Semenjak PKPP bermula, pihak BMW Group Malaysia telah berganding bahu dengan NGO tempatan iaitu Tenaganita, Refuge for the Refugees, Liga Rakyat Demokratik dan Dapur Jalanan KL untuk mengagihkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik di sekitar Lembah Klang.
Fasa bantuan seterusnya akan dijalankan lagi bersama NGO terlibat bagi membantu golongan ini meneruskan kehidupan ekoran impak dari perintah kawalan pergerakan yang telah mengganggu kesambungan hidup mereka.
Antara bantuan yang dihulurkan termasuklah bantuan makanan dan pek keperluan asas yang diagihkan dua kali seminggu kepada keluarga B40, pelarian dan komuniti asing. Inisiatif ini telah berlangsung selama lebih 9 minggu.
BMW Group Malaysia, dengan kolaborasi bersama pengedar dari Quill Automobiles dan Ingress Auto, telah menyediakan sokongan logistik dalam proses penghantaran bantuan ini. Antara kenderaan yang digunakan adalah SUV dan sedan keluaran BMW.
Mohd Ezzuandi Ngadi, wakil daripada Dapur Jalanan KL berkata inisiatif ini amat penting untuk membantu lebih dari 45,000 individu di sekitar Lembah Klang sejak PKP bermula, dimana ramai diantara mereka adalah ibu atau bapa tunggal dan warga emas dalam komuniti B40.
“Walau kami berharap yang pendapatan harian mereka akan pulih semasa PKP, ini tidak bermaksud usaha ini berakhir disini,” katanya lagi.
Jika anda berniat untuk menghulurkan bantuan, anda boleh salurkannya ke:
CIMB: Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Pelarian
No. Akaun: 8000499285
Rujukan: MCO Grocery Aid
Bantuan juga boleh disalurkan melalui https://www.simplygiving.com/event/bmw-foodrelief.
Bagi setiap RM60 yang didermakan, sebuah keluarga 5 ahli akan dibantu untuk dua minggu dengan bekalan makanan asas. Pek barangan dapur ini terdiri daripada beras, telur, tepung, minyak masak, kentang, makanan bertin dan macam-macam lagi.