 1.5 Flagship 2024 – RM 89,800
  • 1.5 Flagship X 2024 – RM 94,800

Rebiu: Proton S70 2024, uji pandu dari KL ke Pulau Pinang, 'best' ke atau 'tak best' pandu sedan segmen C ini? 26

Seperti yang kami kongsikan, ia bukanlah sebuah kereta yang sempurna, kerana tiada satu kereta pun yang sebegitu. Dengan segala apa yang diperkatakan, cuba anda uji pandu sendiri dan kongsikan dengan kami apa pendapat anda tentang Proton S70 2024.

Baca juga: Inilah harga dan spesifikasi varian Proton S70 2024 - kini sedan paling 'hot' di Malaysia?

@wapcar_zamil Amacam, ke baik beli Honda City atau Toyota Vios? 😁 #carmalaysia #fypmalaysia #reviewkereta #malaysia #carsoftiktok #proton #protonmalaysia #protons70 #s70 #geely #testdrive #wapcar #keretabaru #malaysiatiktok ♬ Beast Mode - ROKKA

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

Proton S70 Executive

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda